wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T3 8.2 TINDAKAN RAJA MELAYU TANGANI BARAT

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Tokoh X menuntut Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi Persekutuan.

Siapakah X?

a)

Sultan Iskandar Shah

b)

Tuanku Abdul Rahman

c)

Sultan Idris Murshidul Adzam Shah

d)

Tuanku Muhammad Ibni Yamtuan Antah

2.

Apakah 2 peranan Raja Melayu dalam Durbar?

a)

Jurubicara

b)

Pelindung rakyat

c)

Jurubahasa British

d)

Pengerusi

3.

Sultan Abu Bakar di Johor telah mengadakan hubungan baik dengan kerajaan Negeri-negeri Selat.

Apakah kepentingan tindakan Sultan tersebut?

a)

Melindungi hak orang Melayu

b)

Meningkatkan sosioekonomi negeri

c)

Mengekalkan kedaulatan kesultanan

d)

Meningkatkan kemajuan perdagangan

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Kesultanan Terengganu.

-Sultan Zainal Abidin III telah meletakkan syarat untuk bersetuju menandatangani Perjanjian British-Terengganu 1910.

Apakah syarat tersebut?

a)

Menubuhkan Rejimen Askar Melayu Diraja

b)

Mengakui Terengganu negeri yang merdeka

c)

Mengiktiraf baginda sebagai sultan yang sah

d)

Meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

5.

Apakah 2 tindakan Penasihat British, W.G.Maxwel yang dianggap mencabar identiti negeri Kedah?

a)

Melantik pegawai British dalam pentadbiran

b)

Mengetepikan nama Kedah dalam surat rasmi

c)

Mengibar bendera Union Jack di kediamannya

d)

Meluluskan penggubalan undang-undang

6.

Apakah identiti negeri Kedah sebagai negeri Melayu?

a)

Cuti umum pada hari Jumaat

b)

Agama Islam sebagai agama rasmi

c)

Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi

d)

Masjid negeri dibina di bandar utama

7.

Siapakah yang telah dilantik sebagai Penasihat British di Kelantan?

a)

J.S.Mason

b)

Meadow Frost

c)

John Crowford

d)

J.L.Humphreys

8.

Mengapakah Raja-raja Melayu menggubal undang-undang tubuh kerajaan negeri?

a)

Membangunkan kawasan luar bandar

b)

Mengeratkan hubungan antara negeri

c)

Mempertahankan identiti setiap negeri

d)

Menghalang campur tangan kuasa asing

9.

Apakah negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berpelembagaan?

a)

Johor

b)

Kedah

c)

Pahang

d)

Selangor

10.

Apakah syarat untuk menjadi Jemaah Menteri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor?

Pilih 2 dari pernyataan di bawah.

a)

Rakyat Johor

b)

Bangsa Melayu

c)

Lelaki merdeka

d)

Berilmu pengetahuan

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.

-Melarang sultan menyerahkan negeri dan kerajaan kepada sebarang kuasa asing.

Apakah kesan daripada larangan tersebut terhadap Johor?

a)

Mengelakkan eksploitasi terhadap sumber alam

b)

Memperkukuhkan kuasa pemerintahan negeri

c)

Mempertahankan identiti kerajaan negeri

d)

Menghalang campur tangan kuasa Siam

12.

Apakah 2 persamaan antara Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu?

a)

Hukuman terhadap kesalahan sivil

b)

Agama Islam sebagai agama negeri

c)

Keanggotaan Majlis Mesyuarat Kerajaan

d)

Pelantikan Jawatan Penasihat Kewangan

13.

Apakah tindakan terhadap Sultan Terengganu sekiranya baginda menyerahkan negeri kepada kuasa asing?

a)

Ditukarkan

b)

Dipenjarakan

c)

Diberi kemaafan

d)

Diturunkan takhta

14.

Sebelum campur tangan British, Kedah telah melakukan pembangunan dan pemodenan negeri.

Apakah faktor yang mendorong kemajuan tersebut?

a)

Mempunyai modal yang banyak

b)

Mendapat sokongan daripada penaja

c)

Memperoleh sokongan daripada Siam

d)

Memiliki pegawai yang berpengalaman

15.

Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap kerajaan negeri Johor?

  • Dato' Jaafar bin Muhammad
  • Dato' Abdul Rahman bin Andak
  • Dato' Mohammad Salleh bin Perang
a)

Mengatasi ancaman serangan Siam

b)

Menggubal undang-undang negeri

c)

Mengelakkan campur tangan Barat

d)

Menjayakan pembangunan negeri