WorksheetsKUIZ SEJARAH (SET 2)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Dasar sosial Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat orang Kristian untuk memeluk Islam.Mengapakah dasar tersebut menarik minat orang Kristian?
Memberi penekanan kepada kecemerlangan individU
Mengutamakan kemewahan dalam kehidupan
Memperkuat kedudukan sesuatu kabilah
Menjamin kemuliaan keturunan
Zilullah fil-alam adalah gelaran raja selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Apakah kesan penggunaan gelaran tersebut?
Pengukuhan hubungan luar
Kemantapan undang-undang
Keberkesanan sistem pentadbiran
Pengiktirafan kewibawaan pemerintah
Mengapakah tokoh ulama Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin dan Qadi Yusuf dianggap penting?
Penasihat sultan
Hakim perbicaraan
Pengurus baitulmal
Penggubal undang-undang
Apakah persamaan undang-undang Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka?
Mengandungi peraturan berkeluarga
Menjelaskan pantang larang dalam masyarakat
Menghuraikan tanggungjawab dan hukuman
Menetapkan tugas raja dan pembesar
Apakah persamaan maklumat yang terkandung dalam karya Hikayat Acheh, Hikayat Raja-Raja Pasai dan Hikayat Merong Mahawangsa?
Peraturan di istana
Sistem perlantikan raja
Pengurusan perdagangan
Cara penyebaran Islam
Mengapakah kuasa Barat menggunakan slogan The white men’s burden ( beban orang putih ) dan Mission civilisatrice ( menyebarkan tamadun ) dalam misi penjajahan mereka ke Timur?
Menghalalkan tindakan menceroboh negara lain
Memajukan kehidupan masyarakat peribumi
Mengekalkan pemerintahan tempatan
Mengelakkan perlumbaan senjata
Golongan Patron muncul di Eropah pada Zaman Renaissance. Apakah peranan golongan tersebut?
Menyebarkan agama
Menjelajah ke kawasan luar
Menganggotai pasukan tentera
Menaungi golongan pelukis
Pemodal Eropah menguasai pertanian komersial ketika era kolonialisme British di Tanah Melayu. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
Mendapat tempoh pajakan yang lama
Berkongsi dengan syarikat peribumi
Sokongan pembesar tempatan
Kejatuhan harga hasil galian
Sebelum merdeka, sistem pendidikan tidak dapat memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
Peruntukan kewangan terhad
Sukatan pelajaran berbeza
Tenaga pengajar kurang
Kemudahan asas terhad
Liga Antipemisahan adalah sebuah gerakan nasionalisme di Burma yang menentang tindakan British memisahkan pentadbiran India dengan Burma pada tahun 1920an.
Mengapakah Liga Antipemisahan menentang tindakan tersebut?
Memperjuangkan kemerdekaan negara
Menyekat perluasan fahaman komunis
Melindungi kepentingan golongan petani
Mempertahankan kedudukan golongan pelajar
