wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM - Sinonim

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Kita perlulah mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat supaya tidak ketinggalan dalam dunia yang semakin canggih kini.


Sinonim bagi perkataan pengetahuan ialah __________

a)

ilmu

b)

kepakaran

c)

kemahiran

d)

kepandaian

2.

Kita hendaklah saling membantu antara satu sama lain sejajar dengan hasrat kerajaan iaitu I Malaysia harapan kita.


Sinonim bagi perkataan hasrat ialah __________

a)

niat

b)

cita-cita

c)

harapan

d)

kehendak

3.

Kian Chu tidak menjamah sedikit pun bubur yang disediakan oleh ibunya kerana tekaknya terasa pahit.


Sinonim bagi perkataan menjamah ialah __________

a)

merasa

b)

menelan

c)

memegang

d)

menyentuh

4.

Pak Ali meminta tolong daripada jiran-jirannya untuk menebang pokok kelapa yang tua dan hampir tumbang itu.


Sinonim bagi perkataan menebang ialah __________

a)

menebus

b)

mengerat

c)

memotong

d)

mencantas

5.

Leman memaklumkan kepada jurulaithnya bahawa dia tidak dapat turut menjalani latihan bola sepak pada petang ini kerana mengalami keadaan kecederaan pada kakinya.


Sinonim bagi perkataan memaklumkan ialah _________

a)

melaporkan

b)

memberitahu

c)

menceritakan

d)

mengkhabarkan

6.

Sementara menunggu keputusan peperiksaan, Kah Seng bekerja sambilan di restoran makanan kepunyaan ayah angkatnya untuk mengisi masa lapang sambil mendapat sedikit wang.


Sinonim bagi perkataan sambilan ialah __________

a)

sejam

b)

seminit

c)

sekejap

d)

sementara

7.

Seng Fat dikagumi oleh rakan-rakannya kerana bijak mengemukan idea-idea dalam projek Sains.


Sinonim bagi perkataan bijak ialah __________

a)

baik

b)

cerdik

c)

bagus

d)

pandai

8.

Penduduk Kampung Mewah bekerjasama membina semula jambatan yang telah roboh itu.


Sinonim bagi perkataan jambatan ialah ___________

a)

titi

b)

rakit

c)

tebing

d)

tembok

9.

Ayah mengusir kucing yang cuba menyelongkar tong sampah yang berada di hadapan rumahnya.


Sinonim bagi perkataan mengusir ialah __________

a)

memukul

b)

menghalau

c)

menyergah

d)

mengheret

10.

Pihak penganjur pertandingan itu memberi arahan kepada para peserta supaya mengisi borang dengan lengkap dan menghantar borang itu sebelum tarikh tutup pertandingan.


Sinonim bagi perkataan lengkap ialah __________

a)

betul

b)

padat

c)

penuh

d)

sempurna

11.

Kementerian Pelajaran akan mengkaji semula kebaikan dan kekurangan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.


Sinonim bagi perkataan mengkaji ialah __________

a)

meneliti

b)

menyelidik

c)

memeriksa

d)

mempelajari

12.

Lawatan Sekolah Kebangsaan Bukit Indah ke Muzium Negara terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat sambutan daripada murid-murid.


Sinonim bagi perkataan lawatan ialah _________

a)

kunjungan

b)

perjalanan

c)

rombongan

d)

kedatangan

13.

Ayam itu menguis dengan menggunakn kakinya pada tanah untuk mencari makanan.


Sinonim bagi perkataan menguis ialah _________

a)

menggaru

b)

mengorek

c)

mencakar

d)

mematuk

14.

Nazmi tidak sabar untuk bertemu dengan sahabat penanya dari Mesir yang berkunjung ke Malaysia.


Sinonim bagi perkataan bertemu ialah ___________

a)

bersama

b)

berjumpa

c)

berkumpul

d)

berhimpun

15.

Sejak kebelakangan ini golongan muda yang berfesyen dengan mengikut budaya barat tidak sesuai dengan masyarakat kita.


Sinonim bagi perkataan berfesyen ialah __________

a)

berupa

b)

bergaya

c)

bercorak

d)

berbentuk

16.

Mimpi ngeri itu telah mengejutkan Susan dari tidur.


Sinonim bagi perkataan mengejutkan ialah __________

a)

mengasyikkan

b)

menyedarkan

c)

mengimbaskan

d)

menyentakkan

17.

Kemenangan pemain badminton Malaysia menumpaskan pemain dari China menjadikan suasana di dewan hingar-bingar dengan sorakan penonton.


Sinonim bagi perkataan menjadikan ialah __________

a)

mewujudkan

b)

membuatkan

c)

menimbulkan

d)

membenarkan

18.

Pek Wah kelihatan kekok makan dengan menggunakan tangan kanan keranan selama ini dia biasa menggunakan sudu dan garpu.


Sinonim bagi perkataan kekok ialah __________

a)

jelik

b)

nyilu

c)

muak

d)

canggung

19.

Puan Su menggaji seorang pembantu rumah dari Indonesia untuk menguruskan kebajikan anak-anaknya yang berumur 5 dan 6 tahun masing-masingnya sewaktu dia pergi bekerja.


Sinonim bagi perkataan menggaji ialah _________

a)

mengupah

b)

membayar

c)

membiayai

d)

membelanja

20.

Sempena ulangtahun kelahiran ibu pada minggu depan, saya mahu menghadiahkan selendeng sutera kepadanya.


Sinonim bagi perkataan menghadiahkan ialah __________

a)

memberikan

b)

menunjukkan

c)

menyerahkan

d)

meminjamkan

21.

Kepakaran Pak Leman membuat labu sayong menjadi tarikan utama pelancong di daerah itu.


Sinonim bagi perkataan kepakaran ialah __________

a)

kelajuan

b)

kehalusan

c)

kepandaian

d)

kesenangan

22.

Pemburu itu mengacukan senapang ke arah rusa di sebalik semak itu.


Sinonim bagi perkataan mengacukan ialah ___________

a)

menunjukkan

b)

menghalakan

c)

membalingkan

d)

menghumbankan

23.

Walaupun hadiah pemberian ibu tidak mahal tetapi amat berharga bagi saya.


Sinonim bagi perkataan berharga ialah __________

a)

bernilai

b)

bermutu

c)

berfaedah

d)

bermanfaat

24.

Majlis itu diadakan untuk mengenang jasa guru besar yang telah lama berkhidmat di sekolah itu.


Sinonim bagi perkataan mengenang ialah __________

a)

memikir

b)

mengingat

c)

mengimbas

d)

menyanjung

25.

Pemburu itu memasang jerat di dalam hutan untuk memerangkap kijang


Sinonim bagi perkataan jerat ialah __________

a)

jala

b)

jaring

c)

perangkap

d)

sangkar