WorksheetsSimpulan Bahasa
Total questions: 30
Worksheet time: 10mins
"Doktor Lim, saya dan isteri sudah tiga tahun berkahwin, tetapi masih tidak mendapat________," kata Hisham kepada doktor itu.
anak angkat
celik mata
cahaya mata
anak dara
"Kita mestilah berasa______________atas kejayaan mereka dalam pertandingan itu, "kata Hisham kepada kawan-kawannya.
bawa hati
ada hati
besar hati
berat hati
Penyokong Pasukan Bola Tampar SMJK Perempuan Perak tidak puas hati dengan keputusan pengadil _____________itu
berat hati
berat sebelah
berat kepala
berat tulang
Di sekeliling tapak permainan itu sangat kotor kerana pekerjanya suka _____________
curi hati
curi tulang
curi ayam
curi kasut
Fatimah selalu membawa _____________untuk kami apabila pulang dari luar negara
buah fikiran
buah mulut
buah hati
buah tangan
Encik Halim yang mempunyai ____________yang baik sentiasa disanjungi orang ramai
budi bahasa
bidan terjun
buaya darat
beri muka
Edwin tidak mempunyai adik-beradik. Oleh sebab itu dia dianggap ___________dalam keluarganya
anak buah
anak angkat
anak pungut
anak tunggal
Ayah mengambil dua keping roti sebagai ____________sebelum pergi ke pejabat
alas cakap
alas mulut
alas perut
alas muka
Puan Hamidah masih ____________meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
ada hajat
ada hati
cekal hati
besar hati
Puan Salmah menasihati anak perempuannya supaya jangan bergaul dengan Osman yang dikenali sebagai______________
buaya darat
kera sumbang
ayam tambatan
anak emas
Apabila sudah menjadi kaya, Poh menjadi_______________dan memandang rendah pada orang yang miskin
bintang terang
besar telinga
besar hati
besar kepala
"Usahlah kamu berputus asa sekiranya gagal dalam perniagaan kerana masih ______________untuk berjaya lagi," nasihat Kim Seng kepada Hock KIm.
ada hati
ada bakat
ada jalan
ada akal
Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan _____________
panjang tangan
tanda mata
ringan tangan
tangan terbuka
Keistimewaan dan keunikan kraf tangan di Pulau Langkawi menyebabkan pelancong _______________sehingga dia tidak tahu mana satu hendak dibelinya.
mata keranjang
mata duitan
rambang mata
rabun ayam
Mak Cik Minah menanam pelbagai sayur di tanah yang __________________di belakang rumahnya.
sekangkang kera
tahi minyak
bidan terjun
tiang kampung
Para hadirin mengucapkan tahniah kepada pasangan___________yang sedang bersanding di atas pelamin itu.
puteri lilin
orang rumah
orang tengah
raja sehari
Vivian yang _____________itu hanya ingin berkawan dengan lelaki yang kaya.
pisau cukur
tangkai jering
mulut murai
tajam akal
___________________yang diterima oleh pegawai bank itu dijadikan bukti dalam perbicaraan
Tanda mata
Wang sogok
Wang buta
Mata wang
Ayah bercadang untuk membawa kami___________di Bangkok semasa cuti hujung tahun.
makan angin
makan hati
makan gaji
makan suap
Pengurus itu ditangkap oleh polis kerana________________semasa berkhidmat di sebuah syarikat swasta
makan angin
makan hati
makan suap
makan gaji
Pak Rahim seperti menantikan_____________apabila masih mengharapkan anaknya menjadi doktor walaupun anaknya telah berhenti sekolah.
kucing kurap
kerja tangan
jiwa besar
kucing bertanduk
Amshah yang _____________itu sering mengganggu dan memerhatikan geri-geri bekas teman wanitanya.
gila bahasa
gila bayang
gila angau
gila pangkat
Sabrina berhasrat ingin____________ayahnya menjadi seorang guru yang berdedikasi.
ikut telunjuk
ikut jejak
jiwa besar
kacang hantu
Hazimah tidak tahan dengan sikap teman lelakinya yang ___________________dan suka berfoya-foya dengan perempuan lain.
hidung tinggi
hidung belang
diam ubi
darah muda
Ramai____________memenuhi Stadium Merdeka untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Pahang dan Kelantan.
kaki botol
kaki ayam
kaki bola
kaki bangku
Gejala sosial yang semakin menjadi-jadi itu menyebabkan ramai ______________tidak berani keluar pada waktu malam lagi
kutu embun
lebai malang
embun pagi
lembu dogol
Amirul_______________pada seorang perempuan yang baru bertugas di pejabatnya.
jantung hati
jatuh hati
jauh hati
iri hati
Halim dibuang kerja oleh majikannya kerana hanya menerima_____________tanpa bekerja.
duit kopi
duit ayam
duit muka
gaji buta
Kedai runcit itu terpakasa_____________kerana menghadapi masalah kewangan yang amat serius.
durian runtuh
gaji buta
gulung tikar
loyar buruk
Semua murid _________apabila guru Sains sedang mengajar di hadapan kelas.
pasang badan
pekak badak
pasang telinga
ringan mulut
