Font size
WorksheetsPenjodoh Bilangan
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Mama menghidang beberapa _______________ agar-agar pandan untuk para tetamu.
biji
buah
potong
ulas
Aisyah membuka satu ____________ mentega yang baru dibelinya tadi untuk membuat kek.
buah
blok
pasang
pangsa
"Saya dapat menghabiskan se__________ anggur sekaligus kerana anggur ialah buah-buahan kegemaran saya," kata Qisya spontan.
gugus
utas
biji
gelas
"Berapakah harga bagi 5 _____________ durian jenis udang merah ini?" tanya ibu
biji
helai
buah
buku
Ameer makan se__________ roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.
cubit
cebis
helai
keping
Uqael mengambil se_____________ doh tersebut sebelum membentukkannya menjadi donat.
bongkah
genggam
keping
cubit
"Terima kasih kerana memberikan sumbangan beberapa _________________ nasi lemak untuk gelandangan di Kuala Lumpur," kata Ustaz Idris kepada keluarga Karl.
pinggan
buku
butir
bungkus
Sejak musim PKP, harga se_____________ jagung berharga RM3.50
buah
batang
tongkol
baris
Pakcik Ahmad merebus se____________ telur.
buah
butir
utas
kelompok
"Jangan lupa masukkan se__________ garam sebelum menutup api masakan ya," jelas Chef Adam Zikry sebelum menamatkan rancangan masakannya dengan menu Tomyam Campur.
genggam
butir
cubit
helai
"Wah, ada hamba Allah yang sedekah se__________ pisang di masjid tadi," teruja Adam Hafiy bercerita kepada ibunya.
sikat
tandan
biji
tongkol
Setiap pagi, Pak Ashraf menggantung beberapa ______________ pisang di hadapan kedainya.
sikat
tongkol
tandan
buku
"Haziq, nanti belikan se___________ roti putih Gardenia ya," pinta ibu kepada Haziq.
bentuk
angkatan
potong
buku
Basuh bersih-bersih beberapa ___________ bawang putih sebelum kita masukkan dalam mesin pengisar.
ulas
utas
buah
bongkah
Tulis 1 ayat lengkap menggunakan penjodoh bilangan 'sudu'
(a)
