NEW
Font size
WorksheetsSirah Tahun 3 (Pelajaran 2 - Unit 1 - Hijrah ke Habsyah)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Mengapakah umat Islam dibenarkan oleh Nabi Muhammad untuk berhijrah ke Habsyah?
Kerana ramai penduduk Arab mengingkari arahan Nabi Muhammad.
Kerana ramai penduduk Arab yang memeluk agama Islam diseksa dengan kejam.
Kerana ramai penduduk Arab yang memeluk Islam dilayan dengan baik oleh kafir Quraisy.
Kerana penduduk Arab yang memeluk Islam menerima jemputan daripada Raja Habsyah.
Siapakah nama Raja Habsyah?
Najasyi
Abu Bakar as-Siddiq
'Amru al-'As
Umar Al-Khattab
Apakah sifat yang dimiliki oleh Raja Habsyah?
Kejam dan zalim
Bertimbang rasa dan baik hati
Dengki dan busuk hati
Pemarah dan berkata kesat
Berapakah jumlah rombongan orang Islam yang pertama berhijrah ke Habsyah?
19 orang
18 orang
17 orang
16 orang
Siapakah nama ketua rombongan umat Islam yang pertama?
'Amru bin Al-'As
Ja'afar bin Abu Talib
Uthman bin Madh'un
Uthman bin 'Affan
Isi tempat kosong di bawah.
Rombongan yang kedua pula seramai 99 orang yang diketuai oleh _____________________.
Nabi Muhammad s.a.w
Uthman bin 'Affan
Ja'afar bin Abu Talib
Ali bin Abdul Mutalib
Isi tempat kosong di bawah.
Kaum Quraisy mengutuskan __________________ dan Abdullah bin Abi Rabi'ah untuk meminta Raja Najasyi memulangkan kembali kaum Muslimin ke Kota Mekah.
Ja'afar bin Abu Talib
Uthman bin 'Affan
'Amru bin Al-'As
Ali bin Abdul Mutalib
Apakah keputusan hasil perbincangan antara Raja Najasyi, Ja'afar dan utusan Musyrikin?
Utusan Musyrikin diperintahkan pulang dan perlindungan ke atas kaum Muslimin diteruskan.
Kaum Muslimin diperintahkan untuk pulang ke Mekah.
Utusan Musyrikin dibenarkan untuk membawa pulang kaum Muslimin ke Mekah.
Adakah Raja Najasyi memeluk Islam setelah itu?
Ya
Tidak
Apakah kesan terhadap Islam setelah umat Islam berhijrah ke Habsyah?
Raja Najasyi membenci dan menzalimi orang Islam.
Raja Najasyi memeluk agama Islam dan agama Islam tersebar luas.
Raja Najasyi menolak agama Islam dan membunuh umat Islam.
Islam semakin mundur dan bilangannya makin berkurang.
