NEW
Font size
WorksheetsLatihan Pengukuhan 1
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Rozie dan rakan-rakannya memakai topi keledar sebelum ________ berbasikal di taman rekreasi.
mereka
beliau
kalian
dia
Ketika mengunjungi Muzium Batik itu Ronie berkata, "_________, tidak pernah saya melihat corak batik yang secantik ini!"
Hai
Wah
Nah
Aduh
Jalan di sekitar Shah Alam mengalami kesesakan selepas tamat ________ akhir bola sepak Piala Malaysia.
berlawan
melawan
berlawanan
perlawanan
Lin En berasa kagum melihat keindahan air terjun menuruni batuan yang terletak di ________ sungai itu.
atas
hulu
hilir
sisi
________ yang dijual di gerai Pak Mail sungguh enak.
Bukit-bukau
Haru-biru
Batu-bata
Kuih-muih
Pei Xuan memberikan dua __________ pensel kepada adiknya.
bidang
batang
rumpun
jambak
Anita menghidangkan sepotong kek selepas makan malam.
Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.
Mulut tempayan
Bekas tangan
Pencuci mulut
Panjang tangan
Ramlah selalu ke perpustakaan kerana dia suka membaca buku cerita.
Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.
Buah tangan
Berat tulang
Ambil hati
Ulat buku
Setelah ________ ikan siakap, ibu ________ ikan itu untuk dibuat hidangan makan malam.
disiangkan ------ digoreng
menyiang ------ gorengkan
disiang ----- menggorengkan
menyiang ------ menggoreng
Suasana di pasar malam _______ dengan suara penjual membuat jualan dan mempromosikan barangan.
hiruk-pikuk
kacau-bilau
kusut-masai
ramah-tamah
Zhu Ann membeli dua ________ baju baru di Butik Mewah.
keping
helai
bilah
bentuk
Pilih ayat yang betul
Li Man hanya termenung sementara pagi tadi.
Saya belajar ke SJKC Yoke Nam.
Dompet ini diperbuat daripada kulit buaya.
Kad undangan itu ditujukan pada ayah saya.
Wei Xin memasukkan se_______ garam ke dalam sup ikan yang sedang direneh di atas dapur elektrik.
hiris
cubit
ulas
ketul
Pilih ayat yang betul.
Bas ekspres itu bergerak daripada Puduraya.
Jam tangan itu ayah hadiahkan dari saya.
Siew Wan dan Ai Lin berjalan kaki ke sekolah.
Pemandangan pada atas bukit itu sungguh indah.
Nasi lemak sering kali menjadi kegemaran rakyat Malaysia untuk dijadikan _________.
Sarapan pagi
Makan tengah hari
Minum petang
Makan malam
