Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TINGKATAN 5 BAB 6

Total questions: 12

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan utama pemprosesan makanan?

a)

Memastikan makanan selamat untuk dimakan.

b)

Menjadikan makanan tahan lebih lama

c)

Meningkatkan kualiti makanan

d)

Mengekalkan nutrien dalam makanan

2.

Antara bahan kimia yang berikut, yang manakah adalah pemanis

a)

Monosodium glutamat

b)

Asid borik

c)

Gelatin

d)

Sakarin

3.

Antara berikut, yang manakah merupakan cara pempasteuran susu?

a)

Panaskan susu sehingga 63oC selama 30 minit dan sejukkan dengan serta merta

b)

Panaskan susu sehingga 72oC selama 15 minit dan sejukkan serta merta.

c)

Panaskan susu sehingga 132oC selama 2 minit dan sejukkan dengan serta merta.

d)

Panaskan susu hingga 160oC selama 30 saat dan sejukkan serta merta.

4.

Apakah yang menyebabkan makana menjadi rosak dengan cepat?

a)

Tindakan mikroorganisma

b)

Kandungan nutrien yang tinggi

c)

Parasi yang dihasilkan dalam makanan

d)

Diletakkan di tempat terbuka

5.

Antara cara berikut, yang manakah cara yang digunakan untuk mengeksport daging?

a)

Pengetinan

b)

Pendehidratan

c)

Penyejukbekuan

d)

Penambahan bahan awet

6.

Aoakah bahan yang digunakan untuk membunuh bakteria dalam makanan?

a)

Pengantioksidaan

b)

Bahan awet

c)

Penstabil

d)

Pengimulsi

7.

Penghasilan kacukan yang baharu dan berkualiti melibatkan pemilihan beberapa ciri. Apakah ciri-ciri yang dipilih?

a)

Buah atau biji yang banyak

b)

Tempoh masak yang panjang

c)

Ketahanan tinggi terhadap penyakit dan perosak.

d)

Buah dan biji yang kecil

8.

Antara yang berikut, yang manakah keburukan makanan yang diubahsuai secara genetik

a)

Dihasilkan dalam kuantiti yang besar

b)

Dihasilkan dengan murah

c)

Gen yang tahan pada racun herba boleh dipindah ke rumput

d)

Haiwan ternakan mempunyai ketahanan tinggi terhadap penyakit

9.

Apakah yang akan berlaku jika populasi manusia bertambah lebih cepat berbanding dengan perkembangan pengeluaran makanan?

a)

Manusia akan mengalami kebuluran

b)

Manusia akan menghidap penyakit

c)

Tanah menjadi terbiar

d)

Lebih banyak aktiviti penyelidikan dan pembangunan akan dijalankan.

10.

Anatara berikut yang manakah perlu dielakkan semasa memilih atau membeli makanan?

a)

Membeli buah-buahan dan sayur-sayuran

b)

Mengelakkan daripada membeli makanan yang tercemar

c)

Berjimat dan membeli makanan yang sudah lepas tarikh luput kerana lebih murah

d)

Membeli mengikut kuantiti yang diperlukan untuk mengelakkan pembaziran atau penyimpanan berlebihan

11.

Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri yang terdapat pada seekor lembu.

  • Ketahanan terhadap penyakit
  • Kuantiti hasil susu dan daging yang banyak
  • Sesuai untuk hidup di cuaca tempatan

Kaedah manakah yang paling sesuai untuk menghasilkan lembu yang mempunyai ciri-ciri itu?

a)

Kejuruteraan genetik

b)

Permanian beradas

c)

Pengklonan

d)

Pendidikan dan bimbingan kepada petani

12.

Apakah fungsi sulfur dioksida di dalam buah-buahan kering?

a)

Menambah warna

b)

Memperbaiki tekstur

c)

Menyingkirkan rasa asli

d)

Mengurangkan pertumbuhan bakteria