NEW
Font size
WorksheetsBM UPSR
Total questions: 15
Worksheet time: 7mins
Ketua Kampung Temasik berusaha untuk ______ masalah kecurian yang berlaku di kampungnya semenjak akhir-akhir ini.
penyelesaian
diselesaikan
menyelesaikan
keselesaian
Suraya cuba menyelesaikan masalah Matematik itu_____ soalan itu agak sukar baginya.
walaupun
justeru
apabila
agar
Kakak menghiris ___ sup itu lalu memasukkanya ke dalam sup daging yang telah masak.
dedaun
pepohon
reranting
rerambut
Sampah sarap itu terapung di ____ air menyebabkan air sungai semakin tercemar.
dasar
dalam
permukaaan
celah
"Suria, tolong ambilkan buku ___ di rak sana." Pinta Johan kepada sahabatnya.
kamu
saya
anda
patik
Apabila sampai di Pantai Batu Ferringhi, Atirah berkata, " ____________, cantiknya pemandangan di pantai ini! "
Oh
Hai
Wah
Aduhai
Puan Wan Shing terharu apabila _________ dengan saudaranya yang sudah lama _________.
bertemu ... terpisah
menemui ... berpisah
menemukan ... perpisahan
pertemuan ... memisahkan
Pak Cik Daud ________ kebun sayurnya itu supaya tidak dicerobohi oleh haiwan liar.
dipagari
berpagar
memagar
dipagarkan
Dalam majlis itu, baginda _________ bahawa semua penduduk harus bekerjasama dalam menjaga kebersihan kampung.
bertitah
bersiram
berkenan
berangkat
Cikgu Farah melatih murid-murid bermain bola jaring menggunakan __________ yang betul.
tatacara
tatakerja
tatatertib
tatabahasa
Rumah Mak Cik Rosnah __________ dengan suara cucu-cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.
calar-balar
riuh-rendah
kacau-bilau
porak-peranda
Setelah bermesyuarat, penduduk Kampung Pulai bersepakat untuk mengadakan gotong-royong pada hari Sabtu ini.
Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.
bulat hati
bulat kata
buah mulut
buah tangan
Banyak pelanggan berkunjung ke restoran itu kerana masakan yang disediakan sungguh lazat.
Pilih perkataan sinonim bagi lazat.
laris
laku
enak
laju
Pilih ayat yang betul.
Nenek Julia baru sahaja tiba daripada kampung.
Banyak murid-murid menghadiri Kursus Kesihatan Mental.
Li Li dan keluarganya akan ke Sarawak pada minggu depan.
Ceramah tentang amalan gaya hidup sihat itu diadakan pada dewan sekolah.
Pilih ayat yang betul.
Wah, ambil wang ini !
Amboi, sakitnya kakiku !
Eh, besarnya rumah kamu !
Oh, rupa-rupanya kamu yang mengirimkan surat itu !
