wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Digital Siri 2

Total questions: 41

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Chicken chop dalam bahasa Melayu ialah

a)

cap ayam

b)

cop ayam

c)

ayam potong

2.

Berikan maksud goreng kilas

a)

Kaedah memasak makanan dengan cepat menggunakan minyak atau lemak yang sedikit pada suhu yang tinggi.

b)

Kaedah memasak makanan menggunakan minyak atau lemak yang banyak pada suhu yang tinggi.

c)

Kaedah memasak makanan menggunakan minyak atau lemak yang sedikit pada suhu yang rendah.

3.

Pilih ejaan yang tepat

a)

mee

b)

mi

c)

mie

4.

Sinonim bagi mereneh ialah

a)

merebus

b)

mendidih

c)

mengukus

5.

Apakah maksud pastri?

a)

Adunan pelbagai jenis tepung.

b)

Adunan tepung yang dipukul dengan telur dan mentega.

c)

Adunan tepung dengan air, mentega (atau bahan lemak yang lain).

6.

Ejaan yang betul ialah

a)

maruku

b)

muruku

c)

maraku

7.

Apakah maksud kroisan?

a)

Doh roti yang dicanai bersama marjerin, diuli dengan pelbagai bentuk, dan dibakar.

b)

Sejenis roti berbentuk bulan sabit yang diperbuat daripada doh yis yang dicanai dengan marjerin menjadi pastri, dan dibakar.

c)

Sejenis roti pelbagai bentuk yang diperbuat daripada doh yis yang dicanai dengan marjerin menjadi pastri dan dibakar.

8.

Ejaan yang tepat ialah

a)

Satay

b)

Satey

c)

Sate

9.

Apakah maksud bistro dalam Kamus Dewan Edisi Keempat?

a)

Restoran kecil (bukan restoran mewah)

b)

Restoran yang menjual minuman beralkohol

c)

Restoran yang besar

10.

Ejaan yang tepat ialah

a)

tosei

b)

tosai

c)

tose

11.

Pilih ejaan yang tepat

a)

Nasi Beryani

b)

Nasi Beriani

c)

Nasi Briyani

12.

Istilah beefsteak dalam bahasa Melayu ialah

a)

bifstik

b)

daging panggang

c)

daging bakar

13.

Maksud katering ialah

a)

Perkhidmatan penyediaan atau penyajian makanan.

b)

Perkhidmatan jualan makanan dalam acara keramaian.

c)

Perkhidmatan jualan makanan secara dalam talian.

14.

Ejaan yang tepat ialah

a)

sandwich

b)

sandwic

c)

sadwich

15.

Ibu __________________ pau itu.

a)

merebus

b)

mengukus

c)

mereneh

16.

Pilih ejaan yang tepat

a)

kobis

b)

kubis

c)

kobes

17.

Ejaan yang tepat ialah

a)

taugeh

b)

togeh

c)

tauge

18.

Apakah proses yang digunakan untuk membuat tempe?

a)

pemerapan

b)

penapaian

c)

penjerukan

d)

pengasinan

19.

Pilih ejaan yang tepat

a)

resepi

b)

resipi

c)

risipi

20.

Berikan maksud istilah periuk tingkat

a)

Periuk yang bahagian atasnya diisi makanan manakala bahagian bawahnya diisi air dan digunakan apabila memasak dengan suhu yang rendah atau bagi masakan yang tidak boleh terkena api secara langsung.

b)

Periuk yang digunakan untuk merebus makanan dengan suhu yang rendah.

c)

Talam segi empat bujur untuk berbagai-bagai kegunaan seperti membakar, mengukus dan menghidang.

21.

Apakah maksud menggril?

a)

Memasak makanan yang dibungkus secara vakum dalam kantung plastik atau balang kaca lalu dimasukkan ke dalam kukusan air.

b)

Memasak makanan di dalam oven.

c)

Memasak makanan di atas gril yang diletakkan di atas api atau bara api yang terbuka.

22.

Apakah maksud dapur ringkas?

a)

Dapur yang digunakan untuk menyediakan pencuci mulut.

b)

Dapur yang memproses dan menyempurnakan masakan dengan cepat dan mudah dan juga menyediakan masakan segera.

c)

Dapur yang digunakan untuk memanaskan makanan dengan menggunakan ketuhar mikrogelombang dan memasak air.

23.

Ejaan yang betul ialah

a)

bergedil

b)

bergedel

c)

begedel

24.

