NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsKata Sendi
Total questions: 15
Worksheet time: 6mins
Name
Class
Date
1.
Masyarakat di negara kita amat beruntung kerana dapat menikmati pelbagai jenis buah........... musim buah-buahan.
a)
di
b)
pada
c)
daripada
d)
dari
2.
Laksamana Megat Seri Rama telah menerima anugerah................Sultan Mahmud Syah atas kejayaan beliau mengalahkan lanun di laut.
a)
daripada
b)
dari
c)
pada
d)
ke
3.
Jangan biarkan kanak-kanak bermain............ musim banjir untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
a)
daripada
b)
di
c)
pada
d)
kepada
4.
"Ayah dan ibu berkirim salam............. Pak teh dan Mak Teh,”kata Irfan.
a)
ke
b)
pada
c)
kepada
d)
di
5.
Perahu nelayan itu tertambat ...........sebatang kayu bakau di tepi jeti.
a)
kepada
b)
di
c)
daripada
d)
pada
6.
Kemerosotan akhlak...........kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
a)
di
b)
dalam
c)
antara
d)
pada
7.
“Saya ingin membeli dua keping tiket bas ekspress.................. Segamat,”kata Pak Hasyim.
a)
ke
b)
dari
c)
pada
d)
hingga
8.
Pertandingan pidato itu berlangsung...................pukul 8.30 pagi hingga pukul 5.00 petang.
a)
daripada
b)
pada
c)
dari
d)
ke
9.
Harga kasut sukan yang dipakainya lebih mahal...................harga kasut yang dipakai oleh abangnya.
a)
dari
b)
kepada
c)
daripada
10.
Kak Munirah memasukkan buku-buku itu..............dalam kotak.
a)
di
b)
ke
c)
pada
d)
kepada
11.
Faridah mengambil buku di atas rak itu lalu diberikan.................adiknya.
a)
ke
b)
pada
c)
kepada
d)
di
12.
Cadangan yang dikemukakan oleh Hazim akan dipertimbangkan..........guru kelas mereka.
a)
kepada
b)
akan
c)
pada
d)
oleh
13.
Tengku Zalita tidak sombong walaupun berasal...............golongan bangsawan.
a)
daripada
b)
dari
c)
di
d)
dalam
14.
Ayah pergi _____ pejabat dengan menaiki kereta.
a)
dari
b)
daripada
c)
kepada
d)
ke
15.
Cikgu Selva sedang menunggu kawannya _____ pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.
a)
ke
b)
daripada
c)
pada
d)
dari
Reset
