NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH T4 (KBSM) - BAB 8
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Konsep daulat merupakan pengikat yang kuat antara rakyat biasa dengan pemerintah dalam masyarakat Melayu tradisonal.
T4 B8 ms 197 [ P4 B6 & ms 198 [ P1 B1 ]
Bagaimanakah konsep tersebut diperkukuh ?
Melalui pendidikan formal
Menggunakan kekuatan tentera
Memantapkan adat istiadat
Menjalin hubungan luar
Ulama berikut telah memberikan sumbangan penting dalam memperkukuh sistem pemerintah kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka.T4 B8 ms 197 [ P3 B7 & B8 ]
Bagaimanakah mereka membantu memperkukuh sistem pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ?
Menjadi penasihat raja
Mengurus kegiatan ekonomi
Menjadi utusan ke luar negeri
Menggubal peraturan rasmi istana
Maklumat berikut berkaitan dengan kehidupan masyarakat di Asia Tenggara.
Pasangan manakah yang betul?
T4 B8 ms 190 [ P1 B3 ] ms 199 [ P3 B10 ]
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah 1 menunjukkan undang-undang kerajaan Melayu.
Mengapakah undang-undang tersebut digubal?
T4 B8 ms 200[ P1 B4-B5 ]
Menyekat monopoli pedagang asing
Mengekalkan kuasa di tangan rakyat
Meningkatkan kecekapan pentadbiran
Menjamin keseragaman sistem kewangan
Antara yang berikut, yang manakah terkandung dalam Hukum Kanun Melaka?
T4 B8 ms 200 [ P1 B6 & B8 ]
I Kesalahan jenayah
II Tatacara peperangan
III Hubungan diplomatik
IV Bidang tugas pemerintah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan mempunyai ciri matrilineal.
Apakah ciri matrilineal dalam adat tersebut?
T4 B8 ms 198 [ P3 B11-B13 ]
Pelantikan ketua adat
Keturunan sebelah bapa
Perkahwinan sesama suku
Anak perempuan mewarisi harta
Pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka memberi perhatian terhadap perkembangan ilmu pengetahuan.
Apakah faktor yang membantu perkembangan ilmu pengetahuan dalam kerajaan tersebut?
T4 B8 ms 202[ P1 B4 ]
Perubahan pucuk pimpinan
Peningkatan taraf hidup rakyat
Kemunculan kelas pertengahan
Kedatangan ulama dari luar negara
Rajah 3 menunjukkan motif dalam seni ukiran masyarakat Melayu.
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
T4 B8 ms 206 [ P2 B5 ]
Pengaruh ajaran Islam
Pengaruh Hindu-Buddha
Pengaruh kepercayaan animisme
Pengaruh sistem adat tradisional
Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap pendidikan formal di Tanah Melayu?
T4 B8 ms 202 [ P4 B2 ]
Melancarkan sistem madrasah
Menyeragamkan sukatan pelajaran
Memperkukuhkan sistem pendidikan pondok
Mengasaskan pendidikan untuk kaum wanita
Zilullah fil-alam adalah gelaran raja selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
Apakah kesan penggunaan gelaran tersebut?
T4 B8 ms 197 [ P1 B10 ]
Pengukuhan hubungan luar
Kemantapan undang-undang
Keberkesanan sistem pentadbiran
Pengiktirafan kewibawaan pemerintah
Senarai berikut adalah tokoh ulama penting pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
T4 B8 ms 197 [ P3 B7 ]
Mengapakah tokoh ulama tersebut dianggap penting?
Penasihat sultan
Hakim perbicaraan
Pengurus baitulmal
Penggubal undang-undang
Rajah 2 berkaitan dengan sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka.
T4 B8 ms 200 [ P1 B6 ]
Apakah persamaan undang-undang tersebut?
Mengandungi peraturan berkeluarga
Menjelaskan pantang larang dalam masyarakat
Menghuraikan tanggungjawab dan hukuman
Menetapkan tugas raja dan pembesar
Golongan raja di Asia Tenggara menggunakan gelaran berikut setelah kedatangan Islam.
Mengapakah gelaran tersebut digunakan?
T4 B8 ms 197 [ P1 B10 ]
Melambangkan kemakmuran kerajaan
Mengekalkan warisan tradisi
Mengesahkan kewibawaan
Memelihara hak penduduk
Peta 2 menunjukkan jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka.
T4 B8 ms 196 [ P3 B10 ]
Apakah faktor yang membolehkan Melaka meluaskan jajahan takluk?
Pengaruh agama Islam
Bantuan tentera asing
Kepadatan penduduk
Kekayaan hasil bumi
Bagaimanakah Laksamana membantu meneruskan perkembangan Islam di Melaka pada abad ke-I6?
T4 B8 ms 209 [ P2 B16 ]
Mengetuai protokol di istana
Mengawal keamanan dalam negeri
Mentadbir kemudahan di pelabuhan
Menjaga keselamatan kawasan perairan
Selepas kedatangan Islam, sistem pendidikan madrasah dilaksanakan di Tanah Melayu.
Apakah ciri sistem pendidikan tersebut?
T4 B8 ms 203[ P2 B6 & B8 ]
I Dilaksanakan secara kelas
II Waktu pembelajaran terhad
III Keperluan asas disediakan pelajar
IV Pendidikan diawasi mudir
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Sekolah pondok merupakan institusi pendidikan penting di Tanah Melayu pada abad ke-17.
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan institusi tersebut?
T4 B8 ms 203 [ P1 B5-B6 ]
Peperiksaan secara berpusat
Waktu pembelajaran tidak terbatas
Mufti mengawal sukatan pembelajaran
Bangunan dibina oleh pemerintah
Gambar 2 menunjukkan kesibukan pelabuhan Melaka pada abad ke-15.
Apakah faktor yang menyebabkan kesibukan pelabuhan tersebut?
T4 B8 ms 209 [ P2 B15 ]
Bebas cukai
Banyak galian
Pentadbiran cekap
Mata wang seragam
Undang-undang berikut wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
T4 B8 ms 200 [ P1 B5-B6 & B10-13 ]
Apakah kepentingan undang-undang tersebut?
I Menentukan struktur kerajaan
II Menetapkan sempadan wilayah
III Menyekat pengaruh budaya luar
IV Memajukan kegiatan perdagangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan pendidikan formal di Tanah Melayu.
Maklumat tersebut berkaitan dengan
T4 B8 ms 203 [ P2 B5-B10 ]
Sekolah pondok
Sistem madrasah
Pembelajaran di masjid
Pengajaran di istana
