wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AKHLAK TAHUN 3 (U1)

Total questions: 15

Worksheet time: 1hrs 15mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah cara bersyukur kepada Allah swt?

a)

Tidak menghabiskan makanan

b)

Membeli mainan dengan banyak

c)

Memberi sedekah kepada orang miskin

d)

Berasa iri hati kepada kawan sebab mempunyai beg baru

2.

Apakah tanda orang tidak ikhlas dalam amalan?

a)

Suka rela membantu guru

b)

Bersedekah apabila diperhatikan oleh orang lain

c)

Melakukan solat tanpa di suruh

d)

Lupa dengan kebaikannya terhadap orang lain

3.

Pilih 2 keadaan berikut memerlukan kita untuk sabar.

a)

Ketika sedang berpuasa

b)

Apabila agama Islam dihina

c)

Dilanggar oleh kawan ketika berbasikal

d)

Mendapat anugerah Murid Kreatif

4.

Lengkapkan ayat di bawah.


Berlemah lembut bermaksud elok perangai, halus budi pekerti, __________ , berwajah ceria dan __________.

a)

berbudi bahasa , mengenang jasa

b)

baik hati , berlapang dada

c)

berakhlak mulia , mengharap balasan

d)

bercakap besar , besar hati

5.

Antara berikut, pernyataan manakah yang benar berkaitan sifat belas kasihan?

a)

Hazim memasukkan RM1 setiap hari ke dalam tabung

b)

Hajar menasihati adiknya kerana tidak menurut perintah ibu

c)

Amsyar memberikan tempat duduknya pada seorang makcik tua di dalam bas

d)

Arianna menghantar kerja sekolah pada masa yang ditetapkan

6.

Antara adab-adab tilawah al-Qur'an adalah _____________ dan _____________.

a)

Mulakan membaca dengan Isti'azah dan Alhamdulillah

b)

Memakai pakaian yang bersih dan menutup aurat

c)

Mengambil wuduk dengan tergesa-gesa

d)

Duduk dengan sopan di tempat yang bersih

7.

Ayat ini adalah _____________.

a)

Doa masuk masjid

b)

Niat i'tikaf

c)

Doa keluar rumah

d)

Niat ambil wuduk

8.

Tiga rukun mengerjakan Sujud Syukur adalah __________.

a)

Sujud sekali

b)

Niat serta Takbiratul Ihram

c)

Membaca Doa Qunut

d)

Memberi salam setelah duduk

9.

Antara berikut, manakah dua situasi yang menunjukkan adab-adab beriadah?

a)

Bermain bola tanpa membuat senaman renggangan

b)

Memakai pakaian sukan dan berkasut sukan

c)

Melakukan riadah mengikut mood harian

d)

Berjogging di taman rekreasi

10.

Berikut adalah alatan yang boleh membahayakan diri, kecuali __________.

a)
b)
c)
d)
11.

Antara berikut, yang manakah merupakan kemudahan awam?

a)
b)
c)
d)
12.

Bagaimana cara menunjukkan sifat belas kasihan?

a)

Menyayangi anak yatim

b)

Merosakkan tumbuhan tanpa tujuan

c)

Menyembelih lembu menggunakan pisau tumpul

d)

Memandang rendah kepada orang miskin

13.

Pilih dua situasi yang menunjukkan perkara yang dilarang ketika berada di dalam masjid.

a)

Amin membaca al-Qur'an sementara menunggu masuk waktu solat

b)

Ehsan dan Fizi bermain "Police Entry" di ruang solat

c)

Ijad duduk mendengar tazkirah selepas solat Maghrib

d)

Afif dan Danish berbual-bual mengenai video game

14.

Dua kelebihan tilawah al-Qur'an, iaitu ___________.

a)

Mendapat rahmat dan kasih sayang Allah swt

b)

Melemahkan keimanan kita kepada Allah swt

c)

Penawar hati yang gelisah dan tidak tenteram

d)

Membuatkan pemikiran kita menjadi sempit

15.

Pernyataan manakah yang benar mengenai sifat berjimat cermat?

a)

Syafiqah menyediakan tempat untuk anak kucing berteduh daripada hujan

b)

Fateh menghadkan pembelanjaannya di sekolah

c)

Ahmad dan rakan-rakannya beratur semasa menaiki bas

d)

Syahmi berpuasa kerana menunaikan perintah Allah swt