wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

tatabahasa 521

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Pak Tam sudah berusia lanjut. ___________, dia masih turun ke laut untuk menangkap ikan.

a)

Namun demikian

b)

Di samping itu

c)

Tambahan pula

d)

Walhal

2.
Encik Zainuddin hendak __________ bayaran bil elektrik dan bil astro di pejabat pos. 
a)
jelas
b)
menjelas
c)
memperjelas
d)
menjelaskan
3.
“ _________ pertandingan itu akan diadakan?" tanya Cikgu Osman kepada murid    Tahun 6 Dedikasi 
a)
Bilakan
b)
Apakah
c)
Bila
d)
Dimanakah
4.
Hubungan murid-murid yang tinggal di asrama  __________  dan sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain.
a)
seperti isi dengan kuku
b)
seperti aur dengan tebing
c)
seperti enau dengan belukar
d)
seperti bulan dipagar bintang  
5.

Puan Lim menggulung tikar di beranda rumahnya.

Pilih perkataan antonim bagi menggulung.

a)

meletak

b)

menebar

c)

mengalas

d)

menghampar

6.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 
“Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari,” kata ayah kepada abang. 
a)
Abang dan ayah sedang merancang kewangan supaya mereka senang pada hari kemudian. 
b)
Abang menasihati ayah sentiasa merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari. 
c)
Ayah menasihati abang supaya merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari. 
d)
Perancangan kewangan perlu dibuat kemudian supaya kita senang. 
7.

Pilih ayat yang betul.

a)

A. Bayaran ke Pameran Sains itu bukan mahal sangat.

b)

B. Kebanyakan bahan yang dipamerkan berasal daripada Timur Tengah.

c)

C. Setengah pengunjung yang datang ke pameran itu ialah murid sekolah.

d)

D. Sila dapatkan maklumat pameran di kaunter pertanyaan.

8.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
a)
Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
b)
Burung terbang dipipiskan lada
c)
 Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
d)
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
9.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


"Bukankah sudah berpuluh kali kamu dipanggil temu duga? Tidak satupun yang berjaya?" tanya Khairil.

a)

Eh! Sabarlah! Jangan berputus asa.

b)

Memang belum rezeki aku lagi.

c)

Wah, sindir aku nampaknya!

d)

Tidak, engkau apa peduli!

10.

"Semasa tersesat di dalam hutan, _____________ hanya minum air sungai untuk menghilangkan dahaga," kata peserta itu kepada pemberita.

a)

dia

b)

saya

c)

baginda

d)

kalian