wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz RBT Tingkatan 1 :: Lakaran

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi bagi lakaran?

a)

Cetusan idea dalam komunikasi

b)

Ringkasan maklumat dalam bentuk visual

c)

Lukisan draf yang menggunakan teknik lakaran bebas

d)

Teknik gambar yang dihasilkan melalui kemahiran perisian komputer

2.

Antara berikut, pilih yang manakah merupakan peranan lakaran dalam reka bentuk?

a)

Eksplorasi visual

b)

Kesan cahaya dan bayang

c)

Penyelesaian ringkasan visual

d)

Asas komposisi untuk ilustrasi

3.

Pilih tujuan penghasilan lakaran teknikal?

a)

Menunjukkan perkembangan idea

b)

Menggambarkan ceraian dan pelbagai sudut pandangan

c)

Membandingkan produk dengan produk sedia ada

d)

Memberi perincian dimensi dalam menggambarkan rupa sebenar

4.

Antara berikut, pilih kaedah lakaran secara teknik lakaran piktorial.

a)
b)
c)
d)
5.

Rajah di atas menunjukkan satu lakaran objek secara teknik lakaran oblik.


Nyatakan nama paksi yang dilabel P.

a)

Paksi surut

b)

Paksi condong

c)

Paksi menegak

d)

Paksi mendatar

6.

Rajah berikut menunjukkan paksi-paksi dalam lakaran isometrik.


Berapakah nilai sudut Q?

a)

30°

b)

60°

c)

45°

d)

90°

7.

Susunkan langkah-langkah berikut supaya menjadi urutan melakar lakaran perspektif satu titik yang betul.


I Bina garis bumi (GB)


II Bina pandangan hadapan dan tandakan pepenjuru


III Bina garis ufuk (GU) dan tentukan kedudukan titik lenyap di atas garis ufuk


IV Unjurkan setiap pepenjuru pandangan hadapan dengan garisan perspektif ke arah titik lenyap

a)

II, IV, I, III

b)

I, III, II, IV

c)

I, IV, III, II

d)

IV, III, II, I

8.

Apakah tujuan utama penggunaan rendering dalam lakaran?

a)

Menghasilkan ilusi bayang pada permukaan rata

b)

Menunjukkan arah sumber cahaya kepada objek

c)

Menunjukkan penegasan kepada bahagian permukaan yang penting

d)

Memaparkan permukaan rata supaya menjadi melengkung atau membonjol keluar

9.

Pilih pernyataan yang tidak benar berkenaan lakaran 2D.

a)

Lakaran 2D terdiri daripada satu pandangan sahaja

b)

Lakaran 2D mempunyai lebih daripada satu permukaan

c)

Lakaran 2D adalah satu lakaran yang tidak berstruktur

d)

Ukuran dalam lakaran 2D bergantung kepada sudut pandangan

10.

Pilih kriteria yang perlu dinilai dalam sesuatu lakaran bagi membuat penilaian lakaran terbaik.

a)

Mempunyai saiz yang kecil

b)

Warna seimbang sesuai

c)

Menarik perhatian pelanggan

d)

Bentuk kompleks dan terperinci