Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ulangkaji Penanda Wacana (BM Tahun 6)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Nampaknya masalah yang kamu hadapi dapat diselesaikan. _________________, tidak perlulah saya membantu.

a)

Walaupun demikian

b)

Lebih-lebih lagi

c)

Kalau begitu

d)

Dengan itu

2.

Bapa Hanafi tiada di rumah. ________________, dia terpaksa membantu ibunya memetik bunga melur di kebun.

a)

Selain itu

b)

Oleh itu

c)

Selepas itu

d)

Semenjak itu

3.

Encik Zaharul akan ke Arau sebentar lagi. ________________, dia memastikan kenderaanya dalam keadaan selamat untuk digunakan.

a)

Tambahan lagi

b)

Tambahan pula

c)

Sebelum itu

d)

Selepas itu

4.

Para peserta tidak mengikut laluan itu. ________________, itu satu-satunya jalan untuk sampai ke tempat tersebut.

a)

Walau bagaimanapun

b)

Kalau begitu

c)

Tambahan lagi

d)

Lebih-lebih lagi

5.

"Saya sudah memohon maaf daripadanya. _____________, dia tetap tidak mahu bertegur sapa dengan saya," kata Rani kepada Radhani.

a)

Oleh sebab itu

b)

Di samping itu

c)

Namun begitu

d)

Lantaran itu

6.

"Saya tidak dapat melihat dengan jelas. ______________, pada waktu senja," kata Zara kepada jururawat itu.

a)

Sungguhpun demikian

b)

Walaupun begitu

c)

Lebih-lebih lagi

d)

Walau bagaimanapun

7.

Membaca dapat menambah ilmu. ________________, membaca juga dapat mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah.

a)

Selain itu

b)

Lantaran itu

c)

Namun begitu

d)

Selepas itu

8.

Azlina gagal mendapat tempat dalam pertandingan itu. _________________, dia tidak pernah kecewa dan berputus asa.

a)

Oleh itu

b)

Lantaran itu

c)

Namun begitu

d)

Walau bagaimanapun

9.

Zamri lewat lagi sampai di pejabat hari ini. _____________ dia terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

a)

Oleh itu

b)

Mungkin

c)

Oleh sebab itu

d)

Oleh yang demikian

10.

Projek itu telah mendapat kritikan hebat daripada pihak-pihak tertentu. ________________, pelaksanaannya tetap diteruskan.

a)

Dengan itu

b)

Kalau begitu

c)

Namun demikian

d)

Oleh itu