WorksheetsPENILAIAN HBL SEJARAH TINGKATAN 5
Total questions: 30
Worksheet time: 16mins
Negeri-negeri Selat disatukan oleh British dalam pentadbiran Malayan Union kecuali Singapura.
Mengapakah British bertindak demikian?
Kepentingannya sebagai pelabuhan bebas
Menjamin penguasaan yang berterusan
Singapura kaya dengan sumber bahan mentah
Pembangunaan di setiap negeri tidak seimbang
Salah satu hasrat British ialah membentuk bangsa MU. Mengapa?
Ingin mewujudkan perpaduan
Ingin melicinkan pentadbiran
Ingin golongan pendatang melupakan negara asal mereka
Ingin mereka menumpukan taat setia kepada MU
Berdasarkan perjanjian MU, apakah fungsi Raja-raja Melayu dalam Majlis Raja-raja Melayu
Mengetuai pentadbiran negeri
Menjadi penasihat kepada Gabenor British
Meluluskan undang-undang MU
Membincangkan soal agama Islam dan adat Melayu
Mengapakah orang Melayu menentang pemberian kerakyatan yang longgar terhadap orang dagang?
Mengancam status quo
Melahirkan masyarakat majmuk
Meragui kesetiaan orang dagang
Memundurkan ekonomi dan pendidikan
Apakah yang akan berlaku sekiranya MU terus dilaksanakan di Tanah Melayu?
Memajukan sumber ekonomi negara
Menjamin sistem politik orang Melayu
Menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu
Memelihara warisan Kesultanan Melayu Melaka
Apakah kepentingan Kongres Melayu (1-4 Mac 1946) kepada orang Melayu?
Pembentukan semangat perkauman
Pemulauan perisytiharan MU
Penggubalan Perjanjian Persekutuan TM
Pembentukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Mengapakah pertubuhan tersebut menyokong MU?
Mempertahankan sistem beraja
Melancarkan sistem pentadbiran
Menjaga hak istimewa kaum peribumi
Menyokong pembentukan bangsa MU
Antara akhbar berikut, yang manakah terlibat dalam menyuarakan bantahan terhadap MU secara berterusan.
Utusan Melayu
Warta Malaya
Warta Negara
Utusan Malaya
Kerakyatan MU adalah berasaskan prinsip jus soli iaitu kewarganegaraan sama rata. Apakah kesan pelaksanaan asas kerakyatan tersebut?
Terjadinya rusuhan
Melahirkan kaum berbilang bangsa
Pembangunan ekonomi luar bandar
Jumlah orang Melayu menjadi semakin kecil
Rajah menunjukkan struktur pentadbiran MU. Apakah fungsi Parlimen British?
Menasihati Raja-raja Melayu
Mengawal pentadbiran Tanah Melayu
Memajukan ekonomi di Tanah Melayu
Melantik Pesuruhjaya British di Negeri-negeri Melayu
Mengapakah golongan Melayu radikal membantah keputusan Jawatankuasa Eksekutif?
Tidak bersetuju dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
Hak istimewa orang Melayu terjejas
Syarat kewarganegaraan yang masih longgar
Menjalankan perundingan tertutup dengan UMNO
Pada tahun 1949, Gabenor Sarawak, Duncan Stewart telah dibunuh.
Apakah kesan peristiwa pembunuhan tersebut?
Pengaruh golongan radikal meningkat
Pentadbiran kerajaan menjadi lemah
Rosli Dhobi dihukum gantung
Vyner Brooke melepaskan kuasa pemerintahan
Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Kekuatan perpaduan orang Melayu
Pertambahan bilangan kaum imigran
Memenuhi desakan orang dagang
Akur tuntutan golongan radikal
SPMU 2016
Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu tidak menggalakkan penjajahan bentuk baharu.
Apakah tindakan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan piagam tersebut?
Menamatkan Malayan Union
Memperkukuh sistem pertahanan
Mengawal kedatangan kaum imigran
Mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
SPMU 2016
Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada British.
Mengapakah penyerahan tersebut mendapat bantahan penduduk tempatan?
