wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Boleh ke bantu kawan berubah?

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apa yang selalu menjadi punca masalah antara kita dan kawan?

a)

Kerana kawan kita menyakitkan hati kita.

b)

Kerana kita memilih dengan siapa kita berkawan.

c)

Kerana perbezaan sikap, personaliti, pendapat antara kita dan kawan.

d)

Kerana kawan selalu membuli kita.

2.

Apakah cara yang untuk bantu kawan berubah?

a)

Terus menasihati atau memarahi kawan yang buat salah.

b)

Berhenti mengubah kawan mengikut pandangan kita.

c)

Ubah sudut pandangan kita terhadap kawan.

d)

Minta kawan lain marah kawan tersebut.

3.

Apakah keadaan biasa yang menyebabkan kita tidak selesa dengan kawan?

a)

Apabila kita atau kawan kita baharu berpindah sekolah dan berkenalan dengan kawan baharu.

b)

Apabila kawan tidak bantu kita buat kerja sekolah.

c)

Apabila kita dan kawan dimarahi oleh guru.

d)

Apabila kawan selalu datang lambat ke sekolah dan melakukan kesalahan disiplin.

4.

Apa yang menyebabkan rakan kita sukar berubah?

a)

Kerana dia tidak mahu mendengar nasihat.

b)

Kerana dia mempunyai masalah disiplin.

c)

Kerana dia tidak mahu berubah.

d)

Kerana dia dibesarkan dari latar belakang yang berbeza.

5.

Apa yang perlu kita lakukan jika sikap kawan berbeza dengan kita sehingga kita tidak selesa?

a)

Jauhkan diri kita dari kawan tersebut.

b)

Cari persamaan kawan yang boleh membuatkan kita selesa dengannya.

c)

Cari kawan lain yang sama sikap dengan kita.

d)

Berterus terang dengannya supaya dia berubah.

6.

Bagaimana kawan boleh berubah?

a)

Setelah kawan semakin percaya, serasi serta selesa dengan cara dan diri kita.

b)

Setelah kita paksa dia berubah.

c)

Setelah semua kawan-kawan dalam kelas memulaukan dia apabila dia buat salah.

d)

Setelah kawan kita dipanggil oleh guru disiplin dan guru kaunseling.

7.

Siapakah yang boleh mengubah perangai buruk kawan kita?

a)

Kita sebagai kawan rapatnya yang telah lama berkawan.

b)

Ibubapa kawan kita yang melahirkan dan menjaganya sejak kecil.

c)

Guru disiplin yang memberikan tindakan disiplin dan guru kaunseling yang memberi sesi kaunseling kepada kawan kita.

d)

Diri kawan kita sendiri apabila dia sedar kesilapannya dan belajar sikap yang baik dari kita.

8.

Berapakah langkah atau cara yang cikgu jongsikan dalam video untuk membantu kawan berubah?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

9.

Apakah yang anda akan lakukan jika mendapati kawan mempunyai sikap yang tidak baik?

4 lines
10.

Berikah nama penuh dan kelas anda.

4 lines