Padanan istilah bagi bay leave ialah

a)

daun salam

b)

daun ketumbar

c)

daun kesom

25.

Apakah contoh masakan ringkas?

a)

tiram

b)

snek

c)

ayam goreng

d)

sambal belacan

26.

Rempah empat sekawan yang digunakan dalam masakan Melayu terdiri daripada

a)

kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, daun salam

b)

daun kemangi, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih

c)

bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis

d)

bunga cengkih, halia, bunga lawang, buah pelaga

27.

Apakah maksud merarau?

a)

minum pagi

b)

makan tengah hari

c)

minum petang

d)

makan malam

28.

Apakah maksud stew?

a)

Kaedah memasak menggunakan ketulan daging, ayam atau ikan serta beberapa jenis sayuran termasuk kentang yang direbus dengan kaldu sehingga hampir hancur.

b)

Kaedah memasak makanan dalam air atau cecair lain sehingga mendidih perlahan-lahan.

c)

Kaedah memasak makanan dalam periuk bertutup rapat dalam masa yang lama dengan api yang perlahan.

29.

Pilih padanan kata dan maksud yang betul

a)

merebus: memasak atau memanaskan sesuatu dengan wap air panas

b)

mengukus: memasak sesuatu dalam air

c)

rendidih: kaedah memasak dengan merebus makanan di dalam periuk dengan api yang perlahan

30.

Rempah yang dikenali sebagai Serbuk Lima Rempah yang digunakan dalam masakan Cina ialah

a)

kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, lada hitam Sichuan

b)

kulit kayu manis, jintan hitam, bunga cengkih, buah pelaga, lada hitam Sichuan

c)

kulit kayu manis, jintan manis, buah pelaga, lada hitam Sichuan, halia

d)

kulit kayu manis, jintan hitam, bunga cengkih, bunga lawang, lada hitam Sichuan

31.

Ejaan 'spagetti bolognese' dalam bahasa Melayu

a)

spagetti bolognise

b)

spageti bolognese

c)

spageti bolognis

32.

Ejaan yang betul ialah

a)

murtabak

b)

mertabak

c)

martabak

33.

Apakah maksud goreng tohor?

a)

Kaedah menggoreng dengan minyak yang banyak.

b)

Kaedah menggoreng dengan minyak yang sedikit.

c)

Kaedah menggoreng dengan tidak menggunakan minyak.

34.

Ibu menggoreng kelapa parut untuk membuat kerisik tanpa menggunakan minyak. Nyatakan konsep masakan yang digunakan oleh ibu.

a)

goreng tohor

b)

salai

c)

sangai

d)

panggang

35.

Pilih kata yang membawa maksud daging yang dikeringkan atau diasapi di atas api

a)

Daging perap

b)

Daging panggang

c)

Daging bakar

d)

Daging salai

36.

Ejaan yang betul ialah

a)

ais krim

b)

ais-krim

c)

aiskrim

d)

aiskerim

37.

Makanan manakah yang melalui proses pengawetan secara pengeringan?

a)

jeruk

b)

ikan bilis

c)

telur masin

d)

ikan masin

38.

Apakah istilah portion control dalam bahasa Melayu?

a)

kawalan makanan

b)

kawalan kadar makanan

c)

kawalan catuan

39.

Ejaan yang betul ialah

a)

serunding

b)

serondeng

c)

seronding

40.

Celur ialah

a)

Kaedah memasak dengan memasukkan makanan ke dalam minyak yang panas.

b)

Kaedah memasak dengan memasukkan makanan ke dalam air sehingga air tesebut mendidih.

c)

Kaedah memasak dengan memasukkan makanan ke dalam air yang menggelegak dengan cepat.

41.

Nyatakan rempah yang biasa dijadikan Garam Masala dalam masakan India

a)

ketumbar, jintan hitam, bunga cengkih, kulit kayu manis, cili kering, kunyit, buah pelaga, lada hitam, buah pala, daun salam, kulit buah pala

b)

ketumbar, jintan hitam, bunga cengkih, kulit kayu manis, cili kering, halia, buah pelaga, lada hitam, buah pala, kulit buah pala, daun salam

c)

ketumbar, jintan hitam, jintan putih, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, lada hitam, buah pala, kulit buah pala, daun salam

d)

ketumbar, jintan hitam, jintan putih, bunga cengkih, kulit kayu manis, cili kering, halia, buah pelaga, lada hitam, buah pala, kulit buah pala, daun salam