wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Mac

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan yang manakah yang benar tentang Bahasa K’un-Lun?

a)

Bahasa pertuturan di Sriwijaya

b)

Bahasa rasmi kerajaan Sribhoga

c)

Merujuk kepada Bahasa Melayu Kuno

d)

Merupakan Bahasa golongan bangsawan

2.

Yang manakah padanan yang betul bagi kelompok Bahasa dengan anggaran usia bahasa tersebut?


ANGGARAN USIA BAHASA


ATAS: Tidak melebihi 2500 tahun

BAWAH: Antara 2500 hingga 5000 tahun

a)

Austronesia, Melanesia

Mikronesia, Austroasia

b)

Nusantara, Mikronesia

Austris, Austroasia

c)

Polinesia, Nusantara

Austronesia, Tibet-China

d)

Melanesia, Polinesia

Austronesia, Austris

3.

Tersebar dari Formosa di utara hingga ke New Zealand di selatan dan darat Madagaskar di barat hingga ke Pulau Easter di timur.


Pernyataan tersebut merujuk kepada perkembangan Bahasa…

a)

Austronesia

b)

Nusantara

c)

Melanesia

d)

Polinesia

4.

Filum mempunyai pengertian sebagai…

a)

Bahasa yang berusia melebihi 5000 tahun

b)

Bahasa yang mempunyai hubungan kekerabatan

c)

Bahasa yang berumur antara 2500 hingga 5000 tahun

d)

Bahasa yang mempunyai penyimpangan yang sedikit

5.

Yang manakah batu bersurat yang ditulis dalam huruf Nagiri?

a)

Batu Bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah

b)

Batu Bersurat di Talang Tuwo, Palembang

c)

Batu Bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka

d)

Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang

6.

Marlapas, niparwuat, sapuloh dua


Kata-kata Bahasa Melayu kuno di atas bermaksud

a)

Berlepas, dibuat, dua puluh

b)

Melepas, diperbuat, dua belas

c)

Berlepas, diperbuat, dua belas

d)

Melepas, memperbuat, dua puluh

7.

Diminumnya, membawa, perbuat


Perkataan berimbuhan di atas dalam Bahasa Melayu kuno ialah

a)

Niminumna, mawawa, parwuat

b)

Diminumnya, marwawa, perwuat

c)

Niminumnya, marwawa, parbuat

d)

Niminumnya, mawawa, warwuat

8.

Batu bersurat yang ditemukan pada abad ke-7

· Di kedukan bukit

· Di Talang Tuwo

· Di Karang Brahi

· Di Kota Kapur


Pernyataan yang berikut benar tentang batu bersurat di atas, kecuali

a)

menunjukkan bahawa Bahasa Melayu menjadi bBhasa rasmi ketika itu

b)

mengandungi kata pinjaman daripada Bahasa Sanskrit

c)

Tulisan yang digunakan berasal dari utara India

d)

Ditulis atas titah raja yang memerintah

9.

Terdengarlah cerita musafir yang berjalan itu. Maka berjalanlah ia ke luar bandar Mengkaleh, direntasnya padang dan desa. Sampailah ia ke sungai Jengkala lalu berhentilah ia di situ.


Yang berikut ialah ciri Bahasa Melayu Klasik yang terdapat dalam petikan di atas, kecuali

a)

Menggunakan kata pangkal ayat

b)

Menggunakan ayat songsang

c)

Menggunakan ayat tunggal

d)

Menggunakan ayat pasif

10.

Yang manakah susunan batu bersurat yang betul mengikut tarikh penemuannya?


I. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh

II. Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah

III. Batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka

IV. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang

a)

II, III, IV, I

b)

III, IV, I, II

c)

IV, II, I, III

d)

IV, III, II, I

11.

Yang manakah batu bersurat yang tidak menunjukkan pengaruh bahasa Arab?

a)

Batu Bersurat di Minye Tujuh, Acheh

b)

Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu

c)

Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang

d)

Batu Bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau

12.

Yang berikut ialah bukti penggunaan Bahasa Melayu Klasik, kecuali

a)

Batu Bersurat di Minye Tujuh

b)

Patung Gangsa di Padang Lawas

c)

Batu Nisan Sultan Malik al-Salleh

d)

Surat Sultan Abu Hayat II kepada Raja John III

13.

Bahasa Melayu Klasik

  • X
  • Y
  • Menerima pengaruh Bahasa Arab

Yang manakah yang boleh ditempatkan pada X dan Y?

a)

X - menggunakan tulisan jawi

Y - perkembangan pesatnya di Riau

b)

X - Mengekalkan pinjaman Bahasa Sanskrit

Y - Banyak menggunakan bahasa istana

c)

X - Bahan bukti terhad kepada batu bersurat

Y - Meneruskan pinjaman daripada bahasa Sanskrit

d)

X - Banyak pengaruh Bahasa Inggeris

Y - Menggunakan tulisan Rumi

14.

huraikan 3 ciri bahasa Melayu Klasik. (6 markah)

4 lines
15.

berapakah huruf tambahan Jawi yang disesuaikan dengan bunyi dalam bahasa Melayu dan nyatakan apakah huruf tersebut. (6 markah)

4 lines