Font size
WorksheetsBIOLOGI T4 BAB 7 : PENGHASILAN TENAGA MELALUI RESPIRASI SEL
Total questions: 25
Worksheet time: 19mins
Antara berikut, bahan kimia manakah bukan merupakan substrat respirasi sel?
Glukosa
Protein
Lemak
Lilin
Antara berikut, proses manakah yang menghasilkan tenaga yang lebih rendah?
Penguraian glukosa kepada piruvat
Penguraian piruvat kepada etanol dan karbon dioksida
Penguraian piruvat kepada karbon dioksida dan air
Penguraian asid lemak kepada karbon dioksida
Berdasarkan persamaan perkataan di atas, padanan manakah yang betul?
P : Oksigen Q : Asid laktik
P : Tiada Q : Karbon diosida
C : Oksigen Q : Karbon dioksida
P : Tiada Q : Etanol
Dimanakah berlakunya penghasilan karbon dioksida dan air daripada glukosa?
Kloroplas
Sitoplasma
Mitokondrion
Nukleus
Dalam sel bahagian G,H diuraikan kepada I. Proses ini berlaku di dalam proses respirasi sel. Antara berikut, pilihan yang manakah mungkin merupakan G, H dan I?
I dan II
I dan III
II dan III
II dan IV
Dalam satu ekperimen mengkaji respirasi aerob seekor lipas, pelet kalium hidroksida digunakan untuk
menyerap oksigen dalam tabung didih
menyerap wap air yang dihasilkan
menyerap haba yang dihasilkan
menyerap karbon dioksida yang dihasilkan
Antara berikut, pernyataan yang manakah berkenaan Lactobacillus adalah betul?
Lactobacillus menjalankan fermentasi dalam keadaan tanpa oksigen
Lactobacillus menjalankan respirasi aerob dalam kehadiran oksigen
Lactobacillus dapat menguraikan piruvat kepada etanol dan karbon dioksida dalam keadaan tanpa oksigen
Lactobacillus tidak dapat menguraikan piruvat kepada asid laktik dalam keadaan tanpa oksigen
Antara berikut, pernyataan yang manakah berkenaan dengan perbezaan antara respirasi aerob dengan fermentasi adalah betul?
Respirasi aerob menghasilkan tenaga manakala fermentasi tidak.
Respirasi aerob menguraikan glukosa manakala fermentasi tidak.
Respirasi aerob menghasilkan karbon dioksida manakala fermentasi tidak.
Respirasi aerob menguraikan piruvat di dalam mitokondrion manakala fermentasi di dalam sitoplasma
Respirasi sel diperlukan untuk menghasilkan tenaga. Apakah substrat utama respirasi sel?
Fruktosa
Sukrosa
Glukosa
Galaktosa
Apakah hasil akhir respirasi anaerob pada manusia?
Asid laktik
Air
Karbon dioksida
38 ATP
Apakah fungsi mitokondria?
Menyimpan makanan dalam bentuk glikogen
Mengubah suai protein dan mengangkut keluar dari sel
Mengangkut protein dari ribosom
Medium untuk penjanaan tenaga
Respirasi aerob berlaku dalam
Nukleus
sitoplasma
mitokondrion
Lisosom
Fermentasi berlaku dalam
Nukleus
Sitoplasma
Mitokondrion
Jasad Golgi
Antara yang berikut, yang manakah tidak berlaku semasa fermentasi dalam yis?
Etanol dihasilkan
Kurang tenaga dibebaskan
Pengumpulan asid laktik
Penguraian glukosa yang tidak lengkap
Persamaan di atas mewakili
hidrolisis glukosa
respirasi aerob
fermentasi alkohol
fermentasi asid laktik
Proses di atas berlaku dalam sel otot seorang atlet semasa aktiviti cergas. Antara berikut yang manakah adalah R?
Air
Etanol
Karbon dioksida
Asid laktik
Antara yang berikut, yang manakah akan terkumpul dalam otot seseorang yang sedang menjalankan aktiviti cergas?
Urea
Metana
Asid laktik
Etanol
Apakah yang dihasilkan semasa fermentasi dalam yis dan otot manusia?
Etanol
Asid laktik
Karbon dioksida
Tenaga
Antara perubahan berikut, yang manakah akan meningkatkan kadar respirasi suatu organisma?
Suhu badan menurun
Kepekatan glukosa dalam darah menurun
Kepekatan oksigen dalam darah meningkat
Kepekatan karbon dioksida dalam darah meningkat
Apakah yang berlaku di dalam tisu ini semasa aktiviti cergas?
Molekul glukosa terurai menghasilkan karbon dioksida
Molekul glukosa terurai menghasilkan 2898kJ tenaga
Molekul glukosa terurai secara separa kepada asid laktik
Molekul glukosa terurai secara separa kepada etanol
Yang manakah adalah salah satu produk akhir bagi respirasi pokok padi?
38 ATP
Air
Oksigen
Etanol
Sesetengah bakteria hanya boleh hidup dalam keadaan anaerob. Ramalkan apa yang akan berlaku kepada bakteria jenis ini sekiranya oksigen dibekalkan.
Bakteria akan lebih aktif
Bakteria akan bertukar kepada respirasi aerob
Bakteria tersebut akan mati
Bakteria tersebut tidak sesuai hidup di persekitaran beroksigen
Apakah kegunaan hasil fermentasi alkohol?
Untuk membuat doh roti
Untuk pembuatan bir dan wain
Untuk menghasilkan ubat-ubatan
Untuk membuat minyak wangi
Mengapakah otot menjalankan respirasi sel yang menghasilkan asid laktik semasa aktiviti cergas?
Kerana otot kekurangan oksigen
Otot mengalami hutang oksigen
Kerana berlaku pengoksidaan piruvat yang lengkap
Kerana berlaku pengoksidaan piruvat tidak lengkap
Apakah hasil akhir bagi proses glikolisis?
2 Karbon dioksida
2 piruvat
2 air
2 ATP
