wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda 重叠词

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Rambut pengemis itu ________ dan badannya berbau busuk sekali.

a)

kusut-masai

b)

calar-balar

c)

bengkak-bengkil

d)

riuh-rendah

2.

Ibu memasukkan _________ ke dalam masakannya.

a)

lauk-pauk

b)

kuih-muih

c)

rempah-ratus

d)

kayu-kayan

3.

Suasana kelas pada ketika itu ________ kerana ketiadaan guru.

a)

porak-peranda

b)

hiruk-pikuk

c)

dentam-dentum

d)

kumat-kamit

4.

Mereka berpasangan dalam majlis _______ itu.

a)

berpusu-pusu

b)

bersorak-sorai

c)

bantu-membantu

d)

tari-menari

5.

Majalah yang baru dibeli oleh kakak ________ kerana dicakar kucing kesayangannya.

a)

corak-carik

b)

hina-dina

c)

gundah-gulana

d)

riuh-rendah

6.

Jalan raya menuju ke kampung saya ________.

a)

kacau-bilau

b)

kumat-kamit

c)

lekak-lekuk

d)

gelap-gelita

7.

Ahmad ______ buku komik di kedai buku itu.

a)

mengusap-usap

b)

membelek-belek

c)

menggaru-garu

d)

berasak-asak

8.

Pada malam itu, kawasan sekitar Kuching _______ kerana bekalan elektrik terputus.

a)

celas-celus

b)

kumat-kamit

c)

gelap-gelita

d)

desas-desus

9.

_______ kehidupan nenek moyang pada zaman penjajah semakin dilupakan oleh generasi masa kini.

a)

Kusut-masai

b)

Gundah-gulana

c)

Pahit-getir

d)

Selok-belok

10.

Mei Ling memerah otak _______ untuk mencipta sajak bersempena dengan sambutan Hari Guru di sekolahnya.

a)

habis-habisan

b)

mati-matian

c)

mudah-mudahan

d)

buat-buatan

11.

Para penonton ______ sesama sendiri ketika melihat kemunculan semula penyanyi terkenal itu.

a)

berdekah-dekah

b)

berapat-rapat

c)

berbisik-bisik

d)

berbual-bual

12.

Ming Hua _______ apabila namanya dipanggil sebaik sahaja dia melangkah masuk ke pejabat.

a)

tertanya-tanya

b)

terpinga-pinga

c)

terkial-kial

d)

terketar-ketar

13.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Hasil karya-karya puisi murid yang terpilih akan dimuatkan dalam majalah sekolah.

b)

Rambutnya yang sangat kusut-masai itu disikat dengan rapi.

c)

Pengunjung di Air Terjun Sekayu itu sedang mandi-manda.

d)

Kekemasan bebenang menentukan kualiti kain songket.

14.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Perangainya masih anak-anak.

b)

Lantai simen di rumah Tuk Mat licin-licau.

c)

Majlis kenduri-kendara itu diadakan secara besar-besar.

d)

Badan adik kemerah-merahan kerana digigit pepijat.

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Dua pasang baju-baju itu disangkut pada dinding.

b)

Baju-baju itu disangkut pada dinding.

16.

Pilih ayat yang betul.

a)

Jejari basikal adik sudah patah.

b)

Jejari-jejari basikal adik sudah patah.

17.

Pilih ayat yang betul.

a)

Baju pengemis itu sangat koyak-rabak.

b)

Baju pengemis itu koyak-rabak.

18.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kami mengamalkan budaya saling membantu.

b)

Kami mengamalkan budaya saling bantu-membantu.

19.

Keselamatan kanak-kanak di kawasan taman permainan menjadi isu yang mendapat perhatian ramai _______ ini.

a)

awal-awal

b)

hujung-hujung

c)

akhir-akhir

d)

mula-mula

20.

Ayah memandu kereta dengan berhati-hati ketika melalui jalan yang _______ dan sempit itu.

a)

berlekuk-lekuk

b)

berliku-liku

c)

beralun-alun

d)

berpusing-pusing

21.

Alvin ________ ke sekolah kerana sudah lewat.

a)

tergesa-gesa

b)

termengah-mengah

c)

tersekat-sekat

d)

tercungap-cungap

22.

Murid itu _______ ketika guru sedang mengajar di depan kelas.

a)

tersipu-sipu

b)

terputus-putus

c)

tersentak-sentak

d)

tersengguk-sengguk