Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Bilangan Tahun 3

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

_________ orang warga asing yang tinggal di rumah itu telah ditahan kerana memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

a)

Seorang

b)

Beberapa

c)

Seratus

d)

Sebilangan

2.

Sikap ________ daripada masyarakat kita yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan berlakunya pencemaran alam di negara ini.

a)

setengah

b)

sebahagian

c)

seluruh

d)

sekalian

3.

Dalam pertandingan itu, Hisham hanya mampu menduduki tempat yang ke _________.

a)

kedua

b)

akhir

c)

pertama

d)

tiga

4.

Apabila Cikgu Karim masuk ke dalam kelas, murid-murid pun mengeluarkan buku Bahasa Melayu _________.

a)

setiap

b)

sebahagian

c)

tiap-tiap

d)

masing-masing

5.

_________ daripada kawasan tanah di kawasan pedalaman telah dimajukan oleh kerajaan.

a)

Tiga suku

b)

Sedikit

c)

Semua

d)

Seluruh

6.

Regu badminton negara telah berjaya mendapat tempat yang ________ dalam pertandingan badminton peringkat dunia.

a)

ketiga-tiga

b)

akhir

c)

pertama

d)

satu

7.

_________ pelancong yang datang ke negara ini mestilah mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

a)

Berbagai-bagai

b)

Sekalian

c)

Sebahagian

d)

Setiap

8.

_________ yang hadir diminta berdiri apabila Perdana Menteri memasuki dewan itu.

a)

Sebahagian

b)

Segala

c)

Semua

d)

Setengah

9.

Bulan April mempunyai ________ hari.

a)

tiga

b)

tiga belas

c)

tiga puluh

d)

tiga ratus

10.

Setelah diberikan _________ biji buah manggis, budak itu pun beredar dari situ.

a)

beberapa

b)

kedua

c)

seluruh

d)

pelbagai

11.

________ pelajar dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan bersih.

a)

Semua

b)

Seluruh

c)

Sekalian

d)

Sebahagian

12.

Chong memberikan makanan kepada ________ anak ikan emas itu.

a)

para

b)

separuh

c)

kelima-lima

d)

dua pertiga

13.

Setiap pagi, jalan raya sesak kerana orang ramai menuju ke tempat kerja ________.

a)

sendiri

b)

tiap-tiap

c)

beribu-ribu

d)

masing-masing

14.

Gadis bertudung itu akan menunggu teksi di situ ________ pagi.

a)

tiap-tiap

b)

setengah

c)

beberapa

d)

sekalian

15.

________ buah rumah tenggelam dalam banjir itu.

a)

Beramai-ramai

b)

Berpuluh-puluh

c)

Berkotak-kotak

d)

Berjuta-juta