WorksheetsF2 7.1 Pengasasan Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terenggan
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Legasi Kesultanan Melayu Melaka diteruskan secara langsung di negeri...
Terengganu dan Selangor
Johor dan Perlis
Kedah dan Kelantan
Pahang dan Perak
Kesultanan Terengganu dan Selangor merupakan kesinambungan daripada...
Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Johor Riau
Kesultanan Acheh
Kesultanan Brunei
Sultan Mansur Shah yg memerintah Melaka pada abad ke-15 telah menghantar puteranya untuk ditabalkan sebagai Sultan Pahang. Putera tersebut ialah...
Raja Melewar
Raja Abdul Rahman
Raja Muhammad
Raja Abdullah
Kesultanan Pahang telah diasaskan pada tahun 1470 masihi oleh Sultan Muhammad Shah. Di manakah baginda mendirikan pusat pemerintahannya?
Pekan
Raub
Kuantan
Kuala Lipis
Antara yang berikut yang manakah TIDAK pernah memerintah negeri Pahang?
Sultan Muhammad Shah
Sultan Abdul Jamil Shah
Sultan Abdul Rahman
Sultan Abdul Ghafar Muhaiyudin Shah
Kesultanan Pahang yang baharu diasaskan pada tahun 1884 oleh keluarga Bendahara Johor. Sultan Pahang yang pertama ialah...
Sultan Muhammad Shah
Sultan Mahmud Shah
Sultan Ahmad Al-Muazzam Shah
Sultan Abdul Ghafar Riayatuddin Shah
Raja Muzaffar mengasaskan Kesultanan Perak pada tahun 1528 dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah. Baginda mendirikan pusat pemerintahan yang pertama di...
Ipoh
Tanah Abang
Teluk Intan
Taiping
Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah ke Kampar, Sumatera untuk mengadap Sultan Mahmud Shah.
Apakah tujuan mereka berbuat demikian?
Memohon seorang putera untuk dijadikan Sultan Perak
Memohon perlindungan dari ancaman musuh
Memohon naungan dari Sultan
Memohon perlindungan kuasa Sultan
Sultan Zainal Abidin I mendirikan pusat pemerintahan yang pertama di
Kuala Terengganu
Kemaman
Besut
Kuala Berang
Penggubalan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu merupakan antara sumbangan penting kepada negeri Terengganu sehingga kini. Siapakah yang memperkenalkan undang-undang tersebut?
Sultan Abdul Jalil
Sultan Zainal Abidin I
Sultan Zainal Abidin III
Tun Habib Abdul Majid
Raja Patani telah menyediakan kelengkapan untuk menabalkan Tun Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu. Raja Patani tersebut ialah...
Raja Biru
Raja Hijau
Raja Ungu
Raja Kuning
Raja Lumu mengasaskan Kesultanan Selangor pada tahun 1766 dengan menggunakan gelaran...
Sultan Muzaffar Shah
Sultan Ala'iddin Suleiman Shah
Sultan Salehuddin Shah
Sultan Mahmud Shah
Semasa ditabalkan sebagai Sultan Selangor, Raja Lumu telah dianugerahkan...
I nobat
II cap mohor
III regalia
IV sebilah keris
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Siapakah pemerintah Melaka yang menghantar puteranya untuk ditabalkan sebagai Sultan Pahang?
Sultan Mansur Shah
Sultan Mahmud Shah
Sultan Muzaffar Shah
Sultan Alauddin Riayat Shah
Raja Muhammad berangkat dari Melaka ke Pahang diiringi oleh golongan oleh golongan bangsawan Melaka. Siapakah golongan bangsawan yang terlibat?
Penghulu
Bendahara
Laksamana
Syahbandar
Apakah pusat pemerintahan Kesultanan Perak pertama yang didirikan oleh Sultan Muzaffar Shah?
Bidor
Manjung
Tanah Abang
Kuala Kangsar
Sultan ketiga Pahang iaitu Sultan Abdul Jamil Shah mengekalkan hubungan dengan Kesultanan Melayu Melaka. Mengapakah sultan tersebut bertindak sedemikian?
Membentuk empayar yang luas
Melancarkan sistem pentadbiran
Meningkatkan jalinan perdagangan
Membantu menghadapi ancaman luar
Bagaimanakah kedudukan Pahang apabila Raja Muda Abdullah sebagai waris takhta mangkat?
Diletakkan di bawah wilayah taklukan Johor
Ditadbir oleh golongan bangsawan Pahang
Diserahkan kepada bapa saudara baginda
Diperintah oleh Kesultanan Johor Riau
Pada abad ke-15, Sultan Mahmud Shah dan keluarga meninggalkan Melaka dan bersemayam di Kampar, Sumatera. Mengapakah Sultan Mahmud Shah bertindak sedemikian?
Serangan Portugis terhadap Melaka
Kelemahan sistem pentadbiran pusat
Pemberontakan antara pembesar Melaka
Perebutan kuasa dalam kalangan kerabat diraja
Apakah kepentingan kawasan Tanjung Baru, Kuala Berang terhadap Kesultanan Terengganu?
Pusat pengajian
Pusat keagamaan
Pusat perdagangan
Pusat pemerintahan
Apakah masyarakat yang semakin ramai menetap di Selangor pada abad ke-16?
Jawa
Bugis
Patani
Banjar
Tokoh manakah yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Muda Kesultanan Johor Riau pada abad ke-18?
Daeng Merewah
Daeng Kemasi
Daeng Chelak
Daeng Parani
Raja Lumu telah mengasaskan Kesultanan Selangor pada tahun 1766. Apakah nama gelaran baginda?
Sultan Sulaiman Shah
Sultan Salehuddin Shah
Sultan Muhammad Shah
Sultan Ala'iddin Suleiman Shah
Sultan Iskandar Dzulkarnain, Sultan Perak ke-15 (1752-1765) telah memperkenalkan Undang-Undang 99 Perak. Apakah kesan pengenalan undang-undang tersebut terhadap negeri Perak?
Memajukan sistem ekonomi
Memelihara kebajikan rakyat
Melicinkan sistem pentadbiran
Mengukuhkan institusi kesultanan
Surat Ciri merupakan alat kebesaran Kesultanan Perak. Apakah Surat Ciri tersebut?
Ikrar taat setia sebagai ketua kerajaan negeri
Identiti kedaulatan dan kemegahan Raja Perak
Simbol kepada kewujudan institusi kesultanan
Puisi yang memuji kebesaran Raja-Raja Melayu
