Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa!

Total questions: 50

Worksheet time: 43mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud 'antonim'?

a)

Golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan

b)

Perhubungan makna di antara kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama yang boleh dibezakan oleh penggunaannya

c)

Kata-kata yang menunjukkan unsur keberlawanan makna atau pertentangan makna

2.

Selepas Tan berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas

a)

Kabur

b)

Pudar

c)

Terang

d)

Senang

3.

Persembahan budak itu mendapat pujian daripada orang ramai.

a)

sokongan

b)

galakan

c)

sindiran

d)

cacian

4.

"Haikal sering datang ke rumah saya," kata Muqri.

a)

jarang-jarang

b)

kadangkala

c)

selalu

d)

kerap

5.

Orang yang berbaju merah itu gila.

a)

baik

b)

waras

c)

berguna

d)

sempurna

6.

Barang-barang itu telah diambil oleh tuannya semalam.

a)

diserahkan

b)

dirampas

c)

dipinjam

d)

diterima

7.

Nada suara ayah tegang sahaja ketika memarahi abang.

a)

longgar

b)

lembut

c)

kendur

d)

ringan

8.

Persahabatan mereka memang rapat semenjak kecil.

a)

renggang

b)

lama

c)

jauh

d)

baik

9.

Qistina meluahkan makanan yang sudah basi.

a)

menghabiskan

b)

mengunyah

c)

menyimpan

d)

menelan

10.

Cuaca malam ini panas.

a)

hangat

b)

sejuk

c)

suam

d)

merah

11.

Kerja-kerja menurap jalan itu terpaksa ditangguhkan atas arahan pihak berkuasa.

a)

diabaikan

b)

diteruskan

c)

ditundakan

d)

diselesaikan

12.

Hasil tenunan kain sutera itu sangat halus.

a)

kasar

b)

kesat

c)

keras

d)

ketat

13.

Sofea mempelawa bapa saudaranya yang baru tiba dari Ipoh.

a)

mempersilakan

b)

mengundang

c)

menjemput

d)

menghalau

14.

Apakah itu 'sinonim'?

a)

Bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian daripada bidang ilmu yang mempelajari bahasa iaitu linguistik

b)

Perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Selalunya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep

c)

Perhubungan makna di antara kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama yang boleh dibezakan oleh penggunaannya di dalam konteks yang berlainan

15.

Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.

a)

kuat

b)

berani

c)

gentar

d)

kasar

16.

Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu.

a)

petang

b)

senja

c)

malam

d)

subuh

17.

Haris tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.

a)

leka

b)

lena

c)

mudah

d)

selesa

18.

Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.

a)

sepi

b)

nyata

c)

jelas

d)

kabur

19.

Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun.

a)

laju

b)

yakin

c)

tegas

d)

petah

20.

Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya.

a)

takut

b)

sedih

c)

khuatir

d)

hampa

21.

Ruhainie berasa hampa apabila permohonannya memasuki universit iditolak.

a)

malu

b)

sedih

c)

kecewa

d)

terkilan

22.

"Tolong alihkan kerusi plastik itu ke tepi," kata Siew Teng kepada adiknya.

a)

tukarkan

b)

gantikan

c)

ubahkan

d)

buangkan

23.

Tok Wan sedang mengutip buah-buah durian yang gugur malam tadi.

a)

menghimpun

b)

melonggok

c)

menyimpan

d)

memungut

24.

Apakah itu 'penanda wacana'?

a)

Golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan

b)

Kata atau rangkai kata yang menghubungkan ayat

c)

Kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi

25.

Iris mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau tersalah letak.

a)

Justeru

b)

Mungkin

c)

Akhirnya

d)

Kemudian

26.

Setelah ditanya oleh ayah ,______ Izzie mengaku menumbuk Danish.

a)

lagipun

b)

mungkin

c)

akhirnya

d)

kemudian

27.

