wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FEQAH TAHUN 3

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Perkara yang membatalkan solat ada

a)

9 perkara

b)

10 perkara

c)

11 perkara

2.

Rayyan bersembang dengan rakan di sebelahnya ketika sedang solat zohor berjemaah di sekolahnya. Apakah perkara yang membatalkan solat yang dilakukan oleh Rayyan?

a)

Berkata-kata dengan sengaja

b)

Terbuka aurat

c)

Makan dan minum walaupun sedikit

3.

Alya tiba-tiba keluar darah haid ketika sedang solat isyak. Adakah sah solat Alya?

a)

Sah

b)

Tidak sah

4.

Tok Adam terbatuk-batuk ketika sedang solat subuh sehingga terkencing dan terkena pada kainnya. Apakah yang perlu Tok Adam lakukan ketika itu?

a)

Meneruskan solat sehingga selesai

b)

Berhenti dan menukar kain yang terkena najis tersebut

c)

Duduk berdiam diri sahaja dalam saf

5.

Amira seorang yang suka mengambil ringan tentang kewajipan solat. Akan tetapi ibubapanya sering menasihatinya supaya sentiasa solat pada waktunya. Suatu hari ketika ibu bapanya tiada di rumah, dia telah menunaikan solat asar dengan berbaju lengan pendek, berseluar panjang dan bertudung singkat. Apakah perkara yang membatalkan solat yang telah dilakukan oleh Amira?

a)

Kedatangan hadas

b)

Terbuka aurat

c)

Berkata-kata ketika solat

6.

Isikan tempat kosong dengan perkara yang membatalkan solat :


Memalingkan __________ dari arah kiblat

a)

tangan

b)

muka

c)

dada

7.

Hariz sedang mengunyah gula-gula di dalam mulutnya. Apabila azan berkumandang, Hariz terus mengambil sejadah dan bersolat tanpa mengeluarkan gula-gula tersebut daripada dalam mulutnya. Apakah perkara yang membatalkan solat yang dilakukan oleh Hariz?

a)

Terbuka aurat

b)

Makan walaupun sedikit

c)

Kedatangan hadas

8.

Yusuf sedang solat asar bersama ayahnya di rumah. Tiba-tiba dia telah mendengar kakaknya memanggil namanya dan Yusuf segera menyahut panggilan kakaknya dengan menyebut " Ye saya! tengah solat ni " Apakah perkara yang membatalkan solat yang telah dilakukan oleh Yusuf?

a)

Berkata-kata selain perkataan dalam solat

b)

Terbuka aurat

c)

Mabuk

9.

Encik Waleed pulang daripada bekerja dan badannya terlalu penat. Akan tetapi dia belum menunaikan solat maghrib. Lalu segera mengambil wuduk dan bersolat. Ketika solat dia telah pitam lalu rebah jatuh. Adakah terbatal solat maghrib Encik Waleed?

a)

Terbatal kerana pitam

b)

Tidak terbatal kerana pitam

10.

Andri seorang yang bebas dalam bergaul. Dia banyak bergaul dengan rakan-rakannya daripada kalangan bukan Islam. Suatu hari dia telah nekad untuk keluar daripada Islam. Akan tetapi di rumah dia tetap menunaikan solat kerana takut dimarahi ibu bapanya. Apakah hukum solat Andri?

a)

Terbatal kerana murtad

b)

Tidak terbatal kerana murtad

11.

Meor tidak membaca surah Al-Fatihah ketika solat Subuh. Meor telah melakukan salah satu daripada perkara yang membatalkan solat iaitu

a)

Berkata-kata dengan sengaja

b)

Terbuka aurat

c)

Meninggalkan salah satu rukun solat

12.

Sofea bangun daripada tidur dan terus menunaikan solat Subuh dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana waktu solat hampir tamat . Tiba-tiba Sofea teringat yang dia tersalah niat. Apakah perkara yang membatalkan solat yang telah dilakukan oleh Sofea?

a)

Berkata-kata dengan sengaja

b)

Kedatangan hadas

c)

Mengubah niat atau ragu-ragu dengan niat

13.

Arissa hendak menunaikan solat Isyak. Selepas mengambil wudu' Arissa segera bersolat. Tiba-tiba dia teringat yang baju yang digunakan terkena muntah adiknya. Lalu Arissa segera berhenti solat dan menukar bajunya lalu solat semula. Apakah yang menyebabkan solat Arissa terbatal?

a)

Memalingkan dada dari arah kiblat

b)

Terdapat najis pada badan, pakaian atau tempat

c)

Murtad

14.

Hilang akal, mabuk, pitam atau gila adalah

a)

Perkara-perkara yang membatalkan solat

b)

Rukun solat

c)

Syarat sah solat

15.

Salah satu perkara yang membatalkan solat ialah

a)

Menutup aurat

b)

Niat

c)

Murtad