Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA 1

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pilih peribahasa yang membawa maksud tidak mempedulikan ejekan atau cacian orang lain.

a)

perang dingin

b)

tebal telinga

c)

senyum kambing

d)

murah hati

2.

Pilih peribahasa yang membawa maksud sesuatu kejadian tidak mungkin berlaku daripada satu pihak sahaja.

a)

bumi mana yang tidak ditmpa hujan

b)

gigi dengan lidah adakalanya tergigit juga

c)

harapka pagar, pagar makan padi

d)

bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi

3.

Maria : Maafkanlah saya kakak. Sedih rasanya kita terus bermasam muka begini.

Masitah : Ya, kak pun ingin memohon maaf daripada kamu. Tidak elok kita tidak bertegur sapa selama ini.


Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan dialog di atas ialah

a)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

b)

membuang garam ke laut

c)

biar berputih tulang, jangan berputih mata

d)

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga

4.

Encik Zahid menegur perbuatan anaknya yang sering leka bermain alat permainan komputer. Beliau mahu supaya anaknya membesar menjadi orang yang pandai mengurus masa dan tidak membunag masa dengan perkara yang sia-sia.


Peribahasa yang sesuai dengan situasi ini ialah _______

a)

api kecil baik dipadamkan

b)

awal dibuat akhir diingat

c)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

d)

gajah mati kerana rebungnya

5.

Samsul enggan mengaku bahawa dia menggores kereta baharu Cikgu Muez walaupun beberapa orang pelajar melihat perbuatannya itu. Sikapnya itu boleh diibaratkan

a)

buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali

b)

menangguk di air keruh

c)

menanam tebu di tepi bibir

d)

lempar batu sembunyi tangan

6.

Seperti menarik rambut dalam tepung

Peribahasa di atas bermaksud apabila melakukan sesuatu perkara hendaklah

a)

bijak menyelesaikan masalah

b)

rajin dan usaha tanpa jemu

c)

gigih dan tabah supaya kejayaan dapat dicapai

d)

mementingkan kebersihan dalam melakukan sesuatu

7.

Joyah : Aku dengar anak Pak Mat ditangkap polis kerana mencuri tetapi dia menafikan apabila Tok Penghulu bertanya kepadanya.

Hasnah : Aku pun serba salah , antara percaya ataupun tidak kerana kejadia itu telah menjadi buah mulut orang kampung.


Situasi di atas sesuai dengan peribahasa

a)

siapa makan lada dialah rasa pedasnya

b)

biar pecah di perut jangan pecah di mulut

c)

kalau tiada angin masakan pokok bergoyang

d)

air yang tenang jangan disangka tiada buaya

8.

Jangan percaya akan tuduhannya itu, Dia itu berbohong dan mencuba membuat

a)

daki dunia

b)

naik angin

c)

perang mulut

d)

serkap jarang

9.

Kelima-lima orang anak Dr. Ismail Shamsudin menurut jejak langkahnya sebagai doktor  perubatan.          

 Hal ini diibaratkan sebagai…

a)

lembu punya susu, sapi dapat nama

b)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

c)

di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu.

d)

bagaimana acuan, begitulah kuihnya

10.

   Sejak datang ke Kuala Lumpur, gaya Amin semakin berubah berbanding dengan gayanya semasa tinggal di kampung. Keadaan Amin itu tepat dengan peribahasa

a)

seperti kacang lupakan kulit. 

b)

jauhari jua yang kenal manikam.

c)

Seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit

d)

masuk kandang kambing mengembek masuk kandang kerbau menguak.