Hamzah tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______ dia sakit gigi.

a)

Lagipun

b)

Mungkin

c)

Akhirnya

d)

Kemudian

28.

Lapan orang peserta menarik diri. ______, program lawatan itu terpaksa dibatalkan.

a)

Jadi

b)

Justeru

c)

Mungkin

d)

Sebaliknya

29.

Faris Zakwan seorang murid yang rajin dan berdisiplin. ___________ dia sentiasa mendapat pujian dari pada guru-gurunya.

a)

Selain itu

b)

Oleh sebab itu

c)

Namun demikian

d)

Biarpun demikian

30.

Bapa Ammar tiada di rumah. ______, dia terpaksa membantu emaknya memetik bunga melur di kebun.

a)

Selain itu

b)

Oleh itu

c)

Selepas itu

d)

Semenjak itu

31.

Nampaknya masalah yang kamu hadapi telah dapat diselesaikan. ______, tida kperlulah saya membantu.

a)

Walaupun demikian

b)

Lebih-lebih lagi

c)

Kalau begitu

d)

Dengan itu

32.

"Saya sudah memohon maaf daripadanya. ________________, dia tetap tidak mahu bertegur sapa dengan saya," kata Allysa kepada Qistina.

a)

Oleh sebab itu

b)

Di samping itu

c)

Namun begitu

d)

Lantaran itu

33.

"Saya tidak dapat melihat dengan jelas. ______, pada waktu senja," kata Zalina kepada jururawat itu.

a)

Sungguhpun demikian

b)

Walaupun begitu

c)

Lebih-lebih lagi

d)

Walau bagimanapun

34.

Apakah itu 'penjodoh bilangan'?

a)

Kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit seperti orang, haiwan, benda, tempat, dan sebagainya

b)

Kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi

c)

Perkataan atau sederetan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perbuatan, sama ada melibatkan pergerakan atau tidak, oleh manusia, hewan, benda dan unsur abstrak

35.

Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus __________ kawat berduri.

a)

utas

b)

gulung

c)

gelung

d)

bidang

36.

__________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.

a)

Segugus

b)

Sekelompok

c)

Sehamparan

d)

Sekumpulan

37.

Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket,Thailand.

a)

kelompok

b)

tompok

c)

buah

d)

biji

38.

Se__________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.

a)

patah

b)

potong

c)

cebis

d)

untai

39.

Kakak menggunakan se__________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.

a)

cebis

b)

bentuk

c)

lembar

d)

cucuk

40.

Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.

a)

butir

b)

das

c)

biji

d)

pucuk

41.

"Tolong belikan saya se__________ pisang dan se__________ rambutan di gerai buah-buahan itu," pesan ibu kepada ayah.

a)

biji...buah

b)

sisir...ikat

c)

tandan...gugus

d)

sikat.....longgok

42.

"Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa __________ camca di atas meja itu," kata Chef Wan kepada pembantunya.

a)

biji...batang

b)

buah...batang

c)

bekas...bilah

d)

butir...bilah

43.

Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang dan __________ tali untuk mencari rotan.

a)

sebentuk...selembar

b)

sebatang...segelung

c)

selaras...segulung

d)

sebilah...seutas

44.

Ezril mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.

a)

seekor

b)

secubit

c)

seketul

d)

segenggam

45.

Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.

a)

sekuntum.....sebilah

b)

sejambangan.....seberkas

c)

setangkai.....sepucuk

d)

sejambak.....sebatang

46.

Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.

a)

genggam.....segerombolan

b)

batang.....sekumpulan

c)

ketul.....sekawan

d)

kepal.....seekor

47.

Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?

a)

sebakul.....seberkas

b)

selonggok.....seikat

c)

seberkas.....seikat

d)

sekawan.....segulung

48.

Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.

a)

ulas..sikat

b)

biji..tandan

c)

ikat..tandan

d)

ikat..sisir

49.

Apakah maksud 'tatabahasa'?

4 lines
50.

Adakah tatabahasa susah untuk dipelajari?

4 lines