NEW
Font size
Worksheets(ASK T1) Bab 3 : Algoritma
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah definisi yang tepat berkaitan pembangunan algoritma?
Algoritma dalam pengaturcaraan adalah pencarian ralat bagi menyelesaikan masalah dalam pembangunan sesebuah atur cara.
Algoritma dalam pengaturcaraan komputer adalah urutan penyelesaian masalah dalam membangunkan sesebuah atur cara.
Pseudokod dan carta alir ialah perwakilan yang sesuai bagi pembangunan algoritma.
Pseudokod dan carta alir mampu memberi output yang diingini.
Pernyataan-pernyataan berikut menerangkan perkara penting semasa menulis algoritma.
I Algoritma dihuraikan dengan jelas
II Algoritma ditulis dengan bahasa yang difahami
III Urutan algoritma dinyatakan dengan betul
IV Algoritma menghasilkan output tertentu
I - II - III IV
III - I - II - IV
II - I - III - IV
II - III - I - IV
Apakah ciri utama bagi pseudokod?
Langkah-langkah algoritma ditulis secara terperinci dengan menggunakan Bahasa Melayu.
Langkah-langkah algoritma diwakili dengan ayat-ayat yang ringkas dan padat.
Langkah-langkah algoritma disusun atur dalam perenggan mengikut inden yang teratur.
Langkah-langkah algoritma diwakili dengan simbol grafik yang sesuai.
Pernyataan yang manakah menerangkan carta alir dengan tepat?
Menggunakan simbol grafik yang menggunakan ayat-ayat ringkas.
Menggunakan simbol-simbol grafik untuk mewakili ayat ringkas bagi algoritma.
Menggunakan simbol grafik untuk menerangkan urutan bagi algoritma.
Menggunakan simbol grafik dan bentuk geometri untuk mewakili jenis proses dan urutan langkah bagi algoritma.
Pengendali hubungan selalu digunakan dalam pernyataan bersyarat. Dalam simbol grafik manakah terletaknya pengendali hubungan?
Pada situasi apakah pembangunan algoritma boleh digunakan?
Hanya digunakan semasa pembangunan atur cara.
Digunakan untuk menyelesaikan sebarang masalah
Digunakan untuk memberi arahan kepada komputer bagi menyelesaikan masalah.
Digunakan oleh pengatur cara komputer untuk menyelesaikan masalah komputer.
Apakah kepentingan struktur kawalan pilihan?
Membenarkan lebih daripada satu aliran untuk penyelesaian.
Membenarkan penyelesaian masalah lebih efisien.
Membenarkan set langkah untuk penyelesaian sentiasa berulang.
Membenarkan penyelesaian masalah lebih efektif.
Berdasarkan pernyataan berikut, struktur kawalan tersebut adalah ______.
Struktur kawalan pelbagai pilihan
Struktur kawalan dwipilihan
Struktur kawalan tanpa pilihan
Struktur kawalan pilihan tunggal
Strukut kawalan dwipilihan hanya akan melibatkan ___.
semua set diuji dan dilaksanakan
satu set sahaja yang diuji
set yang memenuhi syarat sahaja dilaksanakan
semua set diuji tanpa dilaksanakan.
Bagi struktur kawalan pelbagai pilihan, berapakah aliran laluan yang ada untuk setiap syarat yang diuji?
Satu
Dua
Tiga
Ikut bilangan pernyataan bersyarat
Apakah kepentingan struktur kawalan ulangan?
Membenarkan algoritma memilih satu daripada beberapa pilihan laluan.
Membenarkan langkah-langkah dalam algoritma sentiasa berulang.
Membenarkan algoritma ditulis dengan lebih ringkas tanpa langkah-langkah yang berulang.
Membenarkan masalah dapat diselesaikan dengan lebih efisien.
Struktur kawalan yang manakah sesuai digunakan jika pembilangan ulangan telah ditetapkan?
Struktur kawalan UNTUK (FOR)
Struktur kawalan SELAGI (WHILE)
Struktur kawalan ULANG-SEHINGGA (REPEAT-UNTIL)
Struktur kawalan ULANG-BILANG (REPEAT-COUNT)
Struktur kawalan manakah sesuai untuk bilangan ulangan yang tidak diketahui dan syarat yang diuji di bahagian atas gelung?
Struktur kawalan UNTUK (FOR)
Struktur kawalan SELAGI (WHILE)
Struktur kawalan ULANG-SEHINGGA (REPEAT-UNTIL)
Struktur kawalan ULANG-SYARAT (REPEAT-CONDITION)
Struktur kawalan yang manakah mempunyai syarat yang diuji di bahagian bawah gelung, selepas set langkah yang berulang?
Struktur kawalan UNTUK (FOR)
Struktur kawalan SELAGI (WHILE)
Struktur kawalan ULANG-SEHINGGA (REPEAT-UNTIL)
Struktur kawalan ULANG-SYARAT (REPEAT-CONDITION)
Teknik semakan kualiti yang manakah melibatkan penggunaan satu sampel data input untuk diproses?
Semakan terperingkat
Semakan meja
Semakan langkah demi langkah
Semakan algoritma
