WorksheetsSoalan Pemahaman Sains Minggu 6
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Haiwan manakah yang dilindungi kerana spesisnya hampir pupus?
Rajah menunjukkan set kegigian sejenis haiwan. manakah antara berikut adalah makanan bagi haiwan di rajah?
Buah
Daging
Buah dan Sayur
Daging dan sayur
Bagaimanakah cara mengelakkan badan dari jadi seperti orang yang mengalami obesiti?
Hanya memakan sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja
Mengambil makanan yang seimbang dan bersenam setiap hari
Mengambil pil dan ubatan yang boleh mengurangkan berat badan
Amalkan mengambil makanan yang mengandungi banyak karbohidrat
Pokok tersebut dilitakkan di dalam sebuah bilik dan disiram setiap hari. Ramalkan apakah yang akan berlaku kepada pokok tersebut sebulan kemudian?
Tumbuh tegak
Pokok itu akan layu
Pucuk tumbuh ke arah tingkap
Daun-daun pokok menjadi kuning
Gambar tersebut ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengira kuantiti objek yang dapat diisi. Manakah di antara berikut, adalah prinsip pengukuran yang menggunakan alat di atas?
Jisim
Tempoh
Isi padu
Perimeter
Antara berikut, yang manakah tingkah laku yang betul bagi haiwan di atas menyesuaikan dirinya bagi menghadapi cuaca melampau?
Berendam
Menyamar
Bermigrasi
Berhibernasi
Berikut adalah satu proses hidup bagi tumbuhan
"Proses tumbuhan hijau membina makanannya sendiri"
Manakah di antara berikut adalah betul dikaitkan dengan penyataan di atas?
Pemakanan
Fotosintesis
Pernafasan
Tumbesaran
Rajah menunjukkan seorang budak yang sedang berdiri dalam sebuah sampan di sebuah laut.
Apabila dihempas ombak, didapati sampan itu bergolek-golek dan budak itu juga terhoyong-hayang. Apakah yang patut dilakukan supaya kedudukannya menjadi stabil?
Turunkan sauh.
Kayuh sambil duduk.
Kurangkan laju kayuhan.
Tunggu sehingga ombak berhenti.
Objek tersebut selalu ditemui di dapur-dapur rumah. Mengapakah objek tersebut perlu ada di dapur-dapur rumah?
Objek itu bahan kitar semula
Objek itu bersifat konduktor haba
Bahan bagi objek itu bersifat kenyal
Sifat bagi bahan objek itu menyerap air
Sekumpulan murid telah menjalankan satu penyiasatan untuk memerhatikan perubahan saiz bayang-bayang sebuah objek legap di dalam bilik sains. Setelah 10 minit penyiasatan dijalankan, didapati bayang-bayang tidak kelihatan dengan jelas. Kenapa?
Skrin yang digunakan berwarna putih.
Bilik itu terdedah kepada kecerahan cahaya matahari
Saiz objek legap yang digunakan itu tidak cukup besar.
Mentol lampu suluh yang digunakan itu berkuasa rendah
Gambar tersebut adalah sebuah carta yang menunjukkan pola perubahan harga petroleum dunia dalam tempoh 4 bulan pertama bagi tahun 2018.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, manakah di antara berikut adalah penerangan terbaik?
Bekalan petroleum dunia semakin berkurang
Kedudukan matawang utama dunia yang tidak stabil
Kos bagi penjanaan sumber petroleum semakin meningkat
Permintaan industri terhadap bekalan petroleum semakin bertambah
Gambar menunjukkan sebuah litar elektrik.
Jika seseorang hanya ingin menggunakan satu suis sahaja untuk menyalakan dan memadamkan kedua-dua mentol secara serentak, di bahagian manakah di dalam litar perlu suis dipasang?
X
Z
W
Y
Rajah menunjuukkan empat peringkat kejadian gerhana Matahari yang dilihat dari satu kawasan di permukaan bumi.
Berdasarkan rajah tersebut, ramalkan keadaan yang di kawasan permukaan Bumi yang terlibat sebelum di peringkat 1?
Suhu kawasan terlibat, menjadi rendah.
Kecerahan di kawasan terlibat menjadi berkurang
Suhu di kawasan terlibat menjadii sama seperti di peringkat 3.
Kecerahan di kawasan terlibat menjadi sama seperti di peringkat 4.
Rajah menunjukkan sebuah cerek air yang baru mendidih.
Apakah cara terbaik yang boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan suhu air dalam cerek?
Balut dengan tuala tebal
Jangan padamkab api dapur
Pindahkan air ke dalam jag
Simpan air di dalam termos
Berapakah muatan maksima jirim yang dapat dimasukkan di dalam kubus di rajah tersebut?
25 cm3
125 cm3
250 cm3
500 cm3
Di antara punca kemalangan jalan raya yang sering kali berlaku adalah dikenal pasti kerana kadar cengkaman tayar kenderaan dengan permukaan jalan raya yang lemah.
Di antara corak-corak bunga tayar berikut, yang manakah paling sesuai digunakan untuk mengurangkan risiko daripada tergelincir?
Manakah antara berikut adalah benar menerangkan sifat kimia bahan neutral?
Rasa masam dan menukarkan warna kedua-dua kertas litmus
Rasa pahit dan menukarkan kertas litmus biru menjadi merah
Bahan yang licin apabila disentuh dan mengubah kertas litmus merah menjadi biru
Rasa tawar, manis atau masam dan tidak mengubah warna kedua-dua kertas litmus
Gambar tersebut menunjukkan makanan yang telah melalui satu proses pengawetan.
Apakah ciri khas proses pengawetan yang dilalui pada makanan di gambar tersebut yang menghalang mikrorganisma daripada aktif?
Ditambahkan dengan gula
Dicampurkan dengan garam
Suhu tinggi dan bekas kedap udara.
Dikeringkan dan udara dikeluarkan segera.
Rajah menunjukkan empat buah buruj, J, K, L dan M.
Jika umat islam di rantau Asia Tenggara hendak bersolat, buruj manakah yang boleh digunakan untuk menunjukkan arah kiblat?
J
K
L
M
Gambar tersebut ialah sebuah mesin kompleks.
Apakah mesin-mesin ringkas yang terdapat pada alat di dalam gambar?
Gear dan skru.
Satah condong, takal dan taji.
Roda dan gandar, baji dan tuas
Roda dan gandar, gear, baji dan skru.
