WorksheetsPAB: KOMPOSISI DAGANGAN
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Yang manakah ada kaitan dengan aktiviti eksport?
Meningkatkan aliran keluar wang
Membeli barang dari luar negara
Terdiri daripada barang nampak dan barang tak nampak
Menyebabkan rizab antarabangsa negara berkurang
Import barang nampak Malaysia terdiri daripada...
pertanian, pembuatan dan pembinaan
barang pengantara, barang modal dan barang pengguna
pertanian, perlombongan dan pembuatan
barang modal, barang pembinaan dan barang pengeluar
Syarikat Jepun menggunakan perkhidmatan pos laju untuk menghantar barang elektronik untuk pembeli di Malaysia. Aktiviti di atas menunjukkan
eksport tak nampak, import nampak
eksport nampak, import tak nampak
eksport tak nampak, eksport nampak
Seorang rakyat Malaysia menunaikan haji di Mekah dengan menaiki kapal terbang Saudi Air. Antara berikut manakah yang benar?
Import barang tak nampak untuk Malaysia dan Arab Saudi
Eksport barang tak nampak untuk Arab Saudi dan import barang tak nampak untuk Malaysia
Eksport barang tak nampak untuk Malaysia dan import barang tak nampak untuk Arab Saudi
Sebuah kilang gula mengimport gula mentah dari Filipina. Aktiviti tersebut menunjukkan gula mentah merupakan..
barang pengantara
barang modal
barang pengguna
Sebuah syarikat penerbangan Malaysia membeli 5 buah kapal terbang baharu dari Amerika Syarikat untuk meningkatkan kapasiti penumpang. Apakah komposisi import bagi barang tersebut?
Barang pengantara
Barang pengguna
Barang modal
Pembelian pakej siaran pertandingan bola sepak liga England oleh Syarikat ASTRO merupakan import barang tak nampak Malaysia. Aktiviti ini tergolong dalam...
pelancongan
perkhidmatan peribadi, budaya dan rekreasi
perkhidmatan telekomunikasi, komputer dan maklumat
Antara berikut yang manakah merupakan aktiviti eksport barang tak nampak Malaysia?
Delegasi Indonesia menghadiri persidangan industri perabot di Malaysia.
Puan Jas membelanjakan RM800 untuk penginapan semasa melancong ke Jepun.
Syarikat Malaysia memesan lebih banyak perabot jati daripada sebuah syarikat Indonesia.
Seorang pelajar dari Korea Selatan melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Apakah komposisi dagangan yang terlibat?
Import barang tak nampak
Eksport barang tak nampak
Eksport barang nampak
Sebuah kilang coklat di Shah Alam membeli sebuah mesin pemprosesan dari Jerman. Apakah komposisi import bagi barang tersebut?
Barang pengantara
Barang modal
Barang pengguna
