wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Sendi

Total questions: 25

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.
Masyarakat di negara kita amat beruntung kerana dapat menikmati pelbagai jenis buah........... musim buah-buahan.
a)
di
b)
pada
c)
daripada
d)
dari
2.

"Ayah dan ibu berkirim salam............. Pak teh dan Mak Teh,”kata Milla.

a)

ke

b)

pada

c)

kepada

d)

di

3.

“Saya ingin membeli dua keping tiket bas ekspress.................. Segamat,”kata Amelia.

a)

ke

b)

dari

c)

pada

d)

hingga

4.
Pertandingan pidato itu berlangsung...................pukul 8.30 pagi hingga pukul 5.00 petang.
a)
daripada
b)
pada
c)
dari
d)
ke
5.
Harga kasut sukan yang dipakainya lebih mahal...................harga kasut yang dipakai oleh abangnya.
a)
dari
b)
kepada
c)
daripada
6.

Jin Liang memasukkan buku-buku itu..............dalam kotak.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

kepada

7.

Jun Hong mengambil buku di atas rak itu lalu diberikan.................adiknya.

a)

ke

b)

pada

c)

kepada

d)

di

8.

Cadangan yang dikemukan oleh Swee Yan akan dipertimbangkan..........guru kelas mereka.

a)

kepada

b)

akan

c)

pada

d)

oleh

9.
Kami akan memaklumkan perkembangan projek tersebut dari semasa..............semasa.
a)
kepada
b)
pada
c)
di
d)
ke
10.
Tengku Zalita tidak sombong walaupun berasal...............golongan bangsawan.
a)
daripada
b)
dari
c)
di
d)
dalam
11.

Ayah pergi _____ pejabat dengan menaiki kereta.

a)

dari

b)

daripada

c)

kepada

d)

ke

12.

Cikgu Gan sedang menunggu kawannya _____ pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

a)

ke

b)

daripada

c)

pada

d)

dari

13.

Buku itu dibeli oleh abang ________ adik.

a)

kepada

b)

di

c)

untuk

d)

dari

14.

Hadiah itu ___________ suaminya.

a)

ke

b)

dari

c)

daripada

d)

dengan

15.

Rumah kawan saya terletak ______ Selangor.

a)

dari

b)

pada

c)

ke

d)

di

16.

Sıla kirimkan surat ini __________ Kai Qing.

a)

daripada

b)

ke

c)

kepada

d)

dengan

17.

Kai Jun akan berjumpa dengan Xiao Dong ________ pukul 10.30 pagi.

a)

dengan

b)

pada

c)

kepada

d)

untuk

18.

Puan Tan baru pulang _____________ Pulau Langkawi.

a)

di

b)

dari

c)

ke

d)

daripada

19.

Puan Aminah menunggu kepulangan anaknya _____________ pagi hingga ke malam.

a)

pada

b)

bagi

c)

dari

d)

tentang

20.

Mak Cik Sitha menghantar muruku ___________ anaknya di Kuala Lumpur.

a)

ke

b)

dari

c)

kepada

d)

daripada

21.

"Tolong berikan surat ini _________ Wen Xuan ," kata Kar Xin kepada Zhi Ying.

a)

ke

b)

kepada

c)

pada

d)

untuk

22.
Antara berikut, manakah kata sendi nama?
a)
cantik
b)
indah
c)
gemuk
d)
di
23.

"Serahkan bungkusan ini _________ Zhe Xi" Kata Cikgu Cindy.

a)

kepada

b)

pada

c)

daripada

d)

di

24.

Kasut En. Murugan diperbuat __________ kulit buaya.

a)

dari

b)

daripada

25.

" Saya selalu bersarapan _______ waktu pagi " kata Ethan.

a)

kepada

b)

pada

c)

di

d)

dari