wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tahun 5 : Kata Bantu

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Masa menjawab soalan itu __________ tamat.

a)

sudah

b)

lalu

c)

mesti

d)

sedang

2.

Salmiah __________ tinggal serumah dengan Amirah suatu ketika dahulu.

a)

sudah

b)

sedang

c)

pernah

d)

masih

3.

Rombongan kami __________ bertolak ke Ipoh pada pukul 9.00 pagi tadi.

a)

sedang

b)

harus

c)

akan

d)

telah

4.

Siapakah yang ___________ dipersalahkan dalam kejadian ini?

a)

dapat

b)

mesti

c)

harus

d)

sudah

5.

Syafiq bersyukur kerana pasukan sekolahnya ________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam.

a)

harus

b)

akan

c)

telah

d)

mesti

6.

Cikgu Kalsom ___________ ke Mekah untuk menunaikan umrah pada hujung minggu hadapan.

a)

belum

b)

akan

c)

telah

d)

pernah

7.

Puan Khatijah _______________ menjahit baju sutera itu lagi.

a)

telah

b)

akan

c)

belum

d)

pernah

8.

Aidil _______ menyiapkan kerja sekolahnya semalam.

a)

masih

b)

pernah

c)

sudah

d)

sedang

9.

"Pak Abu _______ menghabiskan ubat yang diberikan oleh doktor," kata Farah kepada Pak Abu.

a)

sedang

b)

pernah

c)

masih

d)

mesti

10.

Muallimah syafiqa belum ________ mengajar murid-murid di kelas 2 Abdullah.

a)

sedang

b)

pernah

c)

telah

d)

akan

11.

Walaupun menghadapi pelbagai dugaan, Siti _____ tetap bersabar.

a)

telah

b)

mahu

c)

masih

d)

hendak

12.

Tandakan pada jawapan yang betul.

jawapan boleh lebih daripada satu.

a)

Semua musyrif dan musyrifah akan memakai tag nama pada setiap hari.

b)

Semua musyrif dan musyrifah harus memakai tag nama pada setiap hari.

c)

Semua musyrif dan musyrifah mesti memakai tag nama pada setiap hari.

d)

Semua musyrif dan musyrifah mahu memakai tag nama pada setiap hari.

13.

Pilih jawapan yang betul


i . Samad dan Farid akan melanggar peraturan sekolah dan mereka telah didenda oleh guru disiplin.

ii . Pakaian yang dijemur oleh ibu pagi tadi akan kering sepenuhnya.

iii . Khairul akan menghadiri aktiviti kokurikulum pada petang ini.

iv . Majlis perpisahan Guru Besar akan diadakan pada minggu lepas.

a)

iii sahaja

b)

ii dan iii

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

14.

Pilih ayat yang sesuai dengan kata bantu


'' mesti ''

a)

"Adib ________ belajar rajin-rajin untuk berjaya," kata ibunya.

b)

Eksperimen itu _______ siap dijalankan oleh mereka semalam.

c)

Diana _______ menjalani rawatan di hospital tetapi penyakitnya belum juga pulih.

d)

Kamal _______ memenangi pertandingan pidato pada tahun lepas.

15.

Manakah antara berikut kata bantu ragam ?


jawapan boleh lebih daripada 1

a)

Belum

b)

Patut

c)

Dapat

d)

Akan