wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu 2 Tingkatan 2

Total questions: 10

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Belakangan ini, penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah semakin kurang memberansangkan. Nyatakan lima idea utama mengenai cara-cara yang perlu dilakukan untuk menarik minat murid menyertai aktiviti kokurikulum.


Klik pada jawapan-jawapan yang betul.

a)

Ibu bapa kurang memberi galakan kepada

anak-anak

b)

Pihak sekolah memberikan tumpuan dalam aspek

kemudahan infrastruktur seperti menaik taraf padang

c)

Guru penasihat mempelbagaikan aktiviti kokurikulum

agar lebih menarik

d)

Peranan Persatuan Ibu Bapa dan guru tidak memberi bantuan kewangan untuk tujuan penganjuran aktiviti lebih meluas dan menarik.

e)

Peranan / pengaruh rakan sebaya yang sentiasa aktif memberikan galakan antara satu sama lain

2.

KATA PEMERI


Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.


Harga semangkuk bubur ayam di Restoran Selera itu (a)   tiga ringgit setengah.

3.

Nyatakan Pola Ayat yang betul.


Ali membaling batu kecil itu di hadapan rakan baiknya.

(a)  

4.

KATA PEMERI


Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.


Surat yang sampai tadi (a)   daripada peguam.

5.

Nyatakan Pola Ayat yang betul.


Rumah itu diperbuat daripada kayu yang berkualiti tinggi.

(a)  

6.

KATA PEMERI


Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.


Ucapan yang disampaikan oleh pengetua (a)   terlalu panjang.

7.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kenal pasti isi-isi penting, kemudian senaraikan isi-isi penting tersebut.


Dunia pekerjaan pada masa kini semakin mencabar generasi muda kerana peluang pekerjaan semakin terhad. Pada saban tahun, puluhan ribu graduan universiti keluar tetapi peluang untuk mereka bekerja sama ada dengan sektor kerajaan atau pun sektor swasta sangat sedikit.

Justeru, kerajaan menggalakkan generasi muda untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Di universiti, mahasiswa diajar asas keusahawanan agar mereka memiliki ilmu perniagaan sebelum melangkah keluar dari universiti. Bidang perniagaan menjamin pendapatan lumayan kepada graduan universiti jika mereka mengusahakannya dengan penuh cekal, tabah dan inovatif.

Kerajaan menyediakan banyak dana sama ada dalam bentuk geran atau pinjaman kepada generasi muda terutama graduan universiti untuk membuka perniagaan. Malahan kerajaan turut menyediakan kursus-kursus di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk memantapkan ilmu keusahawanan graduan universiti.

Segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan perlu direbut oleh generasi muda dalam usaha menjadi usahawan yang berjaya bukan setakat di dalam negara tetapi juga di peringkat global.

4 lines
8.

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.


Kempen Cuti-cuti Malaysia menggalakkan rakyat Malaysia bercuti dalam negara.


1. Dapat menjimatkan kos seperti kos penginapan,

pengangkutan, makanan dan minuman.

2. Mengeratkan hubungan kekeluargaan – mengunjungi

tempat menarik sambil mengunjungi rumah kaum

keluarga.

3. Mengatasi masalah gejala sosial dengan meluangkan

masa cuti bersama anak-anak dengan aktiviti yang lebih

berfaedah.

4. Mengenali dengan lebih dekat akan destinasi

pelancongan, kebudayaan dan warisan negara.

5. Meningkatkan perkembangan ekonomi negara dari segi

pelancongan.

4 lines
9.

Nyatakan Pola Ayat yang betul.


Jam itu kepunyaan abang saya.

(a)  

10.

Nyatakan Pola Ayat yang betul.


Kementerian Kesihatan Malaysia berusaha untuk memutuskan rantaian virus COVID -19.

(a)