NEW
Font size
WorksheetsBAB 5 (TAMADUN AWAL DUNIA)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara berikut, yang manakah kepentingan sungai ketika tamadun awal dunia?
I. Menjadi sumber makanan
II. Membuat kawasan petempatan
III. Membekalkan air bagi tanaman
IV. Membekalkan air kepada binatang ternakan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah faktor perkembangan pesat keempat-empat tamadun awal dunia?
Terletak di kawasan yang strategik
Kepercayaan kepada kuasa Tuhan
Kesungguhan dan kerajinan bekerja
Mempunyai pemimpin yang berkaliber
Apakah maksud Mesopotamia?
Tanah yang subur
Tanah pergunungan
Tamadun terawal dunia
Tanah di antara dua sungai
Tamadun Mesopotamia terkenal dengan binaan Zigurat.
Apakah fungsi utama Zigurat?
Perpustakaan
Tempat ibadat
Sistem pertahanan
Sistem pemerintahan
Apakah fungsi Negara-Kota?
I. Pusat perdagangan
II. Pusat pelabuhan
III. Pusat pentadbiran
IV. Pusat pengumpulan hasil pertanian
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah faktor kestabilan dan kemakmuran ekonomi kerajaan pertengahan Tamadun Mesir Purba?
Kekuatan raja
Pemimpin adil
Masyarakat bersatu padu
Kedatangan ramai pedagang
Dalam Tamadun Mesir Purba, terdapat dua tinggalan yang terkenal.
Apakah tinggalan tersebut?
I. Firaun
II. Ramses
III. Sungai Nil
IV. Piramid
I dan II
I dan III
III dan IV
I dan IV
Apakah persamaan sumbangan Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Purba dan Tamadun Indus dalam bidang teknologi?
Matematik
Sistem perparitan
Penciptaan kertas
Penciptaan kompas
Tamadun Indus terkenal dengan dua buah bandar terancang yang dibina oleh masyarakat dalam tamadun tersebut.
Apakah keistimewaan bandar tersebut?
Bangunan yang tinggi
Jalan raya bersaiz besar
Susun atur yang sistematik
Tidak mempunyai sistem kumbahan
Mengapakah tempat ibadat dibina dengan besar oleh masyarakat tamadun awal?
Tanda menghormati Tuhan
Memberi keselesaan dan keamanan
Memupuk semangat cinta akan tuhan
Memuatkan ahli masyarakat yang ramai
Tamadun X merupakan masyarakat terawal yang mencipta sistem menyukat berat dan sukatan.
Apakah tamadun X?
Tamadun Mesopotamia
Tamdun Mesir Purba
Tamadun Huang He
Tamadun Indus
Antara berikut, yang manakah bandar terancang terkenal yang dibina dalam Tamadun Indus?
I. Makran
II. Memphis
III. Harappa
IV. Mohenjo – Daro
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah Kod undang – undang Hammurabi penting kepada masyarakat Tamadun Mesopotamia?
Mengukuhkan perpaduan
Menggalakkan mobiliti sosial
Menyeragamkan pentadbiran
Mengukuhkan kedudukan raja
· Seseorang pemerintah mestilah mendapat mandat
daripada syurga
· Sistem pemerintahan tamadun ini berasaskan dinasti
Maklumat tersebut berkaitan dengan pemeritahan Tamadun.
Huang He
Indus
Mesir Purba
Mesopotamia
Tanpa kecanggihan teknologi pada masa kini, masyarakat dalam Tamadun Mesopotamia mampu membina Taman Tergantung Babylon.
Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat Tamadun Mesopotamia mampu membina Taman Tergantung Babylon?
Kegigihan masyarakat
Wujud pengkhususan kerja
Pemimpin yang berkuasa mutlak
Kerjasama antara pemimpin dan masyarakat
’Huang He’ bermaksud ...
Laut Kuning
Sungai Kuning
Air Kuning
Minuman Kuning
Tamadun Mesopotamia berkembang dari zaman ...
Paleolitik
Mesolitik
Neolitik
Logam
Apakah teknologi Tamadun Mesopotamia?
Kertas pokok papyrus
Sutera
Emas
Kemajuan matematik
Apakah kepentingan Sungai Nil kepada tamadun awal Mesir Purba?
Pelancongan & pengangkutan
Pengangkutan & sumber makanan.
Sumber makanan & perluasan kuasa
Pelancongan & perluasan kuasa
Tamadun Mesir Purba menggunakan ... untuk pertanian.
Tanah
lumpur hitam
Batu kerikil
Kayu bakau
