wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

QUIZ FEKAH T2 : RUKHSAH ANUGERAH DARIPADA ALLAH UNIT 1(ksab)

Total questions: 15

Worksheet time: 1hrs 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud rukhsah dari segi bahasa?

a)

Senang dan susah

b)

Mudah dan ringan

c)

Berat dan ringan

d)

Mudah dan sukar

2.

Rukhsah dari segi istilah bermaksud ________ hukum yang di syariatkan oleh Allah SWT kepada seseorang yang _______ kerana ________ tertentu

a)

keringanan ---------- mukallaf ---------- keuzuran

b)

keringanan ---------- mualaf ------------ kesakitan

3.

Berikut adalah contoh rukhsah dalam ibadat kecuali

a)

Solat Jamak dan Qasar

b)

Menyapu balutan ketika berwuduk

c)

Solat ketika sakit

d)

Menyamak kulit haiwan

4.

Berikut adalah hikmah rukhsah dalam ibadat kecuali

a)

Dapat melaksanakan tanggungjawab agama ketika kesulitan

b)

Dapat melaksanakan ibadat mengikut kemampuan masing-masing.

c)

Dapat mempelajari kaedah membuat keputusan berdasarkan keutamaan

d)

Tidak dapat merasai kasih sayang Allah SWT

5.

Apakah maksud menyapu balutan?

a)

Menyapu debu tanah yang suci ke atas pembalut luka bagi menggantikan wuduk untuk membolehkan ibadat solat dilaksanakan

b)

Menyapu air ke atas pembalut luka bagi menggantikan wuduk untuk membolehkan ibadat solat dilaksanakan

6.

Hukum menyapu balutan adalah ________ sebagai ganti membasuh atau menyapu anggota wuduk yang sakit.

a)

Harus

b)

Fardu

c)

Wajib

d)

Sunat

7.

Golongan berikut tidak diharuskan rukhsah

a)

Musafir

b)

Sakit

c)

Bersukan

d)

Berbalut anggota

8.

Penyataan di bawah menerangkan cara berwuduk bagi anggota wuduk yang TIDAK BERBALUT dan tidak boleh terkena air.

1) Berwuduk seperti biasa, jika sampai di tempat luka sapu air ke atas luka itu.
2) Jika tidak boleh terkena air, elakkan daripada menyapunya.
3) Tunaikan solat dan tidak perlu qada' solat setelah sembuh.

a)

Sebahagian kecil anggota wuduk tidak boleh terkena air

b)

Sebahagian besar anggota wuduk tidak boleh terkena air

c)

Seluruh anggota wuduk tidak boleh terkena air

9.

Penyataan di bawah menerangkan cara berwuduk bagi anggota wuduk yang TIDAK BERBALUT dan tidak boleh terkena air.


1) Sebahagian besar anggota wuduk seperti tangan, kepala dan kaki tidak boleh terkena air, pesakit perlu bertayamum.

2) Tunaikan solat dan tidak perlu qada' solat setelah sembuh.

a)

Sebahagian kecil anggota wuduk tidak boleh terkena air

b)

Sebahagian besar anggota wuduk tidak boleh terkena air

c)

Seluruh anggota wuduk tidak boleh terkena air

10.

Penyataan di bawah menerangkan cara berwuduk bagi anggota wuduk yang TIDAK BERBALUT dan tidak boleh terkena air.


1) Mengangkat hadas dengan bertayamum.

2) Jika pegawai perubatan mengesahkan pesakit tidak boleh bertayamum, maka solat hendaklah ditunaikan tanpa mengangkat hadas.

3) Solat tidak perlu diqada' selepas sembuh.

a)

Sebahagian kecil anggota wuduk tidak boleh terkena air

b)

Sebahagian besar anggota wuduk tidak boleh terkena air

c)

Seluruh anggota wuduk tidak boleh terkena air

11.

Pilih urutan nombor yang betul bagi cara berwuduk jika anggota wuduk BERBALUT dan tidak boleh terkena air.


1- Jika balutan tidak boleh terkena air, elakkan daripada menyapunya.

2- Berwuduk seperti biasa.

3- Tunaikan solat dan tidak perlu diqada'kan setelah sembuh.

4- Apabila sampai ke anggota wuduk yang berbalut, sapu air ke atas balutan itu.

a)

2 --- 4 --- 1 --- 3

b)

2 --- 1 --- 3 ---4

c)

3 --- 1 --- 4 --- 2

12.

Sarah luka sedikit di ibu jarinya akibat terkena pisau akan tetapi lukanya dalam dan merasa sakit.

a)

Ambil wuduk seperti biasa tetapi elakkan menyapu air ke atas luka tersebut

b)

Mengangkat hadas dengan tayamum

13.

Sebahagian kepala Ali luka dan berbalut akibat terjatuh dari tangga.

a)

Berwuduk seperti biasa tetapi dia perlu menyapu air ke atas balutan tersebut atau boleh menyapu air ke kawasan rambut jika balutan tidak sepenuhnya menutupi kepala.

b)

Tidak perlu berwuduk tetapi perlu mengangkat tayamum sahaja.

14.

Perut Siti berjahit dan luka kerana dia menjalani pembedahan Apendix.

a)

Tidak perlu berwuduk dan terus tunaikan solat

b)

Mengambil wuduk seperti biasa kerana perut bukan anggota wajib wuduk

15.

Abu mengalami kulit melepuh di seluruh anggota badan termasuk bahagian muka dan kepala. Dia merasa pedih apabila terkena air dan tidak boleh disentuh.

a)

Boleh menunaikan solat tanpa perlu mengangkat hadas

b)

Berwuduk seperti biasa