WorksheetsSains Tahun 4: Teknologi
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Apakah yang dapat dikaitkan dengan teknologi?
Teknologi ialah penciptaan peralatan baru yang boleh digunakan untuk memudahkan kerja
Teknologi ialah pergerakan sekumpulan manusia ketempat yang baru
Teknologi ialah penciptaan alat untuk mengatasi had keupayaan manusia
Teknologi ialah usaha untuk mendapatkan bahan galian dari bumi
Apakah kegunaan alat tersebut?
Untk melihat objek yang besar
Untuk melihat objek yang jauh
Untuk melihat objek yang kecil
Untuk melihat objek yang dekat
Antara aktiviti berikut, aktiviti manakah yang mampu dilakukan oleh manusia?
mengingat 300 nombor telefon
melihat organ di dalam badan dengan mata kasar
mengangkat 4 buah buku sains
terbang ke tempat tinggi
Antara aktiviti yang berikut yang manakah tidak mampu dilakukan oleh manusia?
berlari sejauh 50 meter
melihat kuman di dalam udara
menolak meja plastik
mengingat nama 3 orang rakan
Manusia tidak dapat mengangkat beban yang terlalu berat. Antara berikut alat manakah yang dapat membantu manusia mengangkat beban yang terlalu berat?
Manusia tidak dapat mendengar bunyi yang sangat perlahan. Apakah alat yang boleh membantu manusia bagi masalah ini?
Kuman tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hal ini kerana kuman mempunyai saiz yang sangat kecil. Apakah alat yang dapat membantu manusia melihat objek yang terlalu kecil?
Manusia tidak dapat melihat objek yang terlalu jauh. Apakah teknologi yang dapat membantu manusia mengatasi masalah tersebut?
Teknologi berikut telah mambantu manusia untuk mengatasi had keupayaan mereka untuk berada jauh ke dasar laut. Antara berikut apakah aplikasi sains yang digunakan bagi alat ini?
prinsip takal
prinsip pantulan cahaya
prinsip keapungan
prinsip roda dan gandar
Ramalkan keadaan yang akan berlaku sekiranya manusia pada zaman ini masih bergantung kepada herba dan tumbuhan untuk pemulihan penyakit?
Manusia akan menjadi semakin sihat dan seterusnya menjadi lemah.
Kadar kematian akan semakin tinggi.
Kadar kematian akan semakin rendah.
Manusia akan sihat selalu dan tidak akan sakit.
Kebaikan yang diperoleh apabila menggunakan teknologi komunikasi pada masa kini?
Menjimatkan masa dan tenaga
Maklumat yang disampaikan lebih pantas menerusi telefon atau internet.
Pelbagai fungsi dan tujuan
Memendekkan masa perjalanan
Kelemahan teknologi komunikasi pada masa dahulu?
Bahasa yang pelbagai
Tiada kemudahan pos
Maklumat tidak tepat
Sempadan negara yang menyekat
Mengapakah teknologi dicipta?
Bagi membantu peniaga-peniaga
Bagi membolehkan pembuat kereta menjualnya
Bagi mengatasi had keupayaan manusia
Bagi menggunakan bahan mentah yang banyak
Bagaimanakah manusia mengatasi had keupayaan kekuatan dan daya?
Dengan menggunakan petroleum
Dengan menggunakan jentera berat
Dengan menambahkan bebanan
Dengan menggunakan tenaga solar
Apakah alat yang boleh membantu peniaga di pasar malam?
stetoskop
mikrofon
kalkulator
kren
Alat ini membantu manusia melihat objek yang jauh...
binokular
kanta pembesar
teleskop
mikroskop
Perkembangan teknologi berlaku dalam bidang berikut kecuali
perubatan
komunikasi
pembinaan
bahasa
Bidang pengangkutan kini telah mengalami perubahan teknologi yang hebat apabila...
manusia boleh mendapatkan maklumat pantas
manusia boleh melihat objek yang jauh
manusia boleh meneroka angkasa lepas
manusia boleh sembuh daripada sesetengah penyakit
Jentera membajak sangat membantu dalam bidang....
perubatan
pertanian
komunikasi
pembinaan
