NEW
Font size
WorksheetsKata Hubung
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kesemua murid Tahun Lima Bukhari mengikuti lawatan sambil belajar ke Melaka __________ Osman __________ dia menghidap demam panas.
kecuali...kerana
sungguhpun...supaya
tetapi...manakala
supaya...lalu
Arif menunggang basikal __________ bersiul di taman rekreasi itu.
agar
sambil
apabila
sehingga
__________ menunggu padi masak, petani-petani itu menanam jagung.
Walaupun
Sementara
Demi
Semenjak
"__________ hari hujan, latihan olahraga akan ditunda," kata Cikgu Ruwal.
Sebelum
Sehingga
Sekiranya
Sungguhpun
Pak Abdul tinggal di sebuah rumah yang usang, __________ anak-anaknya yang tinggal di bandar berjawatan tinggi.
padahal
kecuali
namun
semasa
Ahmad tidak mahu pergi ke klinik __________ dia sakit.
supaya
sedangkan
serta
kerana
Huzaimi tidak sempat menjawab soalan __________ masa sudah suntuk.
kerana
apabila
manakala
sementara
Lalat mempunyai enam kaki __________labah-labah mempunyai lapan kaki.
serta
supaya
kecuali
manakala
Encik Aiman mengikat tali lehernya kemas-kemas __________ pergi ke pejabat.
sebelum
sehingga
agar
supaya
Pak Sabar sekeluarga hidup bahagia __________ mereka miskin.
selama
walaupun
kecuali
sekiranya
Menteri Pendidikan merasmikan bangunan baharu itu __________ beliau menyampaikan ucapan.
kerana
selama
selepas
apabila
Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berbincang sama ada hendak mengadakan pameran kesihatan di tapak perhimpunan __________ di dewan terbuka sekolah.
sambil
apabila
atau
manakala
Hidayah melompat __________ memasukkan bola ke dalam jaring.
lalu
atau
sambil
selama
Ibu menyajikan makanan di atas meja __________ menunggu tetamu datang.
selama
sehingga
sementara
sungguhpun
Puan Yati __________ Puan Normah menerima anugerah pekerja cemerlang di syarikat mereka tahun ini.
dan
atau
lalu
sambil
"Anak gadis Puan Desi itu pendiam __________ bijak dalam pelajaran," kata Mak Cik Suraya kepada Mak Cik Rafiah.
supaya
kecuali
tetapi
atau
"Kita akan berkhemah di Teluk Bahang __________ dua hari satu malam." kata Cikgu Farid.
selama
sesudah
sewaktu
sehingga
Puan Hasni memarahi Samad kerana dia asyik menonton televisyen __________ mengabaikan pelajarannya.
serta
hingga
manakala
sungguhpun
Kita perlu bersenam __________ tubuh badan kita menjadi sihat dan cergas.
dan
agar
serta
sambil
Saya berjumpa dengan Cikgu Fadly __________ membeli-belah di pasar raya.
ketika
sehingga
lalu
walaupun
