NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU (UPSR) : Uji Tatabahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
KATA NAMA : Kakak Mila membeli ___________ biskut berbentuk bunga dan bintang.
tekapan
tenunan
adunan
acuan
KATA GANTI NAMA DIRI : "Titah perintah tuanku ini akan __________ laksanakan," sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Melaka.
beta
patik
hamba
tuan hamba
PENJODOH BILANGAN : Kami makan beberapa __________ durian semasa berkunjung ke rumah mak cik.
ulas
butir
buah
tongkol
KATA ADJEKTIF : Baju yang dipakai oleh Hamdan kelihatan ___________ kerana tidak bergosok.
usang
uzur
luruh
lusuh
KATA SENDI NAMA : Majlis Anugerah Cemerlang itu bermula _________ pukul 9:00 pagi.
di
dari
pada
daripada
KATA KERJA : Kapal yang rosak itu ____________ ke dermaga untuk dibaiki.
diheret
ditarik
dituntun
ditunda
KATA HUBUNG : Erina dan Umairah menunggu bas sekolah ____________ berbual-bual.
dan
serta
sambil
tetapi
KATA BANTU : Setiap murid __________ mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
baru
masih
mesti
belum
KATA BERIMBUHAN : Ibu sedang ___________ daun ketupat untuk dibuat sarung ketupat.
anyam
dianyam
anyaman
menganyam
KATA GANDA : Semua _______ pintu rumahnya perlu ditukar kerana telah reput akibat dimakan oleh anai-anai.
lelangit
kekuda
kekisi
jejari
