NEW
Font size
WorksheetsKATA GANDA BERIMBUHAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kita hendaklah sentiasa ____________ ketika memandu di jalan raya.
berhati-hati
berlumba-lumba
berlambat-lambat
teringat-ingat
Kalau hanya _____________, semua usaha anda tidak akan menghasilkan kejayaan.
berkobar-kobar
berangan-angan
andai-andaian
berkejar-kejaran
Mereka berjuang ___________ bagi mempertahankan tanah air daripada ditawan musuh.
berperang-perangan
bertembak-tembakan
bermati-matian
berbunuh-bunuhan
Adik menangis ___________ kerana duitnya hilang semasa bermain.
teresak-esak
tersedu-sedan
raung-raungan
terkedu-kedu
Semalam hujan turun dengan lebatnya dan kilat pula _____________.
sambung-menyambung
terus-menerus
pancar-memancar
sabung-menyabung
Hidup berjiran mestilah _____________ antara satu sama lain.
bantu-membantu
berjalan-jalan
bertandang-tandang
ziarah-menziarahi
Walaupun sudah _______________ ditegur, Aiman masih melakukan kesilapan yang sama.
berkobar-kobar
beringat-ingat
berpeluh-peluh
berkali-kali
Punca kemalangan sering berlaku di kawasan itu adalah disebabkan jalan raya yang _____________________.
bersilang-silang
bertali-arus
bersilang-pangkah
bersimpang-siur
Pencuri itu __________ untuk melepaskan diri setelah ditangkap oleh pihak polis.
meraung-raung
melaung-laung
menarik-narik
meronta-ronta
Sarimah ______________ kucing kesayangannya selepas pulang dari sekolah.
mengusap-usap
memicit-micit
mencubit-cubit
mengurut-urut
Saya dan kakak sering _____________ di taman rekreasi pada waktu petang.
bersungguh-sungguh
bersiap-siap
berpusing-pusing
bersiar-siar
Ayam itu _________ tanah untuk mencari makanan.
mengais-ngais
menyapu-nyapu
mengait-ngait
mengikis-ngikis
Puan Ratna ________ dengan tetamu yang datang ke rumahnya.
berbeza-beza
berdecit-decit
berbual-bual
berbelit-belit
Sarung bantal yang _____________ itu dijahit oleh ibu saya.
berkepul-kepul
bersegi-segi
berbunga-bunga
berliku-liku
Adik __________ tangannya yang gatal akibat digigit nyamuk.
menggaru-garu
memukul-mukul
menarik-narik
menggapai-gapai
Dhiya ___________ kegirangan apabila memenangi pertandingan reka cipta di sekolahnya.
melompat-lompat
melaung-laung
melambai-lambai
meleret-leret
Mereka _______________ ketika hendak menaiki bas ekspres itu.
berfoya-foya
berasak-asak
bermegah-megah
berlegar-legar
Ayah _______________ ke pejabat setiap hari dengan memandu kereta.
berulang-alik
berdolak-dalik
bersoal-jawab
berbalas-balas
Penduduk kampung _________________ untuk membaiki jambatan yang rosak itu.
berbual-bual
bergotong-royong
berasak-asak
berbalas-balas
Pelanggan itu _______________ harga ikan dengan penjual di pasar malam.
membeli-belah
jahit-menjahit
jual-menjual
tawar-menawar
