Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 1 2020

Total questions: 20

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Prasejarah?

a)

Zaman selepas kewujudan manusia

b)

Zaman sebelum kewujudan manusia

c)

Zaman sebelum kemerdekaan negara

d)

Zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan

2.

Zaman prasejarah terbahagi kepada dua iaitu

a)

Zaman Batu dan Zaman Logam

b)

Zaman Batu dan Zaman Purba Kala

c)

Zaman Logam dan Zaman Air Batu

d)

Zaman Air Batu dan Zaman Purba Kala

3.

Pilih Zaman Prasejarah dengan tempoh masa yang sesuai.

a)

Neolitik (12000 - 4000 SM)

b)

Logam (3500 SM - 500 M)

c)

Paleolitik (10000 - 2000 SM)

d)

Mesolitik (2.5 juta tahun - 8000 SM)

4.

Manakah antara berikut merupakan lokasi Zaman Prasejarah di dunia?

a)

Gua Tabon, Filipina dan Altamira, Sepanyol

b)

Gua Tabon, Filipina dan Ban Chiang, Thailand

c)

Altamira, Sepanyol dan Catal Huyuk, Turki

d)

Catal Huyuk, Turki dan Ban Chiang, Thailand

5.

Rangka Perak Man yang berusia antara 11000 - 10000 SM. Dimanakah rangka tersebut ditemukan?

a)

Sa Hyun, Vietnam

b)

Lenggong, Malaysia

c)

Ban Chiang, Thailand

d)

Gua Padah-lin, Myanmar

6.

Apakah ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Prasejarah?

a)

Peralatan dan Aktiviti sosial

b)

Peralatan dan Pengumpulan makanan

c)

Aktiviti sosial dan Corak kehidupan

d)

Corak kehidupan dan Pengumpulan makanan

7.

Apakah persamaan kehidupan manusia Zaman Paleolitik dengan Zaman Neolitik?

a)

Kesenian dan Kebudayaan

b)

Pengumpulan makanan

c)

Kegiatan ekonomi

d)

Organisasi sosial

8.

Antara berikut, yang manakah merupakan lokais Zaman Logam di Malaysia?

a)

Tingkayu, Sabah dan Gua Kecil, Pahang

b)

Tingkayu, Sabah dan Lembah Bernam, Selangor

c)

Gua Kecil, Pahang dan Sungai Tembeling, Pahang

d)

Sungai Tembeling, Pahang dan Lembah Bernam, Selangor

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan lokasi Zaman Prasejarah di Malaysia

  • Gua Madai, Sabah
  • Jenderam Hilir, Selangor


Lokasi berikut dapat dikaitkan dengan Zaman manakah?

a)

Logam

b)

Neolitik

c)

Paleolitik

d)

Hoabinhian

10.

Masyarakat Zaman Prasejarah mengamalkan kepercayaan dan memberi penghormatan kepada orang mati. Apakah yang dapat membuktikan pernyataan tersebut?

a)

Penemuan Batu Patung

b)

Penemuan ideofak di perkuburan

c)

Penemuan ukiran pada baru megalit

d)

Penemuan barang kenas di sisi mayat

11.

Maklumat berikut menunjukkan maksud tamadun dalam bahasa.

  • Tahap pembangunan manusia dan organisasi yang dianggap paling maju



a)

Inggeris

b)

Melayu

c)

Yunani

d)

Arab

12.
  • Keadaan kehidupan manusia insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.


Maklumat di atas merujuk kepada konsep tamadun menurut pandangan seorang tokoh Islam. Siapakah tokoh Islam tersebut?

a)

Al-Razi

b)

Ibn Sina

c)

Ibn Khaldun

d)

Syed Muhammad Naquib Al-Attas

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan tamadun awal dunia.


  • Sistem pemerintahan
  • Pembentukan bandar


Apakah yang dapat dikaitkan dengan maklumat tersebut?

a)

Konsep tamadun awal dunia

b)

Ciri-ciri tamadun awal dunia

c)

Faktor kewujudan tamadun awal dunia

d)

Kesan perkembangan tamadun awal dunia

14.

Apakah faktor perkembangan kegiatan pertanian dalam tamadun awal dunia?

a)

Penciptaan kincir angin

b)

Pembukaan tanah baru

c)

Jumlah penduduk yang ramai

d)

Perkembangan teknologi pertanian

15.

Berikut merupakan ciri-ciri bandar dalam tamadun awal dunia, kecuali

a)

Kemudahan prasarana yang sistematik dan Pelan susun atur petempatan yang tersusun

b)

Kemudahan prasarana yang sistematik dan Pembinaan kota untuk berlindung daripada bencana alam

c)

Pelan susun atur petempatan yang tersusun dan Pembinaan sistem pengairan untuk aktiviti pertanian

d)

Pembinaan sistem pengairan untuk aktiviti pertanian dan Pembinaan kota untuk berlindung daripada bencana alam

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri tamadun awal dunia

  • Taman Tergantung Babylon
  • Piramid
  • Sfinks


Apakah yang dapat dikaitkan dengan maklumat tersebut?

a)

Teknologi

b)

Sistem pemerintahan

c)

Pembentukan bandar

d)

Kesenian dan kesusasteraan

17.

Apakah bukti yang menunjukkan penciptaan roda memudahkan masyarakat tamadun awal?

a)

Perhubungan penduduk dan Pembinaan rumah ibadat

b)

Perhubungan penduduk dan Mengangkut hasil pertanian

c)

Pembinaan rumah ibadat dan Penciptaan alatan pertanian

d)

Penciptaan alatan pertanian dan Mengangkut hasil pertanian

18.

Kelas sosial wujud dalam masyarakat Mesir Purba adalah berasaskan jenis

a)

Kaum dan Status

b)

Kaum dan Pekerjaan

c)

Status dan Pengaruh

d)

Pengaruh dan Pekerjaan

19.

Masyarakat tamadun awal mempercayai banyak tuhan. Antara tuhan yang disembah ialah

a)

tuhan ibu dan tuhan alam

b)

tuhan ibu dan tuhan matahari

c)

tuhan alam dan tuhan langit

d)

tuhan langit dan tuhan matahari

20.

Apakah tujuan pembinaan tempat ibadat yang besar dalam tamadun awal dunia?

a)

Tanda menghormati tuhan

b)

Kemudahan upacara penyembahan

c)

Mempercayai kehidupan selepas mati

d)

Tempat untuk melakukan korban binatang