NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU-KATA NAMA AM
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Ayam-ayam itu dikurung di dalam ___________.
kolam
reban
pondok
rumah
Tingkap itu ditutupi ____________berwarna merah.
pakaian
tirai
langsir
selimut
Gajah menggunakan _____ untuk mengambil makanan.
sumbu
tanduk
belalai
gading
Apabila ditiup,barulah seruling itu mengeluarkan __________.
suara
desis
nada
bunyi
_____ negeri Pahang sangat kasih akan Sultan mereka.
Hamba
Rakyat
Bangsa
Patik
Burung itu melayang-layang di __________.
angin
awan
dunia
angkasa
Dagu lelaki itu dipenuhi ___________.
roma
misai
kening
janggut
_______yang gelap menandakan hari akan hujan.
Atap
Langit
Payung
Topi
Adik tidak mahu memakai ____ itu kerana sudah ketat.
baju
beg
buku
pembaris
Pak Salleh menggunakan kapak untuk menebang ________itu.
pokok
ikan
buah
sayur
Kak Julia meletakkan bunga yang siap digubah itu di _____meja.
tengah
utara
belakang
luar
Pemuda itu sangat kuat. Dia dapat mengangkat _______yang berat itu.
rumah
kotak
lori
kereta
