Font size
Worksheets9.1.1 Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
Pada 28 Jun 1914, peristiwa pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary berlaku. Antara berikut, yang manakah kesan daripada peristiwa berikut?
Perang Dunia Pertama
Perang Saudara
Perang Dingin
Perang Dunia Kedua
Adolf Hitler adalah pemimpin Jerman yang dituduh mengingkari Perjanjian Versailles yang ditandatangai pada tahun 1919. Apakah bukti tuduhan tersebut?
Memperbesar angkatan tentara
Menakluki wilayah Itali
Menyertai Kuasa Bersekutu
Mengamalkan pemerintahan diktator
Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah mulai tahun 1914 hingga tahun 1918. Mengapakah Amerika Syarikat turut terlibat dalam perang tersebut?
Menguji senjata
Permintaan Britain
Mempertahankan Serbia
Menyekat ideologi komunis
Pilih DUA faktor berlakunya Perang Dunia Pertama.
Kemunculan semangat nasionalisme di Eropah
Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi
Kegagalan Perjanjian Versailles
Pemimpin Jerman kecewa kerana kehilangan tanah jajahan
Senaraikan negara dalam Pakatan Bertiga (Triple Entente) yang dibentuk pada tahun 1907.
Britain, Perancis dan Rusia
Jerman, Austria-Hungary dan Itali
Britain, Jerman dan Itali
Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat
Berikan DUA kesan Perang Dunia Pertama kepada masyarakat Eropah.
Tamatnya pemerintahan beraja di Eropah
Terbentukya beberapa buah negara baru di Eropah
Pemerintah beraja di Eropah semakin kukuh dan kuat
Negara Jerman dibahagi dua
Berikan DUA sebab tercetusnya Perang Dunia Kedua ( 1939-1946).
Kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan Perang Dunia Pertama
Berlakunya perubahan politik di Jerman, Soviet Union, Itali dan Jepun
Serbia disokong oleh sekutunya iaitu Rusia dan Perancis
Muncul pakatan negara-negara Eropah
Berikan DUA kesan Perang Dunia kedua.
Perang Dunia Kedua memecahbelahkan negara di Eropah
Runtuhnya sistem imperialisme Barat
Amerika Syarikat membantu Korea Selatan dan Rusia
Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya
Pada 1 September 1939, Hitler (Jerman) mara ke sempadan Poland. Dua hari kemudiannya, setelah mendesak agar Hitler berundur, Britain dan Perancis menyertai perang. Apakah alasan Britain dan Perancis menyertai perang tersebut?
Menguji kekuatan senjata
Mempertahankan keselamatan
Merampas kembali wilayah
Menyekat pengaruh komunis
Cadangkan DUA langkah supaya tidak berlakunya Perang Dunia Ketiga.
Jangan menyerang negara lain sewenang-wenangnya
Menghentikan perlumbaan senjata
Menyokong negara yang berperang
Berlumba mencipta senjata moden dan canggih
Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara-negara Asia Tenggara?
Semangat kebangsaan meningkat
Kuasa raja dipulihkan
Kerajaan republik dibentuk
Kewujudan parti politik pelbagai aliran
Pilih DUA sebab berlaku persaingan antara Pakatan Bertiga dengan Perikatan Kuasa Tengah pada awal abad ke-20.
Meluaskan pasaran
Mendapatkan bahan mentah
Mengeksploitasi tenaga buruh
Menggalakkan keamanan dunia
Apakah alasan Jepun untuk terlibat sama dalam Perang Dunia Kedua?
Mentamadunkan negara di Timur
Menguji kekuatan angkatan tentera
Mendapatkan sokongan dari kuasa Barat
Membebaskan negara di Timur daripada penjajah Barat
Apakah tujuan Liga Bangsa ditubuhkan pada pada tahun 1919?
Mengawal kuasa besar dunia
Melindungi hak asasi manusia
Mengeratkan hubungan dagang
Menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa
Apakah kesan pembentukan pakatan Perikatan Kuasa Tengah yang terdiri daripada negara Itali, Jerman dan Austria-Hungary?
Membentuk blok dunia
Melahirkan keamanan dunia
Memulakan dasar penjajahan
Mencetuskan persaingan kuasa
