Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Hadis Hindari Rasuah

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apa itu rasuah?

a)

Perbuatan untuk menghalalkan yang salah dan menyalahkan yang benar.

b)

Perbuatan yang mengharamkan yang salah dan mengharuskan yang samar.

c)

Perbuatan yang menggalakkan yang benar.

d)

Perbuatan yang mengelakkan kemiskinan masyarakat.

2.

Apakah hukum mengamalkan rasuah?

a)

Harus

b)

Haram

c)

Wajib

d)

Sunat

3.

Pilih maksud sebenar hadis Rasulullah tentang amalan rasuah yang telah diriwayatkan oleh At-Tirmizi.

a)

Rasulullah menyayangi pemberi rasuah dan penerima rasuah

b)

Rasulullah menghormati pemberi rasuah dan penerima rasuah

c)

Rasulullah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah

d)

Rasulullah menegur pemberi rasuah dan penerima rasuah

4.

Pilih pernyataan yang BETUL tentang perbuatan rasuah.

a)

Dato Sri Hajah Reena memberikan duit kepada orang miskin dan anak-anak yatim.

b)

Tan Sri Zafran memberi hadiah mewah kepada YB Dato Afif kerana telah membantunya mendapatkan Projek Mega.

c)

Datin Sri Farzana berjaya mencari dana untuk membantu persatuan ibu-ibu tunggal.

d)

Professor Aniq berjaya menemui vaksin COVID-19 dengan cepat selepas menerima dana sumbangan.

5.

Jika seseorang itu terjebak dengan amalan rasuah, apakah perkara dasyat yang akan berlaku terhadap si pelaku rasuah?

a)

Dilaknat oleh Allah s.w.t.

b)

Akan dimasukkan ke dalam senarai hitam.

c)

Di masukkan ke dalam penjara.

d)

Di buang kerja oleh majikan.

6.

Apakah perbuatan rasuah yang mungkin boleh berlaku dalam kalangan murid-murid sekolah?

a)

Asma belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran.

b)

Atasha akan belanja makan di kantin sekolah sekiranya dia dipilih menjadi ketua kelas.

c)

Hazimah dipilih menjadi ketua pelajar selepas melalui temuduga di Bilik Kaunseling.

d)

Farid mendapat hadiah selepas membantu guru mengangkat barang-barang.

7.

Berikut adalah sebab berlakunya rasuah KECUALI ?

a)

Iman yang lemah

b)

Bersifat tamak

c)

Mahu segera hidup mewah

d)

Takut kepada Allah

8.

Kebaikan menjauhi rasuah dapat......

a)

Menjatuhkan maruah diri

b)

Menimbulkan permusuhan

c)

Mengukuh dan menstabilkan ekonomi

d)

Mendatangkan kemurkaan Allah

9.

Apakah usaha yang boleh dibuat agar amalan rasuah dalam kalangan masyarakat dapat dikurangkan?

a)

Meminta polis dan tentera menembak mati si pesalah.

b)

Memantapkan penyebaran ajaran agama dan nilai-nilai murni kepada masyarakat.

c)

Memberi wang kepada mereka yang memerlukan supaya tidak berlaku rasuah.

d)

Sentiasa bekerja untuk mengharapkan habuan yang berlipat kali ganda.

10.

Apakah pengajaran yang paling tepat tentang hadis hindari amalan rasuah?

a)

Rasuah menyebabkan seseorang itu menjana pendapatan tambahan.

b)

Rasuah akan menjadikan seseorang itu disanjung oleh masyarakat.

c)

Rasuah boleh memberi impak negara jadi terkenal.

d)

Rasuah boleh menyebabkan sesebuah negara mundur dan kucar kacir.