wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

tugasan sejarah tingkatan 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara tersebut termasuk dalam struktur pemerintahan beraja?

a)

Buapak

b)

Hakim

c)

Penghulu

d)

Yamtuan Besar

2.

Manakah antara berikut termasuk di dalam undang-undang tidak bertulis

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Adat Pepatih

c)

Undang-Undang 99 Perak

d)

Hukum Kanun Pahang

3.

Siapakah yang bertanggungjawab memastikan pengurusan perdagangan di pelabuhan berjalan dengan lancar

a)

Syahbandar

b)

Laksamana

c)

Bendahara

d)

Sultan

4.

mengikut pengiraan timbangan emas tradisional, 16 mayam bersamaan

a)

1 kati

b)

1 mayam

c)

1 bungkal

d)

1 cupak

5.

Sebelum penggunaan matawang dalam urusan perdagangan, negara kita mengamalkan sistem

a)

Pajakan

b)

Sewaan

c)

Pinjaman

d)

Barter

6.

Manakah antara berikut merupakan matawang yang digunakan dalam perdangangan di negara kita

a)

Matawang pelanduk

b)

Duit Kijang

c)

Duit angsa

d)

Duit saga

7.

Manakah antara berikut tujuan cukai dilaksanakan?

a)

Untuk memastikan rakyat tidak beroleh kekayaan

b)

Untuk memakmurkan negeri

c)

Untuk menampung perbelanjaan sultan

d)

Untuk mengaut keuntungan

8.

Dimanakah pendidikan formal dilaksanakan

a)

Rumah

b)

Madrasah

c)

Ladang

d)

Sungai

9.

Manakah antara berikut di diajar dalam pendidikan pondok?

a)

Bahasa Arab

b)

Bahasa Melayu

c)

Bahasa Yunani

d)

Bahasa Inggeris

10.

Manakah antara berikut menjadi faktor kedatangan kuasa barat ke negara kita pada abad ke -16?

a)

Ciptaan kapal wap

b)

Pembukaan Terusan Suez

c)

Revolusi Perindustrian

d)

Barangan Mewah

11.

Berdasarkan slogan " Beban Orang Putih", pernyataan manakah antara berikut boleh menjelaskan tentang slogan tersebut

a)

Orang yang berkulit putih mempunyai beban yang lebih besar berbanding orang berkulit gelap

b)

Menjadi tanggungjawab kuasa barat untuk membantu dan memberikan kesejahteraan kepada negara yang dijajah

c)

Setiap kekayaan yang terdapat di mukabumi ini adalah milik kuasa Barat

d)

Setiap orang perlu menghormati kuasa barat yang menjajah negara mereka

12.

Siapakah yang bertanggungjawab dalam pembinaan Terusan Suez?

a)

Stamford Raffles

b)

Francis Light

c)

Abraham Maslow

d)

Ferdinand de Lesseps

13.

Manakah antara berikut merupakan strategi yang digunakan oleh Belanda dalam menguasai negara kita

a)

Serangan Fizikal

b)

Tipu Helah

c)

Pajakan

d)

Manipulasi

14.

Manakah antara berikut merujuk kepada Bendera Negeri- Negeri Selat

a)
b)
c)
d)
15.

Manakah antara berikut merujuk kepada Pulau Pinang sebelum kedatangan British

a)

Pulau Pinang merupakan wilayah kerajaan Siam

b)

Pulau Pinang terdiri daripada sembilan daerah yang ditadbir oleh seorang sultan

c)

Batu Uban menjadi pelabuhan paling awal dibuka di Pulau Pinang

d)

Pulau Pinang didiami oleh orang India yang ditugaskan dalam sektor tanaman getah

16.

Pada pendapat anda, mengapakah Britis ingin menguasai Pulau Pinang?

a)

Menjadikan Pulau Pinang sebagai tempat percutian

b)

Menjadikan Pulau Pinang sebagai pelabuhan persinggahan

c)

Menjadikan Pulau Pinang sebagai tempat penyebaran agama Kristian

d)

Ingin membolot segala hasil galian yang terdapat di Pulau Pinang

17.

Selepas British menguasai Pulau Pinang, mereka berjaya menguasai Seberang Perai. Pada pendapat anda, mengapakah British memerlukan Seberang Perai?

a)

Benteng pertahanan

b)

Pelabuhan persinggahan

c)

Pembinaan pusat kerajaan

d)

Mengelak ancaman Siam

18.

Bagaimanakah pihak British berjaya menakluki Singapura?

a)

Membuat serangan terhadap tentera Johor Riau

b)

Membuat perbincangan bersama semua rakyat Johor

c)

Mengusir kerajaan Johor Riau dari Singapura

d)

Mewujudkan semula isu perwarisan takhta Kesultanan Johor Riau

19.

Apakah perjanjian yang telah menamatkan pertikaian antara British dengan Belanda?

a)

Perjanjian Pangkor

b)

Perjanjian Bersama

c)

Perjanjian London

d)

Perjanjian Johor Riau

20.

Manakah antara berikut merupakan negeri yang berada dibawah Pentadbiran Negeri-Negeri Selat?

a)

Perak

b)

Selangor

c)

Melaka

d)

Johor