wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T5 (KBSM) BAB-8

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Rajah 1 menerangkan matlamat Rancangan Malaya Pertama.T5 B8 ms 199 [ P3 B1-B2 ]


Mengapakah rancangan tersebut gagal dicapai ?

a)

Bahan mentah terhad

b)

Ancaman komunis

c)

Kelemahan pentadbiran

d)

Kekurangan kemudahan asas

2.

Maklumat berikut berkaitan dengan teras kemajuan bersepadu yang dihasratkan oleh kerajaan menjelang tahun 2020.

T5 B8 ms 219 [ P1 B5-B7 ]


Mengapakah perkara tersebut dijadikan teras

a)

Mencapai kemajuan mengikut acuan sendiri

b)

Membentuk kemajuan mengikut pengaruh luar

c)

Mencapai kemajuan berasaskan aspek fizikal

d)

Membina kemajuan berasakan kerohanian

3.

Mengapakah kerajaan menubuhkan institusi berikut?

T5 B8 ms 216 [ P1 B14-B15 ]

a)

Meningkatkan kadar celik huruf

b)

Menggalakkan kemasukan pelajar asing

c)

Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa

d)

Memperkasa kedudukan bahasa kebangsaan

4.

Pada tahun 1958, Pak Abu ingin mengusahakan tanaman pisang dan nangka seluas 20 hektar tetapi menghadapi masalah kekurangan modal.

T5 B8 ms 198 [ P3 B8 ]

Apakah agensi yang dapat membantu Pak Abu mengatasi masalah tersebut?

a)

Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

b)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

c)

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

d)

Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan matlamat kerajaan.


Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai?

T5 B8 ms 207 [ P3 B6-B7 ]

a)

Menambah pelaburan saham amanah

b)

Meningkatkan produktiviti negara

c)

Mengembangkan sektor pertanian

d)

Memacu peranan sektor swasta

6.

Gambar 2

Sumber : www.sinarharian.com.my


Gambar 2 menunjukkan temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) yang diadakan dua tahun sekali.

Apakah kepentingan sukan tersebut terhadap Malaysia ?

T5 B8 ms 218 [ P2 B6-B7 ]

a)

Mengeratkan perpaduan kaum

b)

Memantapkan hubungan serantau

c)

Memperkasa semangat kenegerian

d)

Memudahkan perkongsian kepakaran

7.

Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan untuk menyatukan penduduk di Tanah Melayu.

T5 B8 ms 213 [ P1 B3-B4 ]


Berdasarkan ordinan tersebut, bagaimanakah perpaduan dapat dicapai?

a)

Menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

b)

Mewajibkan pelajaran agama dan akhlak di peringkat sekolah menengah

c)

Memberikan pendidikan percuma kepada semua murid sekolah rendah

d)

Memperkenalkan kursus aliran kemahiran di sekolah bantuan kerajaan

8.

Sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965.


Mengapakah sistem persekolahan tersebut diperkenalkan?

T5 B8 ms 214 [ P3 B8 ]

a)

Melahirkan tenaga kerja mahir

b)

Mengurangkan sekolah vernakular

c)

Memendekkan tempoh pembelajaran

d)

Menempatkan murid kelainan upaya

9.

Dasar Penswastaan dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Keempat.

Apakah matlamat dasar tersebut?

T5 B8 ms 207 [ P3 B9 & B17-B18 ]


I Mengimbangi pemilikan harta antara kaum

II Mengurangkan beban kewangan kerajaan

III Meningkatkan kemajuan ekonomi

IV Memperhebatkan pembukaan tanah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Rancangan Malaysia Pertama dilaksanakan pada tahun 1956-1960.

Apakah matlamat rancangan tersebut?

T5 B8 ms 198 [ P1 B3 ]

a)

Membangunkan kawasan luar bandar

b)

Menyusun semula sistem pendidikan

c)

Memajukan sektor perindustrian berat

d)

Memperkukuhkan sistem pertahanan negara

11.

Penyata Razak 1956 menyatakan dua elemen penting dalam pendidikan untuk membentuk perpaduan kaum.

T5 B8 ms 213 [ P2 B7-B8 ]

Apakah kedua-dua elemen penting tersebut?

I Kemahiran teknikal

II Kurikulum seragam

III Sistem persekolahan sama

IV Kenaikan darjah secara automatik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Melalui Dasar Pertanian Negara, kerajaan telah memperkenalkan program pembangunan in-situ.

T5 B8 ms 206 [ P4 B6 ]


Apakah tujuan program tersebut dilaksanakan?

a)

Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah

b)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

c)

Mengawal kemasukan buruh luar

d)

Menyusun semula masyarakat

13.

Jadual 3 menerangkan matlamat rancangan pembangunan ekonomi kerajaan Malaysia pada tahun 1970-an.

T5 B8 ms 201 [ P5 B6 & B7 ]


Apakah langkah kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut ?


I Memulakan industri berat

II Memajukan sektor pelancongan

III Menambahkan peluang pekerjaan

IV Meningkatkan pendapatan rakyat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Apakah persamaan agensi kerajaan di atas dalam Rancangan MalayaPertama?

T5 B8 ms 198 [ P1 B3 ]

a)

Mempelbagaikan jenis tanaman

b)

Menumpukan pembangunan luar bandar

c)

Mengawal kemasukan bahan makanan import

d)

Melatih bumiputera dalam bidang perindustrian

15.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah agensi yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaya Pertama.

Apakah matlamatagensi tersebut?

T5 B8 ms 198 [ P4 B2-B3 ]

a)

Menstabilkan harga pasaran

b)

Menggalakkan pelaburan modal asing

c)

Merangsang penglibatan sektor swasta

d)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar

16.

Mengapakah Majlis Perundingan Negara mengisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970?

T5 B8 ms 211 [ P2 B1-B2 ]

a)

Menyusun semula masyarakat

b)

Memperkukuh perpaduan rakyat

c)

Meningkatkan kemajuan ekonomi

d)

Memartabatkan bahasa kebangsaan

17.

Pernyataan berikut adalah cabaran kelapan Wawasan 2020. T5 B8 ms 222 [ P3 B5-B8 ]


Bagaimanakah cabaran tersebut dapat dipenuhi oleh kerajaan?

a)

Kekayaan negara dikongsi bersama

b)

Pelaburan asing dipertingkatkan

c)

Memantapkan jati diri rakyat

d)

Membangunkan modal insan

18.

Gambar 4


Gambar 4 menunjukkan Buku Merah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam Rancangan Malaya Kedua.


Mengapakah buku tersebut diperkenalkan?

T5 B8 ms 200 [ P2 B9 ]

a)

Menilai pelaksanaan rancangan pembangunan

b)

Memantau pengurusan kewangan negara

c)

Menetapkan sistem pentadbiran kerajaan

d)

Mengawal mutu perkhidmatan kerajaan

19.

Apakah peranan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang ditubuhkan pada 1973?

T5 B8 ms 202 [ JADUAL ]

a)

Membangunkan industri desa

b)

Mengawal kualiti hasil pertanian

c)

Menjalankan penyelidikan pertanian

d)

Membantu petani dalam kegiatan koperasi

20.

Laporan Rahman Talib 1960 diperkenalkan dengan penekanan kepada perpaduan kaum. Antara berikut yang manakah syor laporan tersebut?

T5 B8 ms 214 [ P1 B6-B7 & P2 B4-B5 ]


I Aliran vokasional diperkenalkan

II Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah

menengah

III Sekolah kebangsaan menggantikan sekolah umum

IV Sistem persekolahan bercorak integrasi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV