NEW
Font size
WorksheetsSEJ KSSM T4: USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN(7.1 &7.2)
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Kesatuan Melayu Muda(KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob telah memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui konsep ini. Idea ini merupakan penyatuan bangsa dan dunia Melayu berdasarkan aspek persamaan daerah,darah, kebudayaan dan bahasa yang menjadi rumpun yang sama, iaitu Melayu.Apakah konsep yang diperjuangkan oleh KMM?
A. Konsep Desentralisasi
B. Konsep Melayu Raya
C. Konsep Hidup Melayu
D. Konsep rakyat raja Melayu
Selain Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui konsep Melayu Raya, apakah pertubuhan lain yang turut perjuangkan konsep ini?
I UMNO
II KRIS
III PKMM
IV IMP
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Parti Kebangsaan Melayu Malaya menetapkan matlamat politik untuk menanam semangat kebangsaan dan bekerjasama dengan kaum lain bagi membentuk perpaduan.Siapakah pemimpin PKMM?
I. Ibrahim Haji Yaakob
II Datu Patinggi Abang haji Abdillah
III Dr Burhanuddin al-Helmi
IV Ishak Haji Muhammad
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Melalui slogan ini PKMM berhasrat mendaulatkan hak rakyat dalam politik, ekonomi , agama, sosial dan kebudayaaan.Apakah slogan yang dilaungkan oleh PKMM?
A. Merdeka
B. Bahasa Jiwa Bangsa
C. Hidup Melayu
D. Merdeka dengan darah
Angkatan Pemuda Insaf(API)telah memperjuangkan slogan "Merdeka dengan Darah" menyeru perjuangan mencapai kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan jala terbuka secara lembut.Namun begitu, perjuangan akan diteruskan melalui kekerasan jika terpaksa. Pendekatan API yang radikal menyebabkan.........
A. Pemimpin API ditangkap
B. API diharamkan
C. API kurang mendapat sambutan penduduk Tanah Melayu
D. API mendapat sambutan tinggi dalam kalangan penduduk Bukan Melayu di Tanah Melayu.
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak(PKMS) menentang penyerahan Sarawak kepada British. Apakah yang diingini oleh PKMS?
I Sarawak digabungkan dengan Tanah Melayu
II Sarawak dijadikan negeri merdeka di bawah
pemerintahan Brooke
III Ingin Sarawak berkerajaan sendiri mengikut
Perlembagaan 1941.
IV Sarawak dan Sabah dimerdekakan bersama.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan Iv
Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) di Sibu rela berkorban jiwa untuk memerdekakan Sarawak. Anggota PPM telah menubuhkan Rukun 13 dan nekad membunuh gabenor, pegawai British dan Datu Melayu yang menyokong penyerahan Sarawak. Penubuhan Rukun 13 menunjukkan ...............
A.Kebencian PPM terhadap kolonial
B. Anggota PPM mudah diperdaya
C. PPM menjadi pertubuhan yang popular
D.Anggota PPM kurang pengetahuan dan strategi menyelesaikan masalah.
UMNO telah menentang Malayan Union untuk............
I Memelihara status quo orang Melayu
II Memelihara hak golongan Melayu radikal
III Memelihara status quo penduduk peribumi Sabah dan Sarawak
IV Memelihara kedaulatan raja-raja Melayu.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
PKMM telah mempengaruhi penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Labuan(PKML) di Sabah untuk menuntut kemerdekaan. Untuk mencapai hasrat , pemimpin seperti Zakaria Gunn dan Tengku Noordin ..........
A. Amalkan dasar bekerjasama dengan penjajah
B. Amalkan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah
C. Meminta bantuan Amerika Syarikat
D. Mengadakan hubungan baik dengan Jepun
Apakah matlamat penubuhan Hizbul Muslimiin?
A. Membentuk Indonesia Raya
B. Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu sebagai negara Islam.
C. Mewujudkan perpaduan masyarakat berbilang kaum
D.Membentuk sebuah negara Republik
Pertubuhan ini berusaha menyatukan masyarakat Cina dan bekerjasama dengan kaum lain secara harmoni untuk kemerdekaan Tanah Melayu. Apakah pertubuhan tersebut?
A. PKMM
B. Parti Kemedekaan
C. MCA
D. MIC
Parti Islam Tanah Melayu(PAS) berhasrat membina sebuah negara dan bangsa yang teguh dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaaan dan rasmi yang tunggal. Kemerdekaan bagi PAS merujuk kepada
A. Tanah Melayu merdeka bersama Indonesia
B. Tanah Melayu merdeka dengan menjalankan hukum Islam
C.. Tanah Melayu merdeka dengan tidak bekerjasama dengan British
D.Tanah Melayu merdeka menggunakan kekerasan
Tokoh berikut telah menubuhkan parti ini untuk melaksanakan idea Tanah Melayu untuk Malayan.Bagi tokoh ini , tuntutan kemerdekaan tidak boleh dibuat tanpa kerjasama kaum lain yang diterima menjadi rakyat Tanah Melayu.Apakah parti yang ditubuhkan ?
A. United Malay National Organisation(UMNO)
B.Independence of Malayan Party(IMP)
C. Parti Perikatan
D. Parti Islam Se-Malaya
Apakah moto Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum(CLC)?
A. Asia Untuk Asia
B.Kesamaan dan keadilan untuk penduduk Tanah Melayu
C. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
D. Bahasa Jiwa bangsa
Yang manakah BUKAN objektif pembentukan CLC?
A.Mengkaji hubungan kaum secara mendalam
B. Betulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial supaya wujud pembahagian yang adil untuk semua komuniti
C. Menggalakkan pembentukan sekolah vernakular
D. Wujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk Tanah Melayu
Siapakah yang menjadi pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?
A. V.T.Sambanthan
B. Tan Cheng Lock
C. E.E.C.Thuraisingam
D. Malcolm MacDonald
Siapakah wakil -wakil Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum(CLC)?
I Tunku Abdul Rahman
II Dato Onn B Jaafar
III Dato Zainal Abidin Haji Abas
IV Ibrahim Haji Yaakob
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Yang manakah antara tokoh berikut BUKAN anggota Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?
A. Tan Cheng Lock
B. Lee Tieng Keng
C. Tan Malaka
D. Yong Shook Lin
CLC berperanan menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum. Yang manakah BUKAN isu perbincangan CLC?
A. kedudukan istimewa orang Melayu
B. Kewarganegaraaan Bukan Melayu
C. Kedudukan ekonomi Bukan Melayu
D. Pendidikan
CLC mencadangkan peralihan ke arah berkerajaan sendiri dilakukan melalui pengalaman pilihan raya secara berperingkat. Kesannya, pilihan raya telah diadakan bagi peringkat
I Majlis Negeri
II Majlis Perundangan Persekutuan
III Majlis Daerah
Iv Majlis Wilayah
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) telah ditubuhkan pada bulan Januari 1949. Apakah kesan penubuhan jawatankuasa tersebut?
A. Meningkatkan kesedaran kerjasama politik
B. Penubuhan parti politik mengikut kaum
C. Pengenalan perlembagaan rakyat
D. Membanteas pengaruh komunis
Jawatankuasa Hubungan antara Kaum (CLC) telah mencadangkan penubuhan agensi untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu.Mengapakah CLC mencadangkan penubuhan agensi tersebut?
A. Kekalkan hak istimewa
B. Wujudkan kerjasama kaum
C. Proses pelaksanaan Sistem Ahli
D. Tolak ansur melonggarkan syarat kerakyatan.
Tokoh berikut telah memberikan sumbanagan kepada negara sebeum merdeka
- Dato Onn Jaafar
- E.E.C. Thuraisingam
- Tan Cheng Lock
Apakah sumbangan tokoh tersebut?
A. Menubuhkan parti perikatan
B.Mengganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
C. Menjadi Ahli Suruhanjaya Reid
D. Menganjurkan Konvensyen Kebangsaaan
Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum mencadangkan sistem pendidikan yang seragam di Tanah Melayu?
A. Melahirkan masyarakat berbilang kaum yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan
B. Memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Tanah Melayu
C. Melahirkan masyarakat kelas minda pertama
D. Kurangkan kos pentaadbiran
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum berjaya menyelesaikan isu berkaitan semua kaum menggunakan pendekatan berikut. Jelaskan pendekatan tersebut.
A. Jujur dan amanah menjalankan tugas
B. Tidak berputus asa
C. Muafakat dan toleransi
D. Berani menghadapi cabaran
