wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Bab 7 - F2

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan Kesultanan Pahang.


Mengasaskan Kesultanan Pahang pada tahun 1470.

Menggunakan gelaran Sultan Muhammad Shah.


Siapakah tokoh tersebut?

a)

Raja Muzaffar

b)

Raja Muhammad

c)

Sultan Mansur Shah

d)

Sultan Abdul Jamil Shah

2.

Maklumat berikut merupakan sultan ketiga yang memerintah Pahang.


Sultan Abdul Jamil Shah


Apakah sumbangan baginda dalam pemerintahan?

a)

Mengekalkan hubungan yang harmoni dengan Kesultanan Melayu Melaka.

b)

Mempertahankan Pahang semasa diserang oleh Siam.

c)

Menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar.

d)

Memajukan Pahang dari aspek ekonomi dan sosial.

3.

Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Pahang yang baharu?

a)

Tun Saban

b)

Seri Bija Diraja

c)

Tun Habib Abdul Majid

d)

Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad

4.

Mengapakah Sultan Mahmud Shah dan keluarganya meninggalkan Melaka seterusnya bersemayam di Kampar, Sumatera?

a)

Serangan Siam

b)

Serangan Portugis

c)

Terpedaya tipu muslihat

d)

Pemindahan pusat pemerintahan

5.

Di manakah pusat pemerintahan pertama Kesultanan Perak yang diasaskan oleh Raja Muzaffar?

a)

Kampar

b)

Sedili Besar

c)

Tanah Abang

d)

Tanjung Baru

6.

Gambar di atas menunjukkan Sultan Terengganu yang masyhur.


Apakah sumbangan baginda dalam memodenkan Terengganu?

a)

Menggubal undang-undang adat.

b)

Menubuhkan mahkamah syariah.

c)

Memperkemaskan sistem sukat dan timbang.

d)

Menubuhkan beberapa jabatan dalam pentadbiran.

7.

Raja Lumu mengasaskan Kesultanan Selangor pada tahun 1766 dengan gelaran _______________.

a)

Sultan Salehuddin Shah.

b)

Sultan Iskandar Dzulkarnain

c)

Sultan Ala'iddin Suleiman Shah

d)

Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah

8.

Manakah antara kesultanan berikut mengamalkan sistem penggiliran?

a)

Kesultanan Perak

b)

Kesultanan Pahang

c)

Kesultanan Selangor

d)

Kesultanan Terengganu

9.

Siapakah antara berikut merupakan pembesar utama Pahang?

a)

Orang Kaya Indera Putra

b)

Orang Kaya Indera Mahkota

c)

Orang Kaya Indera Perba Jelai

d)

Orang Kaya Indera Shahbandar

10.

Pilih gelaran waris ganti yang betul.

a)

Pahang - Yang Di-pertuan Muda

b)

Perak - Raja Muda

c)

Terengganu - Tengku Mahkota

d)

Selangor - Raja Muda

11.

Di negeri Selangor, mufti merupakan anggota _________.

a)

Dewan Rakyat

b)

Dewan Negara

c)

Dewan di-Raja

d)

Dewan Perhimpunan

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan perundangan.


Digunakan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Dzulkarnain.

Berbentuk soal jawab.


Apakah undang-undang tersebut?

a)

Hukum Kanun Pahang

b)

Hukum Kanun Melaka

c)

Undang-Undang 99 Perak

d)

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor

13.

Adat keputeraan melibatkan upacara berikut kecuali ________.

a)

berendoi

b)

marhaban

c)

khatam al-Quran

d)

melenggang perut

14.

Apakah yang dilakukan oleh pihak istana dalam tempoh perkabungan?

a)

Bersedih dan berduka cita

b)

Bersedekah dengan rakyat

c)

Menjemput rakyat ke istana

d)

Mengadakan majlis membaca doa

15.

Gambar di atas menunjukkan suatu adat istiadat dalam perkahwinan.


Namakan adat istiadat tersebut.

a)

Meminang

b)

Bertunang

c)

Berinai besar

d)

Persandingan