Font size
WorksheetsSIMPULANA BAHASA
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Kak Milah________melihat barang kemas yang dipamerkan kerana semuanya cantik-cantik belaka.
rambang mata
mata duitan
mata besar
putih mata
Salmah seorang yang________________. Oleh sebab itu, dia tidak suka membuang masa.
ringan tulang
patah gandar
berat tulang
naik angin
Usahlah seperti_______________, bercakap banyak tetapi tidak tahu apa-apa.
kera sumbang
mulut tempayan
tin kosong
mulut murai
Ayah_____________apabila pemuda itu bersikap biadap padanya.
naik darah
tahan hati
keras hati
batu api
Megala bekerja seperti______________kerana terpaksa menyiapkan kerjanya dengan segera.
lipas kudung
cepat tangan
adu domba
geli hati
Sampai___________pun hajat awak hendak tinggal di bulan tidak akan tercapai.
lidah bercabang
rambang mata
kucing bertanduk
atas angin
Orang yang______jangan di sangka bodoh.
ringan mulut
kaki bangku
berat mulut
kaki judi
Cakap-cakap orang yang__________tidak boleh dipercayai.
lidah rasmi
lidah keras
lidah pendita
lidah bercabang
Kamariah___________hendak belajar di luar negara.
ada angin
ada hati
isi hati
iri hati
Muthu tidak akan ke majlisnya kerana_______________sahaja.
ajak-ajak ayam
kaki ayam
kecil hati
ringan tulang
Ah Meng menjadi ____________sejak diberi kebebasan oleh keluarganya.
bunga dedap
besar kepala
jauh hati
kecil hati
Murid yang menjadi_________pasukan kami dipilih sebagai olahragawati sekolah.
ayam tambatan
kaki bangku
ayam didik
cakar ayam
Harga di pasar raya itu_______________.
murah hati
buah hati
paku belanda
senapang bambu
Dia berasa tersinggung terhadap tingkah laku buruk yang ditunjukkan oleh sahabatnya.
besar hati
kecil hati
isi hati
iri hati
Aminah mencurahkan perasaannya kepada Ahmad sambil menangis teresak-esak.
isi hati
panas hati
buah hati
besar hati
Orang yang tidak berapa siuman itu jangan diganggu.
senapang bambu
otak cair
otak kering
paku belanda
Encik Rostam tidak bersemangat untuk bekerja di syarikat itu lagi.
kecil hati
tawar hati
tarik hati
ambil hati
Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai.
Perniagaannya sudah muflis.
(a)
Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai.
Kamal seorang pencuri.
(a)
Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai.
Susila seorang yang pandai.
(a)
Nenek Surianti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _________.
buta hati
buta huruf
buta kayu
buta gaji
Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak atau adik kerana _________.
anak sulung
anak bongsu
anak tunggal
anak buah
Semasa menaiki pesawat ke Kuching, adik tidak henti-henti berbual kerana dia seorang __________.
otak kering
otak cair
mulut murai
mulut tempayan
Sarala mengambil sekeping roti berkrim sebagai ________ sebelum pergi ke sekolah.
ikat perut
alas perut
perut busuk
perut kosong
Azizi dan anak-anaknya _________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula pun hidang.
langkah kanan
langkah kiri
langkah seribu
langkah bendul
Alex mengambil _________apabila dikejar oleh anjing liar sewaktu pulang ke rumah.
langkah kanan
langkah kiri
langkah seribu
langkah bendul
Semua barang itu dijual dengan __________ dalam Pameran Jom Heboh.
harga diri
harga mati
tanda harga
tanda mata
Puan Basrah masih __________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
geli hati
makan hati
cekal hati
isi hati
Thiru ________sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
pekak badak
lepas tangan
makan hati
tidur mati
Pengadil hoki antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicadi oleh para penonton kerana _________semasa mengadili perlawanan tersebut.
banyak mulut
atas pagar
berat sebelah
lepas tangan
