NEW
Font size
WorksheetsSTRUKTUR DAN FUNGSI SEL
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah unit asas benda hidup?
Sel
Tisu
Organ
Organisma
Antara struktur berikut yang manakah hanya terdapat dalam sel tumbuhan?
Nukleus
Dinding sel
sitoplasma
Sentriol
Struktur sel ini mempunyai ciri-ciri:
# Komponen paling besar dalam sel
# Berbentuk sfera, padat dan dilingkungi membran nukleus yang mempunyai liang
Apakah struktur sel ini?
Nukleus
Mitokondrion
Membran plasma
Kloroplas
Struktur sel ini mempunyai ciri-ciri:
• Dibina daripada protein dan fosfolipid
• Selaput nipis dan kenyal
• Bersifat telap memilih
Apakah struktur sel ini?
Nukleus
Dinding sel
Membran plasma
Kloroplas
Struktur sel ini mempunyai ciri-ciri:
• Komponen sel berbentuk rod atau sfera
• Terdiri daripada dua lapisan membran, iaitu membran luar yang licin dan membran dalam yang berlipat-lipat
• Mengandungi enzim yang terlibat dalam respirasi se
Apakah struktur sel ini?
Nukleus
Dinding sel
Mitokondrion
Kloroplas
Struktur sel ini mempunyai ciri-ciri:
• Terdiri daripada satu timbunan kantung pipih selari yang setiap satunya dilapisi oleh membran
unit tunggal
Apakah struktur sel ini?
Lisosom
Jasad golgi
Mitokondrion
Kloroplas
Struktur sel ini mempunyai ciri-ciri:
• Kantung sfera kecil yang diselaputi oleh membran tunggal
• Mengandungi enzim lisozim
Apakah struktur sel ini?
Lisosom
Jasad golgi
Mitokondrion
Kloroplas
Struktur sel ini mempunyai ciri-ciri:
• Berbentuk bujur
• Terdiri daripada dua lapisan membran
• Mengandungi pigmen klorofil pada grana yang memberikan warna hijau kepada tumbuhan
Apakah struktur sel ini?
Lisosom
Jasad golgi
Mitokondrion
Kloroplas
Struktur sel ini mempunyai ciri-ciri:
# Terdiri daripada satu sistem rongga ceper berlipat yang bersambungan
# mempunyai ribosom yang terlekat pada permukaannya
Apakah struktur sel ini?
Lisosom
Jasad golgi
Jalinan endoplasma kasar
Jalinan endoplasma licin
Struktur sel ini mempunyai ciri-ciri:
# Terdiri daripada satu sistem rongga ceper berlipat yang bersambungan
# tidak mempunyai ribosom
Apakah struktur sel ini?
Lisosom
Jasad golgi
Jalinan endoplasma kasar
Jalinan endoplasma licin
Struktur sel ini berfungsi sebagai
bertindak sebagai medium bagi
tindak balas biokimia dalam sel.
Apakah struktur sel ini?
Mitokondria
Jasad golgi
Jalinan endoplasma kasar
Sitoplasma
Struktur sel ini berfungsi mengangkut protein yang disintesiskan oleh ribosom.
Apakah struktur sel ini?
Mitokondria
Jasad golgi
Jalinan endoplasma kasar
Jalinan endoplasma licin
Struktur sel ini berfungsi mensintesis dan mengangkut gliserol dan lipid serta menjalankan detoksifikasi dadah dan hasil sampingan metabolisme
Apakah struktur sel ini?
Mitokondria
Jasad golgi
Jalinan endoplasma kasar
Jalinan endoplasma licin
Struktur sel ini berfungsi Memproses, mengubah suai, membungkus dan mengangkut bahan kimia seperti protein, karbohidrat dan glikoprotein.
Apakah struktur sel ini?
Mitokondria
Jasad golgi
Jalinan endoplasma kasar
Jalinan endoplasma licin
Struktur sel ini berfungsi Tapak penjanaan tenaga melalui proses pengoksidaan glukosa semasa
respirasi sel.
Apakah struktur sel ini?
Mitokondria
Jasad golgi
Jalinan endoplasma kasar
Jalinan endoplasma licin
