Font size
WorksheetsSains KSSM Tingkatan 1 Bab 4 Bahagian 3
Total questions: 11
Worksheet time: 3mins
X ialah peringkat permulaan sistem pembiakan menjadi matang dan menghasilkan sel pembiakan di mana pertumbuhan dan perkembangan yang banyak sama ada dari segi emosi, fizikal mahupun fisiologi. Apakah itu X?
Akil baligh
Permatangan
Pertumbuhan
Pendewasaan
Umur lelaki ketika mencapai akil baligh adalah lebih kurang 14-17 tahun manakala perempuan pula lebih awal daripada lelaki, iaitu antara ________ tahun.
10-12
9-11
7-10
12-15
Pilihkan perubahan-perubahan yang berlaku pada lelaki dan perempuan apabila mencapai akil baligh.
Peti suara (larinks) membesar dan suara menjadi garau.
Misai dan janggut mula tumbuh.
Bulu tumbuh di muka, ketiak dan dada.
Ketinggian menaik secara mendadak.
Berat menaik secara perlahan.
Perubahan juga berlaku pada organ pembiakan lelaki apabila mencapai akil baligh. Yang manakah merupakan perubahan-perubahan tersebut?
Testis menghasilkan sperma dan hormon seks
Bulu tumbuh di bahagian sulit
Zakar dan skrotum mula membesar
Ovari menghasilkan ovum dan hormon seks
Kitaran haid bermula
Apakah perubahan-perubahan yang berlaku pada perempuan apabila mencapai akil baligh?
Buah dada membesar
Punggung mula padat dan lebar
Bulu tumbuh di bahagian ketiak
Suara menjadi garau
Misai dan janggut mula tumbuh
Apakah yang berlaku pada organ pembiakan perempuan apabila mencapai akil baligh?
Ovari menghasilkan ovum dan hormon seks
Kitaran haid bermula
Bulu tumbuh di bahagian sulit
Zakar dan skrotum mula membesar
Testis menghasilkan sperma dan hormon seks
X ialah gamet jantan atau sel pembiakan lelaki. X ialah sel yang paling kecil di dalam badan lelaki dan berbentuk seperti berudu. Apakah itu X?
Sperma
Ovum
Testis
Ovari
Y ialah gamet betina atau sel pembiakan perempuan. X ialah sel yang paling besar di dalam badan perempuan. Apakah itu Y?
Ovum
Sperma
Ovari
Testis
Apakah 2 persamaan sel sperma dan sel ovum?
Membawa maklumat genetik daripada ibu atau bapa.
Merupakan sel pembiakan seks.
Hanya dijumpai dalam tumbuhan.
Boleh hidup selama setahun apabila meninggalkan badan.
Apakah ciri-ciri sel sperma?
Boleh bergerak secara berenang menggunakan ekor.
Dihasilkan oleh testis.
Jumlah sperma normal dilepaskan sebanyak 60 juta setiap sentimeter pad.
Sel terbesar dalam badan manusia.
Apakah ciri-ciri sel ovum perempuan?
Tidak boleh bergerak sendiri.
Berbentuk sfera dan berdiameter ~0.1 mm.
Bilangan ovum yang dihasilkan biasanya hanya satu setiap bulan bagi perempuan normal.
Sel terkecil dalam badan manusia.