Sistem beraja tergugat
Sempadan wilayah berubah
Negeri menjadi tanah jajahan
Kegiatan perdagangan terjejas
SPM 2017
Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951.
Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi.
Kabinet bayangan bebas daripada kawalan kerajaan pusat
Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan
Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja
Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir
SPMU 2016
Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951.
Bagaimanakah sistem tersebut dapat memperkukuh perpaduan rakyat?
Ahli dipantau oleh suruhanjaya bebas
Undang-undang antiperkauman digubal
Ahli dilantik dalam kalangan pelbagai kaum
Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan
SPM 2011
Tokoh berikut telah dilantik memegang portfolio dalam Sistem Ahli pada tahun 1951.
Dato Onn Bin Jaafar Dr Lee Tiang Keng Dato E.E.C Thuraisingam
Apakah persamaan tugas mereka dalam sistem tersebut?
Menasihati raja dalam pentadbiran
Mencadangkan undang-undang
Merangka sistem pendidikan
Memajukan kegiatan ekonomi
Mengapakah penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dianggap titik permulaan kerjasama kaum di Tanah Melayu?
Kerjasam UMNO MIC dan MCA membentuk Parti Perikatan
Persetujuan UMNO untuk mmebuka keahlian kepada orang bukan Melayu
Sokongan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu
Kesanggupan UMNO untuk berunding dengan kaum lain demi masa depan negara
Apakah manifesto Parti Perikatan yang digunakan semasa Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
I Menjaga hak asasi manusia
II Meningkatkan kualiti perkhidmatan awam
III Mencapai kemerdekaan dalam masa tiga tahun
IV Melindungi hak Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Parti Perikatan telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri pada tahun 1954. Kejayaan ini telah menunjukkan bahawa
bersedia untuk mentadbir sendiri
kehandalan pentadbiran pemimpin tempatan
kemajuan dicapai oleh rakyat Tanah Melayu
wujudnya permuafakatan kaum
SPM 2015
Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1953.
Apakah hasil konvensyen tersebut?
Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perbandaran
Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya
Pelantikan Jawatankuasa Pilihan Raya
Pembentukan Parti Perikatan
Dato' Onn Ja'afar telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya(IMP) pada tahun 1951. Manakah benar tentang IMP?
Sedia menangguhkan tuntutan kemerdekaan
Terbuka kepada semua kaum
Memupuk kerjasama kaum dalam sebuah parti
Peka terhadap perubahan politik semasa
Pakatan murni ke arah kemerdekaan.
Apakah pengajaran yang boleh didapati daripada pakatan tersebut?
Bekerjasama dan bermuafakat
Berwaspada terhadap kuasa Barat
Berhati-hati membuat keputusan
Berjuang secara rasional
Apakah isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu1957?
I Perdana Menteri menjadi ketua negara
II Islam sebagai agama rasmi persekutuan
III Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara
IV Bunga raya menjadi bunga kebangsaan persekutuan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
SPMU 2018
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani pada 15 Ogos 1957.
Mengapakah perjanjian tersebut penting kepada penduduk Tanah Melayu?
Meneruskan kuasa British
Majlis Mesyuarat Negeri dibentuk
Mendapat hak untuk memerintah sendiri
Menamatkan sistem pemerintahan monarki
SPMU 2018
Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Apakah perkara asas yang dipertimbangkan dalam rangka perlembagaan tersebut?
Kedudukan British
Jawatan tradisional
Bantahan negara jiran
Kuasa autonomi negeri
SPM 2012
Antara yang berikut, manakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
I Melalui permohonan
II Kuat kuasa undang-undang
III Perkenan Raja-Raja Melayu
IV Kelulusan Dewan Undangan Negeri
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Dalam merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu, apakah isu yang menjadi fokus Suruhanjaya Reid ?
I Kerjasama kaum
II Kedudukan istimewa orang Melayu
III Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan
IV Penglibatan orang dagang dalam pemerintahan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Suruhanjaya Reid dibentuk pada bulan Mac 1956. Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
Membentuk perpaduan
Mengekalkan kemerdekaan
Menggubal perlembagaan
Memulihkan kuasa Raja-Raja Melayu
