wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MPU 3123 (Quiz 2)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan ialah


i Hak asasi rakyat


ii kewarganegaraan


ii undang-undang negeri


iv pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dengan pusat

a)

(A) i dan ii sahaja

b)

(B) ii dan iv sahaja

c)

(C) i dan iii sahaja

d)

(D) iii dan iv sahaja

2.

Antara berikut, manakah yang bukan unsur tradisi dalam Perlembagaan

a)

(A) Agama Persekutuan

b)

(B) Bahasa Kebangsaan

c)

(C) Pemerintahan Perdana Menteri

d)

(D) Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera

3.

Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai peruntukan utama Perlembagaan Persekutuan mengenai hubungan etnik ?

a)

(A) Islam sebagai agama rasmi persekutuan namun agama lain bebas untuk diamalkan dalam suasana yang harmoni

b)

(B) Orang bukan Melayu menerima hakikat kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

c)

(C) Hak kewarganegaraan merupakan satu kompromi orang Melayu terhadap bukan Melayu

d)

(D) Orang bukan Melayu bebas membeli mana-mana tanah hak milik orang Melayu

4.

“Seseorang lelaki bertindak menghina institusi beraja secara melampau melalui akaun facebook. Selepas itu, lelaki itu di tangkap oleh pihak berkuasa dan didapati bersalah”.Apakah Prinsip Rukun Negara yang gagal dipatuhi

dan dihayati oleh lelaki tersebut?

a)

(A) Kepercayaan Kepada Tuhan

b)

(B) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

c)

(C) Keluhuran Perlembagaan

d)

(D) Kedaulatan Udang-Undang

5.

Yang manakah TIDAK BENAR tentang tujuan Perlembagaan?

a)

(A) Mengawal pemimpin kerajaan

b)

(B) Sebagai rujukan

c)

(C) Mewujudkan kestabilan negara

d)

(D) Menjamin keutuhan dan kedaulatan negara

6.

Berdasarkan Perkara 152 (1), mengapakah bahasa Melayu dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan oleh semua pihak di negara kita ?

a)

(A) Bahasa Melayu mempunyai dua bentuk tulisan iaitu jawi dan rumi

b)

(B) Bahasa Melayu bahasa pemilik negara ini.

c)

(C) Penutur bahasa Melayu dari sekalian bangsa lebih ramai berbanding bahasa Tamil dan Mandarin.

d)

(D) Bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata yang lebih banyak dari bahasa-bahasa lain

7.

Penyataan berikut adalah berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia iaitu merupakan kontrak sosial yang menjadi teras pembentukan Negara dan bangsa Malaysia KECUALI

a)

(A) Yang di Pertuan Agong adalah Ketua Negara

b)

(B) Sistem pendidikan berteraskan kepentingan etnik tertentu

c)

(C) Islam adalah agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan

d)

(D) Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi tetapi bahasa lain boleh digunakan

8.

Semua hak istimewa Bumiputera berada di bawah tanggungjawab

a)

(A) Sultan

b)

(B) Perdana Menteri

c)

(C) Yang di Pertuan Agong

d)

(D) Ketua Menteri

9.

Berapakah jumlah perkara yang terdapat di dalam Perlembagaan Malaysia?

a)

(A) 181

b)

(B) 183

c)

(C) 162

d)

(D) 182

10.

Keunikan Perlembagaan Persekutuan berbanding perlembagaan negara lain ialah

a)

(A) Kerangsa asas sistem pemerintahan

b)

(B) Mengekalkan unsur-unsur tradisi negara

c)

(C) Aspirasi pelan induk pembangunan negara

d)

(D) Menